UMAR X NAURA [ BAB 26 ]

1.8K 124 3
                                    

Naura yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidak diendah oleh Umar. Pandangan langsung tidak diberikan buat si isteri. Matanya hanya tertumpu pada skrin telefon.

Naura duduk di birai katil sambil memandang wajah suaminya itu lama. Menunggu supaya Umar mengangkat kepala untuk memandangnya. Namun posisi Umar masih sama. Tunduk memandang ke skrin telefon. Naura mengeluh kecil. Lengan Umar diusapnya lembut.

"Papa marah mama lah, sayang. Macam mana mama nak pujuk papa ni ?"
Naura kemudian bersuara dan bercakap sendiri dengan kandungannya. Sengaja ingin menarik perhatian Umar.

Melihat keadaan Umar yang masih sama, membuatkan Naura mencebik. Susah jugak nak tarik perhatian Umar ni.

"Abang merajuk dengan Naura ke ni, hmm ?" Wajahnya sedikit menunduk untuk melihat reaksi Umar yang  masih tidak memberi apa-apa reaksi. Telefon Umar terus dicapai oleh Naura supaya Umar boleh memberi tumpuan kepada dirinya.

Wajah Naura masih tidak dipandang oleh Umar,malah pandangannya hanya tertumpu di hadapan. Memandang pada dinding yang kosong.

Naura menarik dagu Umar supaya Umar memandang wajahnya. Nampaknya Umar terlalu marahkan dia sampai muka dia sendiri pun Umar dah taknak pandang.

"Pandang Naura, abang."

"Marah sangat ke abang dekat Naura sampaikan muka Naura pun abang dah taknak pandang ?" Matanya sayu apabila bertembung dengan mata Umar. Tangannya naik mengusap lembut rahang suaminya itu. Umar hanya diam memerhati wajah wanita di hadapannya. Jelas terhias dengan kesedihan.

"Naura minta maaf kalau Naura tak bagitau abang awal-awal pasal benda ni. Lagipun benda ni dah lama dan Naura rasa tak patut kalau Naura bagitau abang sedangkan kita dah bina rumah tangga kita sendiri. Naura sayang abang. Sangat. Tak mungkin Naura sanggup nak hancurkan mahligai cinta yang baru dibina antara kita. " Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Please, jangan merajuk lagi. Naura tak suka tengok abang macam ni. Abang memang buat macam Naura ni betul-betul tak wujud tadi." Matanya sudah berkaca. Tinggal masa je nak jatuh.

Umar tiba-tiba tersenyum. Dia kalah dengan Naura. Dia kalah dengan egonya sendiri disebabkan wanita ini. Terlalu mudah Naura sejukkan hatinya yang dari tadi berapi.

"Orang tengah serius, boleh pulak dia senyum-senyum." Kesal jugak Naura dibuatnya. Punya lah susah nak pujuk Umar ni, dia boleh senyum-senyum pulak.

"Mana ada abang merajuk."

"Dah tu ? Yang tadi abang palau Naura tu apa ?"

"Abang memang marah tadi sebab abang cemburu si Ridhwan tu suka kan bini abang dan Naura tak pernah bagitau abang pasal benda tu. Tapi dah bila tengok muka Naura yang makin tembam ni buat marah abang jadi reda." Dia menghamburkan tawanya. Pipi Naura dicubit sekilas.

Cemberut saja muka Naura. Kedua-dua belah pipinya dipegang. Dah tembam ke ?

"Mind to tell me ? Macam mana Ridhwan boleh tersuka dekat sayang ?" Dia membetulkan kedudukannya. Bersedia untuk mendengar jawapan dari Naura.

"Naura pun taktau macam mana Ridhwan boleh suka dekat Naura. Tapi, percayalah. Naura tak pernah terima dia. Naura tolak sebab waktu tu dah ada nama orang lain dalam hati Naura." Riak wajah Umar mula bertukar. Sekali lagi, hadir rasa cemburu dalam diri. Cemburu dengan lelaki yang pernah ada di dalam hati Naura sebelum dia.

"Siapa lelaki tu ? Abang kenal dia ?" Umar tetap gagahkan diri untuk bertanya walaupun mungkin akan menyakitkan hatinya sendiri.

Naura kemudian tersenyum. Jari telunjuknya menuding ke dada Umar.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now