UMAR X NAURA [ BAB 3 ]

3K 204 18
                                    



" Ha Naura,memandangkan kau baru je nak start happy-happy balik so aku bercadang nak bawak kau datang rumah aku untuk makan malam.Bolehlah aku kenalkan kau dengan family aku sekali.Abang aku pun ada tau.Boleh lah kenal-kenal jugak.Mana tau kau boleh jadi kakak ipar aku ke ? Kau on tak ?" Ajak Umairah sambil mengangkat-angkat kening sebelahnya.

Naura yang ingin melupakan kesedihan tadi mula mengangguk setuju sambil tersenyum. "Boleh je."

"Yeayyyy okay jom kita balik siap-siap dulu nanti aku datang ambik kau dalam pukul 9 macam tu." Naura hanya mengangguk lagi sebelum tertawa kecil melihat telatah Umairah seperti budak 6 tahun.

Sesampai sahaja di rumah,Umairah dan Naura disapa lembut oleh kedua ibu bapa Umairah,Dato' Faizal dan Datin Syakira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesampai sahaja di rumah,Umairah dan Naura disapa lembut oleh kedua ibu bapa Umairah,Dato' Faizal dan Datin Syakira.

"Eh Naura kan ?" Dia disapa oleh Datin Syakira.Sempat Naura mengangguk kecil lalu mengukirkan senyuman manis kepada wanita berumur itu. "MashaAllah cantik orangnya.Jemputlah masuk.Buat je macam rumah sendiri." Tergelak kecil Naura apabila mendapat kenyataan tersebut daripada Datin Syakira.

"Ha makan lah apa yang kamu nak makan ya Naura." Pelawa Datin Syakira bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.

"Eh abang, mana Umar ? Dia tak turun sekali ke ?" Datin Syakira mula bersuara dan memandang suaminya pelik.Ke mana pulak anak teruna dia yang sorang ni.Dari awal lagi Datin Syakira menasihati anaknya supaya tidak terperap di dalam bilik kerana ada tetamu yang ingin datang ke rumah mereka.Belum apa-apa lagi dah hilang dari pandangan mata.

Belum sempat Dato' Faizal berdiri untuk memanggil anaknya yang berada dalam bilik, suara Umar mula bergema tatkala sedang menuruni anak tangga.

"Papa,mama"

"Ha datang pun anak mama.Meh sini duduk makan sekali." Datin Syakira mempelawa anaknya.

Naura yang ingin melihat pemilik suara lelaki itu pun segera menoleh.

Terbeliak biji mata Naura apabila melihat lelaki yang sekarang duduk di hadapannya.Matanya mengekori pergerakan lelaki itu dengan mata yang masih membulat .Umar yang menyedari dirinya diperhatikan itu juga menoleh dan turut melakukan ekspresi yang sama.

"KAU ??!"

Mereka mula bersuara dengan serentak.

Datin Syakira,Dato' Faizal dan Umairah memandang satu sama lain dengan riak yang pelik.

"Umar kenal ke dengan Naura ?" Tanya Dato' Faizal

"Ha ah macam mana abang Umar dengan Naura boleh kenal ni ?" Kini Umairah pula yang menyoal.

"Umar terlanggar dia kat hospital haritu" datar sahaja suara Umar ketika ini. Umairah berkerut dahi.

"Ouhh jadi ni lah orang yang langgar Naura kat hospital haritu pastu tak reti mintak maaf kan ?"

Umar menunjukkan reaksi terkejut.Minah singa ni cita apa dekat adik aku ni.Naura seakan terdiam dan hanya menumpu perhatian terhadap makanannya.Umar dihadapannya dipandang sekilas sebelum mata mereka saling bertaut.Tidak tahu mengapa tapi wajah Naura sudah menjadi seperti tomato.

Arghhh malunya aku.

"Ha dah makan-makan.Tak elok bergaduh depan rezeki" Dato' Faizal mula bersuara.

Habis selesai sahaja mereka makan malam bersama,sempat mereka berbual kosong di ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Habis selesai sahaja mereka makan malam bersama,sempat mereka berbual kosong di ruang tamu.Ingin mengenal menantu katanya.

"Naura ada berapa orang adik beradik ?" Soal Datin Syakira.

"Saya anak tunggal Datin." Tersenyum manis Naura di depan Datin Syakira dan Dato' Faizal tapi kalau depan si malaun tu jangan harap dia nak tayangkan senyuman dia yang indah rupawan ni.Sempat lagi si Naura ni mengerling sekilas ke arah Umar yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Tak payah panggil Datin,mama je" Umar yang khusyuk dengan telefon bimbitnya mula memandang mamanya dengan dahi yang berkerut. Begitu juga Umairah.Mama mereka ni kena sampuk dengan langsuir ke sampai macam ni sekali ?

Datin Syakira juga turut membalas senyuman Naura.Dia akui sejak pertama kali dia melihat Naura sebentar tadi,hatinya terasa tenang sahaja.Ditambah pulak pemakaian Naura sangatlah tertutup.Tudungnya labuh,berstokin dan memakai sarung tangan.Ayu sahaja di hadapan matanya.Keinginan untuk menjadikan Naura sebagai menantu amatlah tinggi dalam diri Datin Syakira.

"Naura dah ada calon suami ?" Spontan sahaja Datin Syakira bertanya.

Naura,Umar,Umairah dan Dato' Faizal sudah tersedak air liur. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Mama!! Soalan jenis apa pulak mama tanya dekat Naura ni.Malu dia nanti." Marah Umairah.Ya lah mana tak nya tak ada angin tak ada taufan boleh pulak mamanya ni tanya soalan yang bukan-bukan dekat orang luar.

"Alah salah ke kalau mama nak kepastian dari bakal menantu mama ni.Kalau ada takpelah tapi kalau takda tu ada harapan lagilah.Bolehlah mama buat persiapan untuk Umar dan juga Naura." Datin Syakira hanya menayangkan senyum polosnya seperti anak kecil.

Bapak gelojoh Datin Syakira ni.

Terbuntang luas mata Umairah dan Dato' Faizal.Umar dan Naura apatah lagi.Dah nak terkeluar macam spring dah biji mata tu haa.Apa kena dengan Datin Syakira sekarang ni? Memang sah disampuk hantu langsuir orang tua ni.

Tanpa menghiraukan reaksi empat makhluk itu,Datin Syakira terus bersuara bagi memecahkan kesunyian."Eh dah lewat ni.Ha Umar dan Umairah tolong hantarkan bakal menantu mama ni pulang selamat ke rumah yaa."

Again.Apa dah jadi lah dengan orang tua ni.Haih pelik-pelik je perangainya.Layankan je perangai pelik lagikan janggal Datin Syakira ni.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now