UMAR X NAURA [ BAB 37 ]

1.8K 101 10
                                    

Hari ini merupakan hari kebahagiaan untuk Naura. Dan hari ini juga, Umar memberitahunya yang dia mungkin sudah dibenarkan untuk keluar dari wad. Naura tak sabar untuk menyambut hari kelahirannya dengan lelaki itu buat pertama kali.

Naura bangun awal dari kebiasaannya kerana ingin membawa bekal makanan untuk Umar. Dia mahu membuat kejutan untuk lelaki itu setelah sekian lama dia tidak menjenguk suaminya di hospital kerana keadaannya yang terlalu sarat. Kaki Naura sudah kelihatan bengkak-bengkak dan pinggangnya juga sentiasa terasa lenguh.

Naura hanya mampu bertanya khabar dengan Umar melalui telefon. Sesekali wanita itu pernah menangis kerana terlalu rindukan suaminya. Dan hari ini lah harinya. Hari di mana dia akan kembali ke dalam pelukan lelaki itu. Naura terlalu berharap yang Umar akan sembuh sepenuhnya.

"Selamat hari lahir, Naura !" Umairah dan Datin Syakira menghampiri wanita itu dan memeluknya. Diikuti oleh Ridhwan dan juga Dato' Faizal.

"Selamat hari lahir, menantu kesayangan mama." Datin Syakira mengucup sekilas kepala Naura.

"Selamat hari lahir Naura." Ridhwan dan Dato' Faizal juga turut mengucapkan ucapan hari lahir untuk Naura.

"Terima kasih semua." Naura tersenyum manis ke arah mereka.

"Awal kau bangun harini ?"

"Ya lah, suami aku kan dah nak balik harini. Jadi, aku nak buat kejutan untuk dia. Tengok lah banyak betul yang aku dah masak." Naura tergelak sendiri. Punya lah teruja yang suami dia akan balik harini, sampai dia sendiri pun tak perasan terlalu banyak lauk yang dimasaknya.

Naura tiba-tiba mengurut dadanya. Rasa sesak semacam. Umairah yang perasan dengan kelakuan kawan baiknya itu sudah menayangkan wajah panik.

"Kau kenapa, Naura ? Okay tak ni ?" Wajah Umairah jelas menunjukkan kerisauan. Pertanyaannya itu membuatkan semua mata tertumpu pada Naura yang masih mengurut-urut dadanya.

Naura menggelengkan kepalanya.

"Taktau. Rasa tak sedap hati pulak." Naura juga mulai rasa gelisah. Kenapa hati dia rasa tak tenang ?

Tiba-tiba telefonnya yang berada di atas meja makan berdering. Telefon segera dicapai dan tertera nama Haider pada skrin telefonnya. Dada Naura terasa semakin sesak.

'Ya Allah, tolong jangan ada sesuatu buruk yang berlaku.' Matanya dipejam seketika sebelum panggilan Haider diangkat.

Setelah panggilan diangkat, Naura hanya diam menunggu Haider bersuara di sebalik panggilan. Lelaki itu juga terdiam agak lama sebelum dia bersuara.

"Naura, aku rasa kau kena datang sini cepat." Hati Naura sudah berdenyut laju. Apa yang jadi ?

"K-kenapa ? U-Umar okay je kan, Haider ? Suami aku dah sembuh kan ?" Terlalu berat untuk Naura menutur percakapannya. Air matanya sudah bertakung di tubir mata.

Pertanyaan Naura membuatkan Haider terdiam. Dia harus berterus-terang.

"Keadaan Umar semakin teruk, Naura." Kendur sahaja suara Haider ketika ini.

Luluh jantung Naura mendengar itu. Telefon yang berada di genggamannya hampir terlepas tapi sempat digapai oleh Umairah. Semua yang berada di situ mulai risau apabila melihat keadaan Naura. Dan mereka tahu, mesti terjadi sesuatu kepada Umar sehinggakan wanita ini bereaksi sebegini.

𝐌𝐫𝐬 𝐔𝐦𝐚𝐫 𝐀𝐥-𝐅𝐚𝐭𝐞𝐡 | 𝐂Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt