BAB 50

1.2K 93 36
                                    

'I wanna be wrapped in your arms skin against skin hands intertwined. So let me fall asleep to the sound of your heartbeat'












"Kau tahukan makin kita dewasa makin ramai kawan yang akan hilang. Jadi aku tak nak kau hilang juga disebabkan perangai aku ini" Lirih Elmer bersuara. Dia menatap pemandangan yang terpampang dihadapannya.

"Aku tahu. Tapi bagus juga sebab Tuhan dah tapis circle kita itu untuk tinggal bersama dengan orang-orang yang betul-betul nak kawan dengan kita. Manusia ini tak akan kekal lama, sampai masa dia akan pergi dan sampai masa timbul pula orang baru sebagai ganti. Life is not about the quantity of friends you have. It's about quality of friends you have" Kata Chairil menjelaskan.

"Terima kasih Chai untuk segalanya" Balas Elmer sembari tersenyum.

"Hmm... Aku rasa nak kena hantar kau pergi masuk pondok ni. Biar suci sikit hati itu. Mana tahu keluar-keluar boleh jadi ustaz." Seloroh Chairil dengan nada yang berjenaka.

Elmer menjeling manja. Tapi tidak salah bukan, dapatlah dia tenangkan fikiran dengan mendekatkan lagi dengan yang Maha Esa.

Lalu tidak lama kemudian mereka terdengar sipi-sipi enjin pesawat pejuang seolah-olah mendekati mereka.

"Kenapa tiba-tiba ada dua pesawat pejuang ini? Anak-anak buah kau kah Elmer?" Soal Chairil kepada Elmer. Benar tekaan mereka, kini ada dua pesawat pejuang berada disisi kiri dan kanan mereka seolah-olah hendak mengiringi mereka.

Elmer tidak bersuara tetapi matanya tajam memerhati lambang yang terlakar pada body pesawat pejuang itu. Lambang yang berbentuk naga bertanduk itu menjadi tanda tanya buat dirinya.

"Itu bukan anak buah aku"

"Jangan cakap itu musuh kau, Chai" Amirul mendiamkan diri. Dia kenal lambang setiap musuhnya tetapi yang ini tidak tahu pula siapa.

Chairil pula dengan cepat dia menekan butang merah untuk menghantar red code kepada pasukannya. Dia tahu, pasti rakan-rakannya yang lain sudah bersedia.

Kemudian tiba-tiba sahaja salah satu pesawat pejuang itu menyerang sayap sebelah kirinya. Dapat dia lihat Aileron iaitu bahagian sayap kapal terbang yang berengsel mengimbangi dan mengawal kapal terbang semasa penerbangan mengeluarkan asap hitam. Perasaan tenangnya kian menepis.

"Tak guna!" Lagi sekali pesawat yang mereka naiki diserang. Dapat dirasa pesawat itu bergoncang teruk kerana serangan tersebut.

Chairil bangun melepaskan seat belt dan mengambil senjatanya untuk membalas serangan mereka. Sejurus sahaja dia keluar dari kokpit pesawat ingin menuju ke bahagian penumpang tiba-tiba sahaja dia diterima serangan hendap oleh musuhnya.

"What the fish?!"

"Chai!" Panggil Elmer apabila melihat Chairil tersungkur jatuh kerana serangan hendap yang diberi oleh seorang lelaki berbadan gempal. Dia dengan laju berlari dan membalas serangan tersebut. Kokpit ditinggalkan begitu sahaja kerana sejak tadi Chairil sudah mengaktifkan auto pilot.

"Berani kau cederakan kawan aku!"

Tanpa amaran awal, Elmer terus menerpa ke arah musuh mereka. Tumbukan yang bertalu-talu diberikan kepada lelaki berbadan gempal itu sebelum dia mengakhirinya dengan tendangan di celah kangkang lelaki tersebut. Mengerang kesakitan dibuatnya.

'Huh! Tumbuk tak jalan last-last bagi mandulkan juga kau tercundang ya.' Getus suara hati kecil milik Elmer.

Kemudian dia meluru laju ke arah Chairil untuk membantu sahabatnya itu. Mereka sama-sama memberikan tatapan tajam ke arah musuh-musuh mereka yang agak ramai.

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now