𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐈 🪐| 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤

2.6K 116 42
                                    

"Come here, hero papa !" Pantas sahaja kaki kecil itu berlari ke arah ayahnya. Umar mendepa tangan seluas-seluasnya seakan-akan bersedia untuk membalas pelukan anak lelakinya itu, Hud Rafael. Tubuh anak kecil itu kemudian digendong.

Umar tersenyum memandang ke arah isterinya yang mendekati ke arah mereka dengan senyuman yang lebar.

Sudah hampir 4 tahun berlalu sejak dirinya sembuh dari penyakit yang tidak pernah disangka akan sembuh secara tiba-tiba. Keajaiban memang berlaku untuk diri Umar.

Memang benar, doa boleh mengubah segala-galanya. Jika Allah sudah berkehendak, tidak ada siapa yang mampu menghalang segala perancanganNya.

"Makin berat lah anak papa ni. Nampak sangat anak papa ni dah besar." Umar mencebik sedih seketika sebelum tubuh anaknya itu digeletek oleh Umar membuatkan Hud tertawa besar.

Naura hanya tersenyum memandang pada pemandangan indah yang berada di hadapannya itu. Keakraban hubungan antara seorang ayah dan juga seorang anak. Walaupun dia tak sempat untuk bermesra dan bermanja dengan ayahnya, setidaknya dia dapat menumpang kebahagiaan dari anaknya sendiri kerana dapat merasai perkara itu.

"Jom kita balik ? Nak jumpa Tok Ma dengan Tok Ayah tak ?" Rambut Hud yang kusut akibat ditiup angin itu dikemaskan semula. Sesekali mata Naura bertembung dengan mata Umar membuatkan lelaki itu tersenyum ke arahnya.

"Nak, tapi Hud tak puas lagi main dekat pantai ni." Bibir merahnya dicebik. Sengaja mengambil hati kedua ibu bapanya.

"Kita boleh datang lain kali. Nanti papa beli layang-layang untuk Hud lepastu kita main sama-sama. Nak ?" Wajah anaknya yang kian cemberut dipandang. Cuba memujuk anak lelakinya itu dengan penuh lembut.

"Pinky promise ?" Jari kelingking ditunjukkan di hadapan wajah Umar membuatkan lelaki itu segera memaut jari kelingkingnya dengan jari kelingking Hud.

"Pinky promise." Mendengar itu membuatkan Hud bersorak riang. Umar dan Naura hanya tersenyum melihat kelakuan lucu dari anak lelaki mereka.

Langkah mereka kemudian menuju ke arah kereta yang telah diparkir bersebelahan pantai seraya masuk ke dalam perut kereta untuk terus pulang ke rumah.

"If I know what love is, it is because of you."

"Assalamualaikum !"

"Tok Ma, Tok Ayah, Hud datang ni !" Kaki kecilnya berlari ke arah Datin Syakira dan juga Dato' Faizal yang sedang berada di ruang tamu. Umairah dan Ridhwan juga turut berada di situ bersama anak perempuan mereka. Umairah juga sudah berbadan dua kali ini dan kandungannya sudah genap tujuh bulan.

Tubuh Hud kemudian dipeluk oleh pasangan yang sudah berusia itu.

"Rindunya dekat cucu Tok Ma yang lagi seorang ni." Tubuh Hud dipeluk erat oleh Datin Syakira seraya tubuh kecil itu digoyang ke kiri dan ke kanan membuatkan Hud tersenyum lebar sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya.

"Hud pun rindu Tok Ma."

"Iya ?" Datin Syakira membulatkan matanya dan Hud segera mengangguk laju.

"Hud tak rindu dekat Tok Ayah ke ?" Dato' Faizal sudah mempamerkan riak wajah yang sedih di hadapan cucunya itu.

"Mestilah Hud rindu Tok Ayah jugak." Tubuh kecil itu segera memeluk tubuh Dato' Faizal.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now