UMAR X NAURA [ BAB 39 ]

2K 100 2
                                    

Bulan demi bulan berlalu dengan pantas. Naura masih cuba untuk mengikhlaskan pemergian Umar. Dan hari ini sudah genap 3 bulan Naura melahirkan anak lelakinya, Hud Rafael. Umairah juga sudah selamat melahirkan anak perempuannya, Adalea Sofeeya.

Semuanya sudah berjalan seperti biasa tapi tidak buat Naura. Tidak mudah untuk Naura melupakan Umar dalam masa yang singkat. Namun, kehadiran Hud Rafael membuatkan hati Naura sedikit terubati.

Jam pada skrin telefonnya dikerling sekilas. Baru pukul 3.23 pagi. Wajahnya diraup sekali. Pandangannya kemudian beralih memandang pada anaknya yang berada di dalam crib. Mujur anaknya itu masih lena dibuai mimpi. Boleh juga dia menunaikan solat tahajud tanpa sebarang gangguan.

Langkah dituju ke arah bilik air untuk mengambil wuduk sebelum menunaikan solat tahajud.

Seusai solat, tangannya diangkat tinggi untuk meluahkan kepada Sang Pencipta tentang apa yang terbuku di hati. Dia ingin meluahkan kesedihannya. Kesedihan yang sudah lama dipendam.

"Ya Allah, aku rindu dia. Aku rindu suami aku. Tempatkan lah dia di kalangan orang-orang yang beriman dan hadiahkan syurga buatnya. Sesungguhnya, dia seorang suami yang baik. Seorang suami yang menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang dan mendidik isterinya dengan rasa cinta."

"Ya Allah, jika ujian yang Engkau beri ini akan mendekatkanku dengan diriMu, maka aku sanggup. Aku sanggup diberi ujian seberat apapun jika itu akan membuatkan aku lebih dekat denganMu. Aku sedar, bahawa Engkau ambil satu per satu orang yang aku sayang supaya aku dapat belajar erti keikhlasan, erti kekuatan. Dan salurkan sedikit kekuatanMu kepadaku kerana sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah. Aku tidak akan kuat jika bukan Engkau yang menguatkanku. Aamiin ya Allah." Mukanya ditekup. Membiarkan air matanya itu turun tanpa henti.

"Sayang..."

Dia kenal pemilik suara itu. Suara yang sangat-sangat dia rindukan. Tangan yang dari tadi menekup mukanya itu lantas diturunkan. Pandangan Naura kemudian dihiasi dengan Umar yang duduk berhadapan dengannya. Matanya sedikit membulat.

"A-abang ? N-ni suami Naura kan ?" Tangannya naik mengelus pipi Umar yang terasa sangat nyata. Umar menjatuhkan kepalanya sekali.

"Ya, ni abang. Suami Ayesha. Kenapa nangis lagi ? Kan abang dah cakap abang tak suka tengok air mata ni jatuh." Ibu jari Umar kemudian mengusap air mata Naura yang sudah jatuh bertitis-titis.

"Macam mana Naura tak nangis kalau abang sendiri dah takda dekat sisi Naura ? Abang dah takda untuk usap air mata Naura. Abang..demi Allah Naura rindu abang. Rindu sangat-sangat." Tangisan Naura semakin menjadi-jadi. Rindu dia pada Umar tak boleh diungkap dengan kata-kata.

"Abang tau Ayesha rindu pada abang. Tapi sekarang tempat abang bukan di sini lagi, sayang. Dan abang tau isteri abang ni kuat walaupun tanpa abang." Penuh lembut tutur katanya.

"Naura tak kuat nak jaga anak kita tanpa abang. Naura perlukan abang. Naura nak abang. Please, jangan pergi dari Naura." Kepalanya digeleng berkali-kali.

"Tak boleh, sayang. Kita berdua berada dekat dunia yang berbeza. Walaupun abang dah takda dekat sisi Ayesha tapi percaya lah, abang sentiasa ada dekat dengan Ayesha. Abang sentiasa ada dekat sini...selamanya." Telapak tangan Umar melekap pada dada Naura. Anak mata Naura ditatap lama.

"Ayesha jaga diri ya sayang ? Abang tunggu Ayesha dan Hud di depan pintu syurga." Dahi Naura dikucup lama. Naura memejamkan matanya. Sesekali bahunya itu terhinjut akibat tangisannya yang tidak kunjung mereda.

Beberapa detik, dia kembali membuka kelopak matanya dan susuk tubuh lelaki itu sudah hilang dari pandangan Naura. Dia kembali menangis teresak-esak. Dia sedar, itu hanyalah bayangan Umar yang menjelma.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Where stories live. Discover now