𝓑𝓪𝓫 3

101 4 0
                                    

Risa Ariana menuruni anak tangga dan menuju ke dapur.

"Ehh Risa dah bangun" tegur Mak Mah bila nampak aku menuju ke arah nya.

"Jemput duduk Risa Mak Mah masak bihun goreng pagi ni"

Aku pun duduk di hadapan Mak Mah, dia menyuakan pinggan yang berisi bihun goreng.

"Ermm mana Raekal Mak Mah?" Tanya aku sebab tak nampak batang hidung mamat tu pagi ni.

"Ouhh Tuan dah pergi kerja dah awal pagi sebelum Risa bangun" jawab Mak Mah dengan senyuman yang manis.

Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Kamu makan lah yee Mak Mah nak sambung kerja kat dapur" sebelum Mak Mah mengangkat kaki ke dapur aku pantas memanggilnya semula.

"Ehh Mak Mah dah makan?" Tanya Risa Ariana

"Mak Mah dah makan dah Risa makan lah ye" jawab Mak Mah.

"Mak Mah teman lah Risa makan boleh? Bosan kalau makan seorang ni.. Kalau ada Mak Mah boleh borak sikit" Betulla kan? Bosan makan sorang ni hehe.

"Yelah Mak Mah teman kamu makan ye Risa" jawab Mak Mah dan mengambil tempat di depan aku.

Aku menyuap bihun ke dalam mulut. Wahh sedap getus hati Risa Ariana.

"Ermmm, sedapnya bihun Mak Mah" tegur Risa Ariana.

"Ehh biasa-biasa je Mak Mah masak, campak-campak jee" jawab Mak Mah dengan senyuman.

"Boleh lahh Mak Mah ajar Risa masak bihun ni kan? sedap sangat bihun yang Mak Mah masak ni. Risa pandai masak tapi sikit-sikit jela"

"Boleh je Risa bila-bila masa Risa nak belajar Mak Mah boleh tolong ajarkan. Oke laa tu pandai sikit-sikit nanti lama-lama boleh jadi chef" kata Mak Mah

Pandai Mak Mah melawak ye

Aku ketawa kecil.

"Eh apa pula jadi chef Mak Mah, pandai Mak Mah buat lawak ye" ketawa aku lagi

Kalini kami berdua gelak bersama.

"Ermm Risa, Mak Mah nak tanya sikit boleh?" Tanya Mak Mah pada Risa Ariana.. Mak Mah nak tanya apa eh?

"Boleh, Mak Mah nak tanya apa tu?" Jawab Risa Ariana.

"Tuan Raekal cakap Risa lari dalam keadaan hujan jadi Tuan terlanggar Risa pada malam tu , jadi Mak Mah nak tanya lah kamu, kenapa Risa berlari dalam keadaan hujan? Risa nak ke mana sebenarnya?" Tanya Mak Mah pada aku .

Ermm macam mana nak cerita ni. Aku menunduk ke bawah sambil merenung tangan ku.

Cerita jela Risa Mak Mah je pun getus hati Risa Ariana.

"Ermm Ri..Risa sebenarnya.."

Mak Mah bangun dan duduk di sebelah Risa Ariana. Dia memegang tanganku untuk memberi aku kekuatan untuk aku bercerita. Aku menarik nafas sebelum aku bercerita.

"Risa sebenarnya tak ada hala tuju. Risa ta..tak tahu nak pegi mana sebab Risa kena halau dari rumah pakngah Risa. Risa kena fitnah, ada orang hantar gambar-gambar yang Risa tidur dengan lelaki lain sedangkan Risa tak keluar rumah pun sebab makngah tak kasi Risa keluar. Pakngah tak percaya kan Ri..Risa... Hikss.." Risa Ariana menangis teresak-esak. Mak Mah memeluk tubuh Risa Ariana untuk memberi dia kekuatan.

"Mak ayah Risa meninggal kerana satu kemalangan tapi Risa seorang sahaja terselamat. Risa adalah anak tunggal. Kemalangan itu terjadi pada 6 tahun yang lalu.. hikss.. Risa rindu mak dan ayah.. Risa nak ikut mak dan ayah..hikss.. kenapa dia tak ambil sekali dengan Risa... Risa kesepian... Risa dah tak ada siapa lagi.. pakngah dan makngah dah halau Risa. Risa tahu dalam gambar tu bukan diri Risa tapi orang tu adalah Milana anak pakngah sebab dia selalu keluar jumpa lelaki di depan rumah dan bersentuhan dengan dia orang. Risa tahu sebab masa tu Risa nak buang sampah dan Risa ternampak Milana dengan seorang lelaki dan mereka berpelukkan Risa nak halang dia orang tapi Risa takut... Hiksss" panjang lebar Risa Ariana bercerita. Mak Mah yang dari tadi hanya mendengar sahaja. Mak Mah memeluk tubuh Risa dan menggosok belakang badan Risa Ariana untuk menenangkannya.

My AngelWhere stories live. Discover now