UMAR X NAURA [ BAB 8 ]

2.3K 143 2
                                    



Sedang Ridhwan rancak bersembang dengan seorang nurse di koridor,dia terlihat Naura yang sedang berjalan di tengah-tengah koridor itu.Senyumannya mula terbentuk.

"Okay nanti awak tolong settlekan yang ni okay ?" Nurse itu hanya mengangguk sebelum berlalu pergi.Ridhwan pula terus melangkah kaki ke arah Naura sambil memanggil namanya.

"Naura." Mendengar namanya disebut dia terus menoleh ke arah suara itu.

Naura mengukirkan senyuman apabila melihat Ridhwan yang sedang berjalan ke arahnya.

"Eh Ridhwan.Shift awak dah habis ke ?" Naura menyoal sebelum Ridhwan menyambung. "Ha ah shift saya sekarang ni dah habis.Cuma ada lagi beberapa benda yang nak kena settle sikit." Naura hanya mengangguk faham.

"Erm Naura kalau awak tengah free sekarang,boleh ke kalau kita cakap sikit ?" Takpa kan kalau cakap berdua sekejap.Kalau tak cakap sekarang, hati Ridhwan jadi tak tenang.

"Boleh je.Saya pun tengah free sekarang.Kita nak cakap dekat mana ?" Jawapan Naura membuatkan Ridhwan tersenyum.Inilah masa yang terbaik untuk dia nak luahkan semuanya.

"Kita cakap dekat rooftop atas lah.Sambil-sambil tu boleh tengok pemandangan dari atas ni."

Naura hanya mengangguk. "Okay jom."

"Umar,keadaan kau ni macam makin teruk je

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Umar,keadaan kau ni macam makin teruk je." Kata seorang doktor lelaki yang sebaya dengannya,Doktor Haider.Haider merupakan doktor peribadi Umar sejak 3 tahun yang lalu.Itupun Umairah yang kenalkan Doktor Haider kepada abangnya kerana Haider juga merupakan kawan baik Umairah. Jadi Umar memutuskan untuk menjadikan Haider sebagai doktor peribadinya.Lagipon Haider itu sebaya sahaja dengan Umar.Boleh jugak dia buat kawan.

Haider yang sedang membelek-belek x-ray milik Umar sudah menunjukkan riak yang risau.Haider hanya mengeluh berat apabila tidak mendapat apa-apa respon dari jejaka itu.

"Susah ni weh.Keadaan kau akan bertambah lagi teruk kalau kau tak ambik tindakan yang secepatnya.Kau memang tanak sambung dah ke buat rawatan yang kau dah tinggal 10 bulan yang lepas ?" Tanya Haider dengan nada yang risau.Mana tak risaunya,selama 3 tahun perkenalannya dengan Umar,dia sudah menganggap lelaki itu seperti saudaranya sendiri.Dan selama ini jugalah hanya dia sahaja yang tau tentang keadaan Umar.Haider pernah memaksa Umar untuk memberitahu keluarganya tapi Umar tetap membantah dengan keras.Belum tiba masa katanya.Habistu nak tunggu dia ni nazak dulu baru dia nak bagitau ?

"Tak guna.Keadaan aku still sama Haider." Dengan nada yang mendatar sahaja Umar membalas persoalan Haider.Sejujurnya, dia sudah penat.Kalau Allah dah takdirkan dia untuk mati nanti,dia akan mati jugak.Takdir Allah kita tak boleh nak lawan.Tapi at least kena jugak ada usaha untuk nak ubah takdir yang boleh diubah tu.Contohnya, macam kesakitan dia sekarang.Kita boleh je cuba ubah dengan buat rawatan dan sebagainya.Itupon satu usaha jugak.Habistu selama ni apa gunanya ubat-ubat zaman sekarang ? Ajal dan maut tu lain kira lah sebab memang Allah dah tetapkan.Cuma Umar je yang keras kepala nak faham.

"Haih Umar kau ni memang degil daripada dulu kan ? Aku cakap ni untuk kebaikan kau jugak Mar.Aku dah ada dengan kau sejak 3 tahun yang lepas dah.Takkan lah aku takda perasaan kalau tengok kawan aku yang tengah sakit macam ni." Haider pun dah rasa give up untuk menasihati Umar.Memang degil sangat dia ni.Sama je macam mencurah air ke daun keladi.

"Hmm nanti-nantilah.Tapi yang penting aku tanak kau bocorkan rahsia ni dekat family aku even Umairah sekalipun.Aku tanak tengok dorang sedih and risau pasal aku." Suara Umar kedengaran sayu.

Ridhwan dan Naura yang sudah sampai di rooftop hospital mereka terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia indah di sana

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Ridhwan dan Naura yang sudah sampai di rooftop hospital mereka terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia indah di sana.Jangan risau,mereka duduk dengan jarak yang jauh dan mereka tidak berduaan di sana.Ramai jugak nurse-nurse yang membawa pesakit untuk ambik angin di atas rooftop ni.Jika dilihat memang indah sangat atas rooftop ni.Tenang je.Patut lah pesakit-pesakit lain suka.

"Awak nak cakap apa tadi Ridhwan ?" Naura mula bersuara sambil matanya memandang ke arah Ridhwan.

Ridhwan yang tadi diam mula menyatakan hasratnya.Dia membalas pandangan Naura sebelum Naura menoleh ke arah lain,tidak ingin berpandangan mata dengan jejaka itu.Zina mata katanya. "Naura,kalau boleh aku tanak simpan benda ni lama-lama.Aku nak jujur je dengan kau sebab selagi aku simpan selagi tu jugak hati aku tak tenang."

Naura mula berkerut dahi.Apa benda yang Ridhwan ni cuba cakapkan.

"Naura,sejak first time lagi aku jumpa kau,hati aku dah rasa lain.At first aku cuba untuk deny benda tu tapi lama-kelamaan aku sedar yang aku betul-betul sukakan kau.Aku nak tengok senyuman kau setiap hari."

Ridhwan hanya tersenyum kelat apabila melontarkan kejujurannya itu.Menyedari Naura yang kelihatan terkejut dan kaku,dia menyambung ayatnya.Dia tau perempuan itu sudah merasa tidak selesa.

"Takpa, take your time untuk nak bagi jawapan dekat aku.Aku akan tunggu.Tapi kalau kau tak boleh nak terima aku, in Shaa Allah aku akan cuba untuk redha dan undur diri." Kepalanya didongakkan untuk melihat keindahan langit yang biru.Sayu sahaja penglihatannya saat ini.Terkadang mencintai itu tak seharusnya dimiliki kan ?

Sungguh Naura terkejut dengan kejujuran lelaki itu.Apa benda semua ni ? Tak ke benda ni macam terlalu awal ? Tapi kalau nak kata awal pun dia sudah berkenalan dengan lelaki ini hampir sebulan.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang