BAB 32

1.9K 147 29
                                    

'Run baby run. Run for your life.
I'm tear out of your heart and it'll always be mine'









Selesai sahaja majlis mereka berdua, Chairil dan Amira bergerak menuju ke destinasi yang seterusnya. Amira yang tertidur nyenyak diatas pangkuan riba Chairil diusap perlahan. Kadang, dia mendodoikan kembali bidadari kecilnya apabila mendengar rengekkan kecil daripada Amira.

"Kita dah sampai capó (boss)" Kata Akash kepada majikannya. Chairil hanya membalas dengan anggukan dan terus mencempung tubuh kecil isterinya menuju ke pesawat peribadinya.

"Semuanya dah sedia. Kita akan bergerak dalam masa lima minit lagi" Kata juruterbang pesawat itu. Chairil mendengarnya tanpa niat untuk berbalas apa-apa. Dia berjalan masuk menuju ke bilik peribadi yang sudah tersedia untuk dirinya dan isteri

Brrtt brrtt

Setelah meletakkan isterinya diatas katil mereka yang empuk itu, kedengaran seperti mesej masuk kedalam telefon bimbitnya. Dia berjalan jauh sedikit dari keberadaan Amira

'I miss you so much' rahang Chairil mengeras apabila membaca mesej tersebut. Buku limanya mengepal erat sehingga menimbulkan urat-urat hijau. Lagi menyakitkan hatinya apabila membaca satu mesej yang mencabar kemarahannya.

'Your wife boleh beri apa yang you nak kah? Ouh C'mon... Don't you miss our moment Master? I tahu you suka pasangan you jadi submissive while you yang akan jadi dominant.'

'By the way, Enjoy your honeymoon. And for you information, Kalau tak cukup. I selalu ada untuk you' Chairil merengus geram melihat pesanan tersebut. Matanya tajam berkilat memandang telefon itu.

"Dia ni memang mencabar aku betul" Chairil menyeringai sinis lalu membalas mesej tersebut

"Just wait my doll." Gumam Chairil perlahan. Jikalau ada yang mahu mengembalikan dirinya yang dahulu, dia akan tunaikan. Tapi bukan kerana tuntutan nafsunya, tetapi untuk pengakhirannya sendiri.

"Hmm" Rengekkan yang terhasil dari Amira menghapuskan lamunannya. Dia menuju dan duduk dibirai katil sambil memandang sejenak kearah isterinya yang putih mulus. Nampak bersih, baik dan suci. Kadang-kala dia terfikir, apa reaksi isterinya jikalau gadis itu dapat tahu tentang kisah silamnya. Adakah akan tinggalkan dia ataupun akan terus bersama dengannya? Amat menakutkan untuk dirinya jikalau Amira membuat keputusan untuk meninggalkan dirinya.

Tetapi, ini adalah Amirul a.k.a Chairil. Apa yang dia dapat, dia akan genggam sampai mati. Paksa ataupun tidak, suka ataupun tidak jangan harap dia akan biarkan Amira meninggalkan dirinya

"Sayang dah bangun?" Chairil mengusap perlahan rerambut yang jatuh didahi isterinya. Kemudian dia tunduk sedikit dan mengucup dahi mulus Amira.

Amira hanya memberikan senyuman manis sebagai balasan yang dia lakukan tadi.

"Blushing hurmm?" Chairil menundukkan lagi wajahnya dan memberi beberapa kucupan ringkas di bibir merah Amira

Muah! Muah! Muah!

Amira ketawa kecil apabila kucupan itu berkali-kali mendarat diatas bibirnya. Dengan malu, dia mara ke arah Chairil lalu meletakkan kepalanya diatas paha suaminya itu. Tangannya pula melilit erat di pinggang Chairil.

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now