UMAR X NAURA [ BAB 25 ]

2K 124 6
                                    

Sebaik sahaja Naura dan Umar melangkah masuk ke dalam rumah agam milik Dato' Faizal dan Datin Syakira itu, Naura terus dipeluk erat oleh ibu mentuanya. Seperti mengalu-alukan kedatangan yang ditunggu-tunggu. Naura membalas pelukan Datin Syakira.

Sebaik sahaja Datin Syakira mendapat tahu berita gembira itu, dia tetap berkeras supaya Umar dan Naura pulang ke rumahnya dan tinggal di sana dalam beberapa hari. Umairah dan juga Ridhwan juga turut ada di situ. Rindu nak berkumpul ramai-ramai katanya. Takdalah sunyi sangat rumah dia ni.

Umar yang berdiri di sebelah hanya menggariskan senyuman manis melihat adegan mesra dihadapannya itu. Dia bersyukur kerana Datin Syakira terlalu sayangkan Naura seperti anaknya sendiri. Penerimaan Datin Syakira untuk menjadikan Naura sebagai seorang menantu sudah ingin membuatkan Umar sujud syukur. Tak tergambar rasa syukurnya kepada Tuhan. Dia ada keluarga yang bahagia. Ada isteri yang baik. Dan juga malaikat kecil yang dianugerahkan oleh Allah.

Pelukan mereka dileraikan. Tubuh Naura dibelek dari atas ke bawah.

"Menantu mama ni sihat ? Cucu mama macam mana ?" Terpampar wajah teruja di wajah wanita yang berumur itu. Naura sengih melihat riak Datin Syakira.

"Alhamdulillah Naura sihat. Cucu mama pun sihat-sihat je ni."

"Hai...anak sendiri yang dekat depan mata ni dah tak nampak ke ?" Umar tiba-tiba menyampuk. Sengaja menyakat wanita tua itu. Bila dah dapat tengok muka menantu, terus anaknya dilupakan.

Lengan Umar ditampar oleh Datin Syakira. Suka sangat budak ni menyakat orang.

Naura kemudian melirik ke arah Umairah dan Ridhwan yang menghampiri dan juga Dato' Faizal yang baru menuruni tangga.

Naura berlari-lari anak untuk memeluk kawan baiknya itu. Macam dah 3 tahun tak jumpa.

"Eh sayang. Jatuh nanti."

"Careful, my love."

Umar dan Ridhwan bersuara serentak apabila melihat pergerakan yang agak aktif oleh isteri mereka. Dah jadi mak buyung pun boleh pulak buat perangai macam tu. Mau terberanaknya kat situ kang. Siapa yang susah ?

"Tengoklah bini kita tu. Macam bertahun-tahun tak jumpa." Umar menyiku lengan Ridhwan. Pandangan mereka tertumpu kepada isteri yang sedang rancak bersembang.

"Tah tu. Aku risau tak pasal-pasal kita kena sambut baby dekat sini pulak. Dah lah tak cukup bulan lagi. Tak ke naya ?" Kepala digeleng berkali-kali. Pening dengan perangai si isteri.

Suara suami bagai hanya masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. Langsung tidak diendah. Ini lah perempuan. Bila dah jumpa kawan gosipnya, habis tak ingat dunia dah. Apa yang jadi di sekeliling pun dah tak ambil peduli.

"Ha tengok. Dah ada isi dah bini aku tu." Bibir dijuih ke arah Naura. Tangan disilang ke dada dan kening dijongketkan. Bibirnya kemudian menguntumkan senyuman senget. Riak wajah yang bangga ditayangkan kepada Ridhwan. Ingat kau sorang je boleh buat ?

"Lemah lah kau ni. Lambat. Tengok macam aku ni ha, baru berapa minggu kahwin, si Umairah tu dah ada isi. Baru lah namanya lelaki sejati. " Dadanya ditepuk berkali-kali.

Umar membuat muka. Suka sangat si Ridhwan ni cari gaduh dengan dia. Tapi bukan gaduh bertumbuk-tumbuk, gaduh manja-manja je.

"Tengkorak kau lelaki sejati. Eh kau ni. Hormat abang ipar kau yang lagi tua ni ha. Kau tu sebaya adik aku je. Nak main gaduh-gaduh lak ngan aku. Dasar monyet betul lah kau ni." Mata dijeling ke arah Ridhwan.

Terbuntang mata Ridhwan kerana dipanggil monyet oleh si Umar. Ada ke patut rupa dia yang hensem macam ni boleh dipanggil monyet. Bini dia pun tak panggil macam tu tau.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now