𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐈𝐕 🪐| 𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤

1.9K 89 2
                                    

"Astaghfirullahala'zim. Macam mana katil tu boleh patah sampai macam tu sekali ?" Mengucap panjang wanita tua itu. Wajah anak dan menantunya itu dipandang bersilih ganti.

Pasangan itu hanya menunduk memandang lantai. Tidak berani untuk bersua muka dengan Datin Syakira. Dato' Faizal hanya tersenyum apabila mendapat tahu perkara yang menggelikan hati itu.

Ridhwan yang berada di sebelah hanya mampu menahan tawanya melihat nasib Umar. Memang ketawa dia dah bunyi macam kentut. Punya nak tahan supaya tak bergema tawanya di segenap ruang tamu itu.

Umar lantas memberikan jelingan tajam buat Ridhwan. Bukan nak tolong cover, tolong gelakkan ada lah.

"Mana lah Umar tahu katil tu nak patah macam tu, ma. Umar dengan Naura bukan buat apa pun. Umar duduk atas Nau-

Belum sempat Umar menghabiskan ayatnya, mulutnya ditekup rapat oleh Naura.

"Malam ni Umar dengan Ridhwan tidur dekat ruang tamu. Biar Naura tidur dengan Umairah, Hud dan Adalea. Nanti mama suruh pembantu-pembantu rumah ni letakkan tilam dekat depan."

Pulak dah. Ternganga Umar dan Ridhwan dibuatnya.

"Mama, kenapa Ridhwan pun kena join Umar tidur depan ? Bukan salah Ridhwan katil tu patah." Ridhwan membantah. Dia langsung tak ada kena mengena tapi tiba-tiba dia pulak yang turut jadi mangsa.

"Mama, tak boleh macam tu. Umar taknak tidur jauh-jauh dari Naura. Mama pun tahu, kami mana pernah tidur berasingan walaupun tengah bergaduh." Lengannya memaut kuat pada lengan Naura seakan-akan tidak membenarkan isterinya itu pergi jauh. Umar menatap sedih wajah isterinya itu seraya kepalanya digeleng berkali-kali.

"Apa yang dramatik sangat Umar ni ? Padahal tidur satu rumah jugak."

"Tapi-

"Tak ada tapi-tapi. Umar dan Ridhwan kena ikut cakap mama."

Dua jejaka itu menepuk dahi. Mahu tak mahu mereka harus menuruti permintaan Datin Syakira.

"Jom Naura, kita naik atas. Dah lama kita tak gosip berdua. Banyak benda yang aku nak cerita dekat kau." Dua kawan baik itu saling berpegangan tangan seraya langkah menuju ke arah tangga untuk naik ke bilik. Senyuman riang terukir di wajah mereka.

Umar dan Ridhwan hanya mampu menatap kepergian si isteri.

"Sayang...sampai hati nak tinggal abang dengan monyet ni."

"My love, jangan lah tinggal abang."

Dua wanita itu langsung tidak menghiraukan Umar dan juga Ridhwan malah pintu bilik mereka juga sudah ditutup rapat dari dalam.

"Kau lah ni. Yang kau patahkan katil tu asal ? Tak pasal-pasal aku pun ikut terjebak. Kut ya pun nak bagi Hud tu adik, jangan lah sampai patahkan katil. Aku pun tak sampai lagi tahap maksimum macam tu." Ridhwan menyiku lengan Umar. Bibirnya sudah muncung ke depan. Tak puas hati langsung dengan si Umar ni !

"Aku dengan Naura belum sempat buat apa-apa lagi lah. Katil tu memang dah duduk dekat situ lama. Sejak aku kecil lagi, memang sah lah katil tu dah nazak. Kayu dia pun dah tak kuat. Kau tahu apa ?" Ni dia nak protes ni. Suka hati nenek moyang dia je nak tuduh macam-macam.

"Ha bergaduh-bergaduh. Mulut tu memang tak reti berhenti nak keluar ayat-ayat pergaduhan ke ? Cadangan mama memang tepat untuk bagi korang dua ni tidur sekali. Biar rapat sikit ukhuwah tu." Bebel Datin Syakira seraya kakinya melangkah pergi dari situ. Malas dia nak dengar dua ketul bapak ni berperang mulut. Dato' Faizal hanya diam mendengar perbualan antara mereka.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now