BAB 40

1.7K 124 145
                                    

'Please don't break me because I'm so delicate'

'Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya, "Kamu benar-benar melakukan perbuatan yang sangat keji (homoseksual) yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun daripada umat-umat sebelum kamu - ayat 28 (Surah Al-'Ankabut)










Ting! Tong!

Bunyi loceng yang bergema di rumah agam itu berjaya menarik perhatian pasangan sejoli yang berada didalamnya.

"Biar sayang yang buka" tanpa sempat Chairil menjatuhkan ciuman di pundak kepala isterinya, Amira terus meluru ke pintu besar untuk mendapatkan tetamunya.

Chairil merengus kecil. Kacau line betul! Harini lah dia dapat bermanja dengan isteri kerana hari ini adalah hari cutinya.

"Abang ada ajak kawan abang datang rumahkah?" Tanya Amira kepada Chairil yang kini sedang berpeluk tubuh menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka.

"Why?" Amira menganjak ketepi bagi memperlihatkan sosok tubuh yang tinggi dan kekar itu. Kelihatan individu tersebut mempamirkan senyuman sinis apabila melihat ketegangan diwajah Chairil.

"Hye bro!" Sapaan lelaki itu dihadapannya. Tangan dihulur untuk memberi salam. Tidak mahu sang isteri curiga, dia menyambut salaman tersebut.

"Kau buat apa dekat sini?" Perlahan Chairil bertanya kepada Elmer. Hanya mereka berdua sahaja mendengarnya.

"Saja. Nak melawat kau. Tak boleh ker?"

"Macam mana kau tahu rumah aku?" Soalan dibalas soalan kembali.

"I've my own ways honey" Chairil merengus kecil. Tanpa menunggu lama, dia berjalan menjauhi Elmer dan mendekati Amira yang berada tidak jauh dari mereka.

Dasar baperan.

"Abang temanlah kawan abang. Sayang nak pergi dapur kejap sediakan apa yang patut. Lagipun dah nak masuk waktu lunch ni" Amira cuba menolak tubuh sasa yang melekat dengannya sebaik mungkin. Bagaikan sudah digam. Susah sungguh nak direnggangnya.

"Abang" Rintih suara Amira bergema digegendangnya.

Helaan nafas dihembus dikala dia berat melepaskan isterinya. "It's okay abang. Just call me if you need something. I love you my knight" tanpa menghiraukan tatapan orang lain, Amira menjinjit sedikit lalu menjatuhkan kucupan didagu sang suami bagi meredakan keresahan yang dialami. Rasa takutnya sedikit berkurangan setelah Amira menyalurkan kekuatan ke dalam dirinya.

"So sweet huh?" Sinis Elmer bertanya setelah melihat Amira makin menjauh daripada mereka.

"Diamlah kau! Lebih baik kau berhambus dari sini sebelum bersepai muka kau kat ruang tamu aku" Chairil menghempas tubuhnya kasar diatas sofa mahalnya itu. Elmer menggigit pipi dalamnya melihat kelakuan Chairil.

"Inikah cara layan tetamu?" Chairil mengetap bibir erat menahan marah. Dia tidak mahu bergaduh dihadapan isterinya. Malah, dalam rumahnya pula tu!

Elmer berjalan menghampiri jejaka itu dan menjatuhkan tubuhnya disebelah Chairil. Dia menghimpit Chairil sehingga ke hujung sofa.

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now