UMAR X NAURA [ BAB 13 ]

2.6K 145 13
                                    



Setelah selesai menyambut kesemua tetamu,Naura masuk ke bilik dan melihat pantulannya di cermin sambil mengukirkan senyuman manis.Umar masih berada di luar.Masih menyambut tetamu agaknya . Encik Megat juga sudah pulang ke rumah terlebih dahulu.

"Haih dah jadi bini orang dah kau ni Naura." Dia bertutur sendiri sambil tangannya naik untuk menanggalkan tudung yang masih kemas di kepalanya.Tanpa dia sedar,ada satu lengan yang melingkar di pinggangnya yang ramping.

"Kenapa tak tunggu abang,hm ? Puas abang cari sayang tadi." Suara garau itu membuatkan Naura tersentak dari perbuatannya yang tadi.Matanya terbeliak.Badan menjadi kaku.Jantungnya juga sedang berdegup laju .Tangan Umar yang berada di pinggang Naura terus naik bagi membuka kerongsang dan juga jarum peniti di tudung gadis itu.Setelah itu,tudung shawl milik Naura dan anak tudungnya hanya dicampak oleh Umar di atas katil.Kini rambut Naura yang diikat kemas menjadi sanggul sudah menghiasi kornea mata Umar.Cantik seperti bidadari.Umar kembali memeluk tubuh Naura daripada belakang dan mendekatkan tubuh ramping gadis itu dengan dadanya.Jarak mereka ketika ini amat rapat.Hidung Umar yang sedang bergesel dengan leher Naura membuatkan dia tersenyum geli.

Wanita itu menampar lembut lengan suaminya. "Abang niii.Naura berpeluh-peluh dah ni.Orang tengah busuk boleh pulak dia peluk-peluk.Bagi Naura mandi dulu then kita solat maghrib sama-sama yaa ?"

Kepala Umar yang dari tadi masih berada di leher Naura terus mendongakkan kepalanya dan berbisik di telinga Naura.Ni lah suaminya.Kerja nak main bisik-bisik je. "Kita mandi sekali nak ? Sunnah Rasulullah dengan isteri baginda tu.Rugi kita tak amalkan." Ha sudah.Suami dia ni mintak tu pun time-time sekarang dah kenapa.Dia segan lah.

Belum sempat mendapat jawapan daripada Naura,Umar terus menggendong tubuh isterinya dan terus menuju ke dalam bilik air. Terkejut berok Naura dibuatnya.Tiba-tiba saja tubuh kecilnya itu seakan-akan melayang. "Abangggg !! Jatuh Naura nanti !!" Jeritan Naura tidak dihiraukan.Kisah apa dia ? Dah halal kan ? Suka hati lah.

Umar dan Naura baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Umar dan Naura baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah. Bukan main lagi tadi dalam bilik air simbah air sana,simbah air sini.Mau nak runtuhnya toilet tu.Dah macam budak-budak istimewa.Tak pasal-pasal mata Naura kena sabun Carrie Junior milik Umar tadi.Hmm nampak je sado dan dingin Umar ni tapi sabun pun guna sabun Carrie Junior.Dah macam takda sabun lain.

Sedang Naura melipat kain telekungnya,Umar tiba-tiba memeluk isterinya dari belakang.Hidungnya didekatkan ke rambut Naura bagi menghidu bau rambut isterinya yang wangi sambil matanya yang terpejam.Bau shampoo Carrie Junior.Umar sangat suka apabila mereka dalam keadaan yang begitu.Backhug.

Naura hanya tergelak kecil melihat kelakuan suaminya itu.Suami dia ni takda kerja lain ke asyik nak peluk-peluk dari belakang.Teruk blushing kita dibuatnya.

"Jom turun makan.Mama ngan papa mesti dah tunggu kat bawah." Umar mula bersuara.Naura sekadar mengangguk sebelum tangannya digenggam erat oleh Umar.Mereka berjalan keluar menuju ke ruang makan.

"Ha datang dah pasangan pengantin ni.Meh duduk sini makan sekali." Datin Syakira mula membuka mulut apabila melihat Umar dan Naura yang baru saja menuruni anak tangga.

Umar dan Naura terus mengambil tempat duduk apabila sesampai sahaja di meja makan.Mata Datin Syakira tak lepas dari memandang anak dan menantunya itu.Sepadan sangat !!

"Mama,papa.Nanti Umar nak bawak Naura tinggal kat rumah Umar yang satu lagi tu." Umar memandang ke arah Datin Syakira dan Dato' Faizal untuk meminta persetujuan dari mereka.Naura yang di sebelahnya sudah menoleh ke arah Umar dan berkerut dahi.Rumah ? Sejak bila Umar beli ? Jejaka itu tak pernah lagi membuka mulut tentang rumahnya itu.

"Abang ada rumah sendiri ?" Soal Naura dengan riak yang polos.Geram je Umar tengok.Tiba-tiba rasa nak jadi harimau.

"Iyaa sayang.Bukan sebijik tau tapi abang ada 2 biji rumah.Abang dah lama tak balik rumah tu.Kalau ada benda urgent atau kerja je baru abang balik.Tapi sekarang abang dah ada isteri.Boleh lah kita tinggal kat sana berdua." Terang Umar sambil bahunya dilanggarkan lembut dengan bahu Naura.

"Ha bagus lah tu.Sekarang ni pun korang dua dah kahwin mesti perlu banyakkan privacy sendiri.Papa okay je.Mama pun okay.Kan, Sya ?" Dato' Faizal memandang ke arah isterinya.

"Mama pon okay je sebenarnya tapi tu lah yang penting isi perut tu kenalah ada." Umar dan Naura sudah tersedak apabila mendengar kata-kata Datin Syakira itu.Umairah yang berada di sebelah Naura sudah menyiku lembut tangan kawannya itu sambil berbisik.

" Cepatlah aku tak sabar nak ada anak saudara ni." Member dah nak mampos tersedak tu boleh pulak si Umairah ni menambah.Naura sekadar menjegilkan biji matanya kepada Umairah.Kawan dia ni pon sekor.Kerja nak menyakat dia je.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now