UMAR X NAURA [ BAB 29 ]

1.5K 113 7
                                    

Mata Naura terpejam kerana ingin menikmati tiupan angin malam yang tidak henti-henti menyentuh kulitnya. Suasana yang dingin membuatkan dirinya lebih tenang. Kadang bila dirinya terasa terlalu penat atau banyak berfikir, balkoni rumahnya ini lah yang akan menjadi tempat untuk dia menenangkan diri. Sesekali perutnya itu dielus lembut. Tak terasa cepatnya masa berlalu kerana kandungannya yang sudah mencecah lima bulan.

Tiba-tiba sepasang lengan sasa melingkar pinggangnya dari arah belakang. Sedar akan kehadiran si suami membuatkan matanya kembali terbuka. Kepala ditoleh ke sisi dan membuatkan pipinya bergesel dengan hidung mancung milik Umar. Satu ciuman di pipi diberikan khas buat Naura.

Naura tersenyum. Tangan Umar yang tidak berhenti-henti mengusap perut Naura yang sudah terlihat bentuk itu sudah cukup membuatkan Naura semakin dibuai tenang. Tubuh mereka diayun ke kiri dan kanan seperti menari kecil. Sama-sama menikmati heningnya malam yang sunyi. Hanya ditemani bulan dan bintang.

"Buat apa kat luar malam-malam macam ni ? Sejuk. Tak elok duduk lama-lama." Umar mula bersuara. Tubuh Naura kemudian berpusing menghadap ke arahnya. Seraya itu, tangan Umar naik untuk membetulkan selendang Naura yang jatuh menampakkan dadanya yang terdedah akibat tiupan angin yang kuat.

"Saja ambik angin. Naura suka suasana sejuk macam ni. Tenang." Umar hanya mengangguk. Dia faham Naura juga ada masanya perlukan masa untuk bersendirian. Tenangkan fikiran yang kusut. Nak-nak pulak tengah mengandung sekarang ni. Naura mesti banyak memikir dan tubuhnya sekarang cepat sangat terasa penat.

Mata Umar kemudian memandang ke perut Naura sambil tersenyum.

"Sayang dah fikir nama untuk anak kita ?" Pandangan kemudian beralih memandang wajah si isteri. Naura mengangguk. Awal-awal lagi sebelum dia jumpa Umar dia dah sediakan nama untuk bakal anak-anaknya.

"Ermm Naura nak letak nama Hud Rafael. Hud yang bermaksud nama Nabi dan Rafael bermaksud kesejahteraan." Ya, mereka akan dapat anak lelaki. Umar yang paling gembira sebab nanti boleh dibuat geng katanya.

"Abang okay je kan dengan nama tu ?" Risau juga dia kalau Umar tak suka. Kalau Umar tak suka dengan nama tu, dia tak akan tolak kalau Umar nak berikan nama lain.

"Sedap je nama tu. Kalau Naura suka, abang pun suka. Dah kalau Naura sukakan nama tu, abang ikutkan je." Dia tersenyum lebar. Pasal nama, dia tak kisah. Janji anak itu lahir dengan sempurna dan sihat, itu dah satu rahmat untuk dia.

"Hud Rafael bin Umar Al-Fateh." Dia kembali menyebut nama itu. Tapi, dengan nama penuh. Mereka saling tersenyum. Tak sabar sungguh nak melihat anak pertama mereka yang bakal lahir.

"Abang rasa nanti dia ikut muka siapa ?" Naura sekadar bertanya dengan nada yang teruja. Sudah tentunya, teruja untuk menjadi ibu.

"Dah kalau lelaki mesti kena ikut muka abang yang hensem ni, ya tak ? Bila Naura tengok muka anak kita tu nanti, Naura mesti akan teringat abang." Dia tersenyum. Tapi, dengan senyuman penuh makna di sebalik wajah itu.

Naura mengangguk setuju. Tak dinafikan lagi, memang Umar hensem pun. Jadi, dia lagi suka kalau anaknya itu nanti seiras dengan Umar. Kalau rindukan Umar, wajah anak mereka itu lah yang akan menjadi tatapannya setiap hari.

"Jom, pergi siap-siap. Kita keluar."

"Nak pergi mana ? Dah lewat dah ni." Berkerut dahi licin Naura. Umar ni nak ajak dia pergi mana pulak malam-malam macam ni ? Dia dah tak larat berjalan dah disebabkan kakinya yang mula membengkak.

Umar mengerling jam tangannya.

"Awal lagi, sayang. Baru pukul 8.15 malam." Naura hanya diam memandang Umar. Wajahnya masih tidak bereaksi.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now