UMAR X NAURA [ BAB 7 ]

2.4K 156 2
                                    



Naura,Umairah dan Ridhwan sudah berada di cafe kerana jam sudah menunjukkan waktu rehat mereka.

"Doktor Ridhwan kan ?" Umairah menyoal meminta kepastian sambil mata tepat memandang wajah kacak jejaka itu.

"Ha ah saya Doktor Ridhwan.Ridhwan Eskandar." Sambil tersenyum Ridhwan menjawab.
"Dan awak...."

"Saya Umairah Adriana.Kawan Naura." Pantas saja Umairah menyambung percakapan Ridhwan.

Ridhwan mula memanggil pelayan untuk memesan makanan mereka. "Haa korang berdua nak makan apa ?"

"Kita ambik makanan yang set je lah" Jawab Naura.

"Bagi saya yang set 2 ni." Pelayan itu mengangguk dan berlalu pergi sementara mereka berbual kosong sebelum menunggu makanan sampai.

Suasana menjadi begitu sunyi di antara mereka.Ye lah baru kenal kan dengan Ridhwan ni.Mana tak janggalnya sebab sebelum ni Naura dan Umairah hanya bergosip berdua. Nak diharapkan Haider, salah satu kawan baik mereka itu terlalu sibuk sejak-sejak ini.

Ridhwan berdehem bagi memecahkan kesunyian.
"Ehem.So berapa lama korang dah kerja dekat hospital ni ?"

"Saya memang dah lama kerja kat sini dalam 3 tahun macam tu dan Naura ni pulak baru je start kerja dekat sini setahun yang lepas." Laju pulak si Umairah ni menjawab.Hm yelah kan dia saja nak bersembang-sembang dengan Doktor Ridhwan yang kacak ni.Mana tau boleh try.

"Ouh so Naura pun baru lagilah." Mata Ridhwan mula memandang ke arah Naura yang tersenyum kepadanya.Asalnya dia ingin makan berdua dengan Naura supaya dia dapat kenal Naura dengan lebih dalam lagi.Tapi bila difikirkan balik tak baik kalau makan berdua je dengan yang bukan mahram. Risau kalau ada orang ketiga pulak nanti.

Tidak lama kemudian makanan mereka sudah pun sampai. Sedang mereka menjamah makanan yang dipesan,Ridhwan mula membuka suara. "Naura, awak jadi doktor dalam bidang apa ?"

"Saya doktor dalam bidang kanak-kanak. Bagi saya memang best jadi doktor pakar kanak-kanak ni.Ramai budak-budak yang saya rawat.Semua comel-comel. Dan terkadang tu boleh jugak hilangkan stres saya bila layankan dorang tu." Jawab Naura dengan riang.Mendengar itu,Ridhwan hanya tersenyum memandang Naura.

Dalam hati,Ridhwan sudah menjerit kecil.Ya Allah apasal comel sangat Naura ni.Boleh dah ni jadi ibu kepada anak-anak aku nanti.Senyuman dia tu pulak mampu mencairkan hati semua lelaki yang memandangnya.

Umairah pula memandang Ridhwan dengan pelik.Macam ada tak kena je ni.

"Woi kau ! " Suka hati mak bapak dia je Umairah ni panggil Naura macam tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woi kau ! " Suka hati mak bapak dia je Umairah ni panggil Naura macam tu. Dia ada nama lah. Dah lah panggil orang macam nak ajak bergaduh.

"Benda kau ?" Berkerut dahi Naura menyahut panggilan kawan monyetnya itu.

"Kau tak perasan something ke ?" Sekali lagi Naura berkerut dahi.Kalau berterusan macam ni cepat tua lah muka Naura nanti sebab asyik berkerut dahi banyak sangat.

"Perasan apa pulak ni ?"

"Alahh kau ni.Pasal Doktor Ridhwan tu." Naura masih berkerut dahi.

"Ha dah kenapa pulak dengan dia ?"

"Takdalah aku tengok cara dia pandang kau tu lain macam je.Macam orang yang tengah jatuh cinta kau tau."

"Habistu sekarang ni kau nak cakap yang Ridhwan tu sukakan aku ?" Laju Umairah mengangguk.

"Takdanya dia nak suka aku.Aku tengok dia pandang aku pun macam biasa je.Apa yang lainnya ?" Naura menyambung.

"Hmm orang kalau ada someone crush kat dia mana dia pernah nak perasan.Lantak kau lah.Jangan kau pulak yang berubah hati sudah lah." Kali ni nada Umairah agak serius.Naura memandangnya seakan tidak mengerti.

"Berubah hati ? Dekat siapa pulak ?" Polos sahaja muka Naura ketika ini.

"Haih dah-dah lah tu Naura berpura-pura yang kau ni tak suka abang aku.Padahal aku tau je yang kau ni memang dah jatuh hati dengan abang aku kan ? Mengaku je lah.Takyah nak malu lah sebab abang aku pun ada rasa yang sama dengan kau.Aku sebagai adik dia dan bestie tercantik kau ni akan sokong korang dua.Don't worry."

Naura terdiam.Ha sudah sekarang ni adik kepada lelaki itu sendiri sudah tau perasaan dia yang sebenarnya.Lagi bertambah mengejutkan Naura apabila dia sendiri mendapat tau yang sebenarnya lelaki itu juga menyimpan perasaan yang sama terhadapnya.Maknanya cinta dia ni tak bertepuk sebelah tangan lah kan ? Wahhh mahu sahaja Naura pengsan di situ juga sekarang.

Umairah tergelak kecil apabila melihat wajah Naura yang terkejut monyet tu.

"By the way nanti kan mak aku ajak lagi datang ke rumah.Sebab ada benda penting yang dia nak bincang dengan kau.Abang Umar pun ada sekali tau." Sempat lagi si Umairah ni mengangkat kening sebelahnya berkali-kali.

Benda penting ? Benda penting apa pulak dah ni ? Ha sudah. Hatinya mula berdegup kencang.Ada apa-apa yang jadi ke ? Naura hanya terdiam sebelum mengangguk kecil.

"Tapi aku takut lah Umai.Ada apa-apa jadi ke ?" Jelas wajah Naura menunjukkan kerisauan.

"Takda apa lah nanti kau akan tau jugak." Umairah hanya mengukirkan senyuman manis kepada kawannya itu.Umairah betul-betul harap yang Naura akan setuju dengan rancangan mamanya nanti.Ya lah kan, dah kalau dua-dua dah saling mencintai apa salahnya kalau kita satukan je terus.Betul tak ? Lagi cepat lagi bagus. Lagi lah ramai anak nanti. Tak gitu ?

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now