𝓑𝓪𝓫 26

38 2 0
                                    

"ha kamu berdua jela tengok TV ni, Mak Mah nak masuk tidur" Kata Mak Mah sebelum mengangkat punggungnya dan berjalan ke bilik.

"Selamat malam Mak Mah" Kata Risa dari belakang.

Sekarang tinggal Risa dan Raekal yang menonton TV.

"Ehem, Risa rasa tekak Risa kering la jadi Risa nak pergi minum air kejap. Abang nak air sekali tak? Risa boleh ambilkan" Tanya Risa.

"Umm boleh juga. Nak abang temankan tak? Mana tahu isteri abang ni takut seorang diri dekat dapur tu ke" Sahaja Raekal ingin mengusik isterinya. Risa terus menjeling Raekal dan terus bangun berjalan ke dapur. Raekal tersenyum melihat wajah isterinya yang ingin marah itu.

Risa meneguk segelas air dan Risa mengambil segelas air lagi untuk suaminya. Risa ingin berjalan ke ruang tamu semula untuk duduk bersama suaminya tetapi apabila dia ingin keluar dari dapur itu terserempak dengan seorang lelaki iaitu anak Mak Mah yang bernama Maalik. Anak Mak Mah ini baru pulang kerja semasa Risa, Raekal dan Mak Mah ingin makan malam.

"Eh Risa buat dekat dapur? Ingat dah tidur" Kata Maalik

"Urm belum lagi tengah tengok TV dengan Raekal. Ni pun datang dapur nak minum air" Jawab Risa pula.

"Ouh tu air untuk cik suami la tu" Kata Maalik sambil tersenyum.

"Ha ye. Urm Risa minta diri pergi depan dulu ye" Pinta Risa dengan sopan santun.

"Ouh ye ye ok" Maalik bergerak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Risa berjalan.

Maalik pun masuk ke dapur untuk urusannya sendiri. Risa pun berjalan dengan segelas air di tangan untuk si suami.

"Abang... Ni air nye" Risa menghulurkan segelas air kepada suaminya.

"Terima kasih sayang" Raekal membaca basmallah dulu sebelum meminum air itu.

"Abang tadi Risa terserempak dengan Maalik masa keluar dari dapur" Kata Risa.

"Ouh yeke ingat dia dah tidur" Balas Raekal.

"Abang tak mengantuk lagi ke? Risa rasa nak tidur la" Kata Risa sambil kepalanya terletak di bahu Raekal.

"Sayang dah mengantuk ke? Ok jom tidur tapi kejap abang pergi basuh cawan ni dulu dekat dapur" Kata Raekal dan mengangkat punggungnya dan berjalan ke dapur sambil membawa segelas cawan kosong yang Di bawa oleh isterinya tadi.

Selesai Raekal membasuh cawan dia terus berjalan semula ke ruang tamu.

"Ok sayang jom masuk bilik. Kesian isteri abang dengan anak abang ni dah mengantuk ye" Kata Raekal sambil mengusap lembut perut Risa yang masih kempis itu. Risa pun bangun dari duduknya dan tangannya dipimpin lembut oleh suaminya masuk ke bilik.
——————————————————————————————————————————————————————————

Raekal dan Risa keluar dari bilik mereka dan menuju ke dapur.

"Eh cik Risa, Tuan Raekal jemput duduk" Kata Mak Mah sambil meletakkan pinggan di atas meja. Raekal dan Risa mengambil tempat duduk bersebelahan.

"Eh kamu berdua nak ke mana mana ke lepas makan ni?" Tanya Mak Mah

"Urm kami nak kena gerak balik KL dah Mak Mah sebab Raekal dapat panggilan dari office dia semalam ada masalah katanya dekat office. Tapi Risa masih tak puas lagi duduk dekat sini" Kata Risa sedikit sedih.

"Eh 5 hari duduk dekat sini pun tak puas lagi ke sayang?" Tanya Raekal

"Urm tak.. tapi tak apa la nanti kita boleh datang lagi kan abang?" Tanya Risa semula kepada suaminya.

My AngelWhere stories live. Discover now