BAB 22

3.9K 274 45
                                    

She was his happiness and he was her fantasy











Knock knock

“Boleh akak masuk?” Tanya Ayuni sambil menjengulkan kepalanya dihadapan pintu bilik Amira. Telefon bimbitnya dipegang dengan erat

“Masuk jelah. Macam tak biasa akak ni” kata Amira sambil bangun dari pembaringannya. Novel yang dibacanya diletakkan diatas meja

“Akak nak cakap something boleh?”

“Apa?”

“Kalau ada orang hantar masuk meminang adik, adik terima tak?” tanya Ayuni kepada Amira

“Kenapa tiba-tiba jer akak tanya macam ni?” Ayuni hanya menjongketkan bahunya.

“Saja. Mana tahu, tiba-tiba jer akan ada orang hantar rombongan meminang mengejut.” Telefon bimbitnya disorokkan ke belakang sikit.

“Akak jangan main-main, adik takut tahu tak. Adik tak ready lagi lah sekarang ni”

“Mmm, tapi kalau ada orang datang masuk meminang macam mana?”

“Adik larikan diri. The end” kata Amira tanpa memikirkan akibatnya. Ayuni membulatkan matanya apabila mendengar cadangan tidak bernas dari adiknya itu.

“Jangan macam tu adik, kesian orang tu nanti”

“Do I care?”

“Tapi orang tu, Chairil. Dia dah beli cincin dan tunjukkan dekat abi untuk berikan dekat adik.”

“Kenapa akak dengan abi buat keputusan tanpa tanya adik dulu?” terdiam sejenak Ayuni dibuatnya. Sesungguhnya dia pun terasa serba salah apabila membuat adiknya sebegini rupa

“Huh, bagi adik fikir dululah. Nanti adik beritahu akak dengan abi tentang keputusan adik.” Terbuka luas mata Ayuni mendengarnya, ingatkan adiknya akan melenting lagi, rupa-rupanya adiknya cuba bertindak secara rasional.

“Seriuslah adik?! Okay. Adik fikir dulu tau, buat solat istikharah, tahajjud. Nanti dapat jawapan, beritahu dekat kami”

“Baik akak” Amira terus berselumbung didalam selimutnya dan menutup matanya erat menandakan dia mahu tidur.

“Adik nak tidur dulu”

“Baik adik, terima kasih. Love you my little sister.” Ayuni mencium dahi Amira dengan lembut lalu bangun meninggalkan bilik adiknya itu. Tanpa Ayuni sedar, Amira sudah tersenyum sinis apabila dia dapat merancang strategi yang mampu melepaskan dirinya daripada situasi ini

“Jangan harap aku akan kahwin dengan kau pakcik tua” walaupun hatinya berasa tidak enak apabila mengingati segala ugutan dan amarah yang diberikan oleh Amirul, dia tetap berfikir bahawa dia tidak boleh lepaskan peluang ini. Bak kata orang, Kita buat sampai jadi. Apa nak jadi, kita fikir kemudian

Tanpa dia sedar, ada dua pasang mata sedang memerhatikannya dari CCTV yang terdapat didalam rumahnya itu. Rahangnya diketap kuat. Bila-bila masa sahaja amarahnya boleh meletus. “What are you trying to do little pumpkin? Jangan buat benda yang aku tak suka sayang. Jangan cabar aku. Aku tak akan sesekali lepaskan kau sugar. Suka atau tak, kau adalah milik aku. MILIK AKU, CHAIRIL

His Happiness ll COMPLETED ✅️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang