BAB 39

2.4K 159 123
                                    

'Dan (ingatlah kisah) Nabi Lut a.s, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu membuat perbuatan yang keji 'maksud fahisyah disini ialah penyimpangan seks, termasuk homoseks.' Padahal kamu sedar akan kekejian perbuatan maksiat itu?" - ayat 54 (Surah Al-Naml)









VERGA COMPANY

Chairil menatap lekat pemandangan yang terhiasi dengan bangunan gah dihadapannya ini. Dua butang baju kemejanya yang terbuka tidak dihiraukannya. Tangan sasanya pula masih setia didalam kocek seluar slack hitamnya.

Kepalanya menerewang dengan apa yang telah berlaku baru-baru ini. Sangat menyesak baginya. Dia hanya ingin hidup bahagia dan tenang dengan kekasih hati tetapi masalah yang timbul membuatkannya menjadi runsing.

"Sepatutnya abang bawa sayang jauh dari sini dan kurung sayang dalam sangkar emas abang sahaja" gumam Chairil. Tapi apakan daya, sebelum menikmati kebahagiaan yang akan tiba, dia perlu melakukan rancangan ini dulu. Rancangan dimana akan membebaskan dirinya dari kegelapan.

Dalam dia larut dalam bayangannya, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada sepasang lengan berlingkar ditubuhnya. Chairil memejamkan matanya menikmati momen saat ini. Lelaki itu hanya berdiri kaku menikmati usapan didadanya yang masih dibalut fabrik.

"I know you'll come to me" tangan besar itu membelai lembut dada Chairil. Berdiri bulu roma Chairil dibuatnya. Chairil sehabis mungkin berlagak tenang

'Darn it! Plan ni memang makan diri!' getus suara hati kecil Chairil.

"Why you're shaking? Don't you feel it? C'mon bro... I know you miss me." Pemuda itu menghirup dalam-dalam aroma rambut Chairil.

"Wanginya master" dia memusingkan tubuh sasa itu untuk menghadap dirinya secara berhadapan. Netra matanya berkilat penuh obsesi ketika memandang wajah datar milik Chairil.

Dengan berani lelaki itu mengelus rahang Chairil yang tajam dan memajukan wajahnya untuk mendekati wajah kacak Chairil. Chairil yang tahu akan niatnya segera berpaling ketepi. Terjatuh ciuman itu di cuping telinganya. Lelaki itu terdiam namun tidak lama kerana dengan pantas dia menggigit kecil telinga Chairil.

Chairil segera menolak kasar tubuh tegap itu. Mereka beradu mata buat seketika. Chairil memandang jejaka itu dengan tajam. Kalau dilihat dengan mata kasarnya ini, tubuh itu makin tegap dan sasa. Tiada perbezaan diantara mereka berdua. Kedua-dua mempunyai body yang baik dan maskulin.

Bibirnya tersungging naik. "Jual mahal huh?" bicaranya pada Chairil yang berdiri dihadapannya dengan wajah yang memerah. Entah marah ataupun malu terhadapnya.

"Kenapa kau buat macam ni?" Tanya Chairil dengan nada sedikit tegas.

"Because I want you back! Kau dah lupakah dengan moment-moment kita sebelum ni? Kau dah lupakah dengan janji kau dengan aku sebelum ni?"

"Itu bila aku khilaf Elmer! Cukuplah Elmer. Berubah sebelum terlambat. Azab Allah itu lagi menakutkan!"

"Habis kenapa kau still layan aku baik kalau kau nak buang aku?! Kenapa kau still cakap kau sayang aku huh?!"

"Sebab kau kawan baik aku Fadeyka Elmer! Aku sayang kau as a friend! Not a couple anymore!" tegas suara Chairil berkata.

"Don't you miss our moment? Don't you miss us?" lirih Elmer bertanya kepada Chairil

His Happiness ll COMPLETED ✅️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن