UMAR X NAURA [ BAB 24 ]

2K 115 11
                                    

Pintu yang dikuak dari luar menarik perhatian Naura. Pandangan diberikan kepada suami yang baru pulang dari kerja. Wajah itu ditenung lama. Nampak letih.

Kaki panjang Umar melangkah ke arah Naura yang sedang duduk melunjur di atas katil dan dari tadi memandangnya sambil tersenyum sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Senyuman isterinya dibalas dan pipi kanan Naura dicium sekilas oleh Umar.

Tali leher dilonggarkan sebelum dia merebahkan kepalanya di atas paha Naura. Lengannya menutup mata yang sudah terkatup dan bibirnya mengeluarkan keluhan berat.

"Kesian dia, penat kerja. Nak makan tak ?" Novel yang baru dibaca tadi diletak di tepi dan rambut suaminya itu diusap berkali-kali.

Kepala Umar digeleng. Hanya diam tanpa bersuara. Terlalu penat. Matanya dibuka kembali untuk mengamati wajah Naura. Isterinya itu dari tadi tidak lekang dengan senyuman. Ada apa-apa ke ? Nampak bahagia sangat ni.

"Kenapa senyum ?" Soal Umar. Dia juga turut tersenyum bila tengok isteri sendiri asyik tersenyum manis macam tu. Luluh hati jantan Umar melihatnya. Sedikit sebanyak, senyuman Naura itu mampu menghilangkan kepenatan dalam diri Umar.

Naura hanya sekadar menggeleng tapi bibir masih lagi tersenyum membuatkan Umar makin tertanya-tanya. Lantas saja tubuhnya bangkit dari perbaringan dan menghadap ke arah Naura.

"Abang tanya ni, sayang. Kenapa senyum-senyum ni ? Senyuman Naura kali ni nampak macam lain sikit. Macam tengah sembunyikan sesuatu. Taknak bagitau abang ?" Mulutnya muncung ke depan tanda merajuk.

Naura masih diam tapi senyumannya masih kekal di wajah. Tangan kanan Umar kemudian ditarik oleh Naura dan diletakkan di perutnya. Tangan Naura juga diletakkan di atas tangan Umar. Dia hanya diam memandang wajah suaminya. Mengharapkan supaya Umar faham dengan bahasa isyarat matanya yang tersimpan satu kebahagiaan.

Umar mengerutkan dahi. Dah kenapa bini aku ni ? Sakit perut ke ? Tapi ada ke orang sakit perut senyum-senyum ?

Pandangannya beralih memandang ke perut Naura setelah itu kembali ke wajah Naura. Masih tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh isterinya.

Kejap....mungkinkah Naura tengah....

Riak wajahnya kemudian bertukar seperti terkejut. Mata yang sudah bulat menjadi semakin besar. Dia terfikirkan sesuatu.

"Naura....

"Mengandung ke ?"

Satu persatu ayat itu meniti keluar dari bibirnya. Persoalan Umar mendapat anggukan dari Naura.

"A-anak abang ?" Naura mengangguk sambil tersenyum.

"Anak kita ?" Sekali lagi, Naura mengangguk.

"Iya abang,anak kita." Kali ini Naura sudah mengalirkan air mata. Tak tertahan sebak di dada.

"Alhamdulillah." Tubuh Naura terus dipeluk erat oleh Umar dan pelukan itu dibalas oleh Naura. Belakang isterinya diusap berkali-kali. Baru sahaja cakap pasal anak, tiba-tiba Allah dah hadiahkan anugerah untuk dia dan juga Naura. Penyeri kehidupan mereka berdua. Akhirnya hasrat mamanya untuk dapat cucu juga sudah tercapai. Semuanya atas segala nikmat Allah. Dia terlalu bersyukur.

Pelukan mereka dileraikan. Setelah itu, bibir Umar mendarat di dahi Naura,lama. Penatnya terasa hilang seperti debu apabila mendapat berita gembira ini dari Naura.

Umar kemudian menundukkan badannya dan mendekatkan bibirnya dengan perut Naura seolah-olah ingin bercakap dengan anaknya.

"Hai anak papa. Jangan nakal-nakal dalam perut mama. Jangan buat mama sakit. Nanti kesian mama penat. Nak kena melayan awak lagi,nak melayan papa lagi." Perut Naura kemudian diusap lembut oleh Umar. Naura yang melihat itu hanya diam memerhati tindakan suaminya. Senyuman semakin melebar. Dia bahagia. Sangat bahagia. Tak sabar ingin membina keluarga kecil pada masa yang akan datang.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now