BAB 20

3.2K 226 58
                                    

With my real voice
Ill tell you my true feeling
The world is beautiful when we’re together












“Eh, Chairil Kenapa datang?” tanya Encik Emir kepada Amirul apabila ternampak tubuh sasa Amirul berdiri cegat dihadapan pintu rumahnya

“Jangan panggil saya Chairil pakcik. Panggil jer Mirul”

“Apa salahnya? Nama kamu juga” Encik Emir mengukir senyuman manis kepada Amirul.

“Jemputlah duduk dulu” sapa Encik Emir

“Terima kasih pakcik” kata Amirul

“Haa, tu kamu panggil pakcik. Kan dah pesan, panggil jer abi. Lagi pun tak lama lagi kamu tu nak jadi bakal menantu abi dah” Amirul mengangguk dengan senyumannya yang semakin lebar.

“Kakak, panggilkan adik turun. Cakap kat dia, ada tetamu datang”

“Baik abi”

Knock knock

“Kejap!” Amira bergegas membuka pintu setelah dia menyarungkan pakaiannya.

“Kenapa akak? Adik baru jer habis mandi”

“Ada prince charming datang, turunlah. Pakai segak-segak tau hehehe”

“Amboi hang kak. Gatai merla noh. Sapa yang mai?”

“Kalau hang nak tau, turun la lekaih” Dahi Amira berkerut. Main teka-teki pula kakak aku ni.

“Ya lah, adik nak turun lah ni” Amira berkata sambil melakarkan senyuman manis kepada kakaknya lalu dia kembali merapatkan daun pintu

Amira berlalu ke arah almari pakaian dan mengambil tudung shawl malas lalu melilitkannya dengan gaya yang mudah. Easy jer.

Setelah itu, dia menuju ke cermin biliknya untuk menilik dirinya. Kelihatan sopan dan simple sahaja dengan baju t-shirt lengan panjang berwarna hitam, tracksuit yang berwarna navy blue berserta tudung shawl berwarna hitam.

Telefon diambil setelah dia berpuas hati dengan penampilannya lalu dia berjalan menuju ke tingkat bawah.

“Abi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat kamu sebab sanggup bayar kos rawatan Abi.” Kata Encik Emir

Small matter jer abi. Apa gunanya menantu kalau tak mampu tolong bapa mertua dia” Kata Amirul seraya melorekkan senyuman manis kepada Encik Emir. Amboi! Belum sah dah naik pangkat nampaknya si Amirul ni.

Itu perbualan yang didengari oleh Amira setelah dia menjejakkan kakinya di tangga terakhir.

‘Menantu? Bapa mertua? Siapa yang dah kahwin ni?’ monolog Amira sendirian. Dia berjalan menuju kearah Ayahnya dan tetamu yang duduk membelakanginya itu.

“Haa dah turun pun adik. Sini, jumpa tetamu” Encik Emir memanggil Amira untuk mendekati mereka. dia duduk ditengah-tengah diantara kakak dan ayahnya.

Matanya hampir tersembul keluar apabila melihat majikannya berada disini

“Apa encik buat dekat sini?” Amira bertanya tanpa berlapis. Dia memandang hairan kearah Amirul. Sempat dikerling kearah kakak dan ayahnya sekilas.

“Dia nak jumpa tunang dia lah sebab tu dia datang sini” kata Ayuni secara direct

“Tunang? Siapa?” Amira menghadap Ayuni dan Encik Emir dengan pandangan curiga.

“Adiklah”

Amira dengan kaku menggelengkan kepalanya, menatap wajah keluarganya dengan kehairanan.

His Happiness ll SUTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon