BAB 11

2.9K 232 40
                                    

ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

Firman Allah SWT :

وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.

[Surat Al-Baqarah 213]
"Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)."














"Huwaarrggg!! Finally sampai juga bilik" Amira menguap didepan bilik pintunya.

"Assalamualaikum!! I'm coming home!" sempat salam diberi. Matanya mengerling sekilas jam yang berada dibilik mereka. Fuhh! baru pukul 10:30 malam. awal 30 minit, selamat aku!

"Ehem! Awal balik cik kak" suara dehemen seseorang hampir membuatkan gugur jantungnya ini.
Amira tersenyum nipis lalu memusingkan tubuhnya perlahan-lahan. "hehehe awal la ni babe. Kalau tak awal, aku kena stay up dah dekat luar" kata Amira sambil menggaru hidungnya. Maklumlah, nervous sikit bila melihat tatapan curiga dari Diana. Dengan gaya kedudukannya di meja belajar itu seperti detective, baju tidurnya pula seksi sehingga hampir menampakkan bahu mulusnya. Kaca mata bulat pula terletak elok dimatanya.

Huishh! Nasib dia gegirl. Kalau tak dah lama ngap! Astaghfirullah, Nauzubillah. Amira! Amira menampar pipinya perlahan. Diana yang melihat kelakuan aneh dari sahabatnya itu, berkerut hebat. 'dah kenapa budak ni? Kena sampuk dengan jin ker apa?'

"Kau dah kenapa gila?"

"Huh? Tak ada apa" Amira berjalan kearah katilnya untuk merehatkan diri.

"Atin pergi mana?"

"Pergi jumpa groupmate dia kejap. Buat assignment"

"Habistu kau?"

"Group aku nak buat esok" balas Diana sambil menyapu krim malam diwajahnya. Biasalah perempuan. Kena jaga muka.

"Makanan atas meja tu siapa punya?" Amira membelek bungkusan plastik merah yang berada diatas meja yang terletak tidak jauh dengan katilnya itu.

"Kau punyalah"

"Eh! Aku tak beli pun tadi"

"Ulwan yang bagi"

"Bila?"

"Time kau keluar tadi" Amira mengeluh perlahan. Ni satu lagi masalah, kenapalah lelaki ni baik sangat? Haih...

"Kenapa awak baik sangat Wan? Saya bukan perempuan yang awak sangkakan." Amira mengumam perlahan. Terharu pula dia melihat kesungguhan Ulwan untuk berkawan dengannya. Tetapi, entah kenapa dia dapat merasakan bahawa terdapat agenda yang tersembunyi disebalik semua ini.

His Happiness ll SUTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang