UMAR X NAURA [ BAB 5 ]

2.7K 179 14
                                    


Naura menuruni anak tangga untuk menuju ke meja makan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.Mana tak happy nya si Naura ini setelah dia bermimpi tentang Umar semalam sampai terjatuh katil dibuatnya.Naura sudah dilamun cinta.Haih pagi-pagi lagi hatinya sudah berbunga-bunga.Dia juga tidak sabar berjumpa dengan Umairah di tempat kerjanya untuk mengorek rahsia tentang Umar.Amboi Naura pulak yang makin menjadi-jadi.Haritu Datin Syakira sekarang Naura pula yang sudah disampuk hantu langsuir.

Namun senyuman manisnya tadi terhenti apabila melihat ayahnya yang sudah berada di meja makan.Dengan riak yang malas dia tetap melangkah perlahan menuju ke meja makan untuk sarapan pagi.Mahu sahaja dia skip sarapannya itu tapi Naura kerap mempunyai gastrik jika dia tidak menjamah makanan walaupun sedikit.

Keadaan sekeliling sunyi sepi dan hanya ditemani dengan bunyi sudu dan juga pinggan yang berlaga sebelum ayahnya bersuara.

"Naura kemana semalam ? Lewat balik." Encik Megat menyoal dengan nada yang dingin.

Dengan malas Naura menjawab "Naura pergi rumah kawan." Ringkas sahaja jawapannya.

Jawapannya itu membuatkan dahi Encik Megat berkerut. "Laki ke perempuan ?"  Pertanyaan ayahnya ini juga membuatkan Naura mengeluh kecil.Mula dah dia.

"Perempuan.Nama dia Umairah.Dia kawan sekerja dengan Naura.Semalam dia ajak Naura makan dinner dengan family dia dan kenal-kenal." Malas juga perempuan itu melayan ayahnya.

"Hm Naura gerak dulu lah.Dah lambat nak pergi kerja."  Pantas sahaja Naura bangkit dari tempat duduk dan menuju ke arah ayahnya untuk menyalam tangan lelaki tua itu.Risau jikalau ditanya lebih-lebih oleh ayahnya, dia segera laju menapak keluar rumah.

Naura merasa dia terlalu jauh dengan ayahnya sekarang ini.Semenjak hidupnya selalu diatur oleh Encik Megat,gadis itu sudah malas mahu melayan perangai ayahnya yang sorang ini.Dia bukannya tidak sayang ayahnya,cuma dia kecewa dengan sikap Encik Megat terhadap dirinya.Dingin dan ego.Itu sahaja perkataan yang mampu menyifatkan diri Encik Megat.Naura juga perlukan kasih sayang seorang bapa,bukan mengongkong hidupnya dan melayaninya seperti tunggul kayu.

Naura juga perlukan kasih sayang seorang bapa,bukan mengongkong hidupnya dan melayaninya seperti tunggul kayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Umairah memandang Naura yang sedang mengunyah makanannya sebelum dia bersuara. "Weh kau tau tak yang hospital kita ni ada doktor baru?" Mendengar itu Naura terus berhenti dari mengunyah dan keningnya bertaut.

"Aku tak tau pun.Kau tau dari mana ni ?" Umairah sekadar menggulingkan biji matanya.

"Aduu kau ni semua benda kau ketinggalan.Aku rasa kau sorang je yang belum tau.Cacing di bawah tempurung betul lah kau ni."

"Katak di bawah tempurung lah pandai." Naura membetulkan kesilapan rakannya yang bijak itu.Umairah hanya tersengih malu.Oh salah ekk ? Rasanya dulu BM dia A+ kot.Macam mana peribahasa boleh ke laut ni ?

"Aku nampak dia kat hospital tadi.Aku yang dah kerja bertahun-tahun kat hospital ni tak penah nampak muka dia pun.Tu yang aku tanya dekat nurse lain.Dorang cakap tu doktor baru.Nama dia Doktor Ridhwan. Kau tau tak dia hensem gilaaaa wehhh !! Umairah terjerit kecil sebelum mulutnya ditutup oleh Naura.

"Ish kau ni kalau ya pun tengah fangirl dekat Doktor Ridhwan tu kawal lah sikit suara kau tu.Ni bukan cafe bapak kau." Naura tak sedar diri semalam dalam bilik pun dia ni dua kali lima je dengan Umairah.Malah dia nampak lagi gila dari Umairah.Tapi nasib dia dekat bilik.

Umairah hanya tersengih seperti kerang busuk.

" Maaf lah Naura.Alah bagilah kawan kesayangan kau ni berfangirl kejap.Bukan selalu." Naura hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.Haih ada-ada je kawan baik dia yang seorang ni.Biarlah asalkan kawan baiknya ini bahagia.

Naura teringat akan sesuatu.

"Erm Umairah yang cantik intan payung lagikan kurus,aku nak tanya sesuatu ni." Suara Naura seakan-akan meleret memujinya.Umairah sudah berkerut dahi.Apa masalah perempuan ni ?

"Eh apa benda kau ni ? Geli pulak aku dengar kau puji aku dengan suara yang macam tu.Aku ni suci lagi tau." Sempat Umairah menyilangkan tangan di dadanya. Risau kalau si Naura ni mencabulinya.Naura ni bukan boleh,nampak je innocent tapi dalam diam boleh lebih dari tu.

Naura menampar lembut tangan kawan baiknya itu.Apa yang terlebih sengal sangat kawan dia ni. "Ish kau ni.Kau pikir apa hah ? A-a-aku nak tanya pasal abang kau je." Mengendur suara Naura apabila jujur terhadap kawan baiknya.Dia menunduk malu.

Terkebil-kebil Umairah mendengar ayat lontaran Naura.Kawan dia ni memang dah jatuh hati dengan abangnya ke ?

"Eleelelele kau suka dekat abang aku kann ? Kann kann kannn ?" Laju sahaja Umairah menyakat kawannya sambil menolak-nolak lembut bahu rakannya dengan jari telunjuk.

Naura cuba untuk menafikannya walaupun Umairah tau kawan baiknya ini memang menyimpan perasaan terhadap abangnya sejak dia melihat cara tatapan Naura kepada Umar waktu mereka makan malam bersama.

"M-mana ada lahhh.Aku tanya je.Sekadar nak berkenalan.Tu pun tak boleh?" Muncung saja mulutnya.

"Hm yelah tu." Umairah hanya menjawab malas.Dah suka tanak mengaku pulak markonah ni.Apa susah sangat, cakap jelah yang si Naura ni suka akan abangnya.Boleh jugak dia merasa dapat kakak ipar sendiri.Tambahan pula si Naura ni adalah kawan baiknya.Uishhh best tu dapat kakak ipar yang memang asal bestie sendiri. Umairah menyambung. "Ha kau nak tau apa pasal abang aku ?"

Sempat Naura menunduk malu sebelum bersuara.

" Abang kau dah ada awek ke?"

Umairah terfikir sesuatu sebelum menjawab.Dia tersenyum sinis. " Ha ah abang aku dah ada awek .Cantik weh sumpah tak tipu.Aku perempuan yang tengok dia pun boleh meleleh apatah lagi abang aku."

Mendengar kata-mata Umairah, riak wajah Naura terus berubah 100%.Mukanya memang menunjukkan yang dia tengah sedih. " Ouh ye ke ? Hmm takpalah kalau macam tu." Naura terus menunduk sedih sambil bermain dengan jari runcingnya.

Umairah yang perasan akan riak wajah kawannya itu sudah tergelak besar dalam hati.Aduhhh kawan dia ni comel je.Tu lah taknak mengaku lagi yang dia suka Umar.Sekarang ni memang nampak dan terbukti dah yang si Naura ni memang betul-betul sukakan Umar.

"Kau nak tengok tak muka awek abang aku?" Sempat Umairah bertanya sebelum mengeluarkan iPhone 15 pro max.

"Tanaklahh." Sayu sahaja suara gadis ini bersuara sambil kepalanya yang masih menunduk.Alolololo merajuk ke tu Naura ?

Umairah sudah meletakkan telefonnya di hadapan Naura. "Alaa Naura tengoklah ni cepatt."

Dengan lemah dan malas Naura mendongakkan kepalanya.

Naura mula tersenyum sampai ke telinga apabila melihat screen telefon Umairah itu.Pipinya mula membahang.Ehh dah kenapa pulak si Naura ni.Buang tebiat ke apa ? Umairah tunjuk apa sampai si Naura ni tersenyum macam kambing ?

Rupanya si Umairah ni bukan menunjuk gambar awek abangnya.Dia cuma buka camera dan menghala ke arah Naura.Jadi Naura akan nampak pantulannya dalam camera.Bermakna awek yang dimaksudkan oleh Umairah tadi adalah dirinya.Naura.

"Ish kau ni Umairah.Dah kenapa ?!!" Naura cuba untuk menahan perasaan malunya.Namun tetaplah mencuba Naura.Kulitnya yang putih memang menampakkan mukanya yang sudah merah menyala macam cili.Sempat dia menjeling manja ke arah Umairah yang hanya tersenyum mengekek melihat reaksi Naura tadi.Haih Naura naura.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now