BAB 6

4.2K 290 60
                                    

'The flower need a sun to keep alive and me need you in my life to keep breathing'














"siapalah yang terlebih pandai tulis dekat tisu ni. Kertas ada kenapa tak tulis dekat kertas jer? Kes nak jimat kertas kah apa ni?" Amira membebel perlahan sambil membaca butiran-butiran yang tertulis diatas tisu itu. kreatif betul orang zaman sekarang. Orang guna tisu bukan setakat nak lap mulut atau hidung, malah, boleh juga digunakan untuk tulis ayat-ayat cintan-cintun.

"tapi sweet juga orang ni. Haih! Jangan perasanlah Mira, mungkin budak-budak saja nak test market jer kut" Amira menggelengkan kepalanya apabila pemikiran negative bertandang dalam kepala otaknya. Dikala hatinya berbunga-bunga tahi ayam disebabkan kata-kata tadi, sekarang pula hatinya tiba-tiba menjadi taman bunga apabila ternampak seorang jejaka yang ia kenali menghampiri mereka.

"eh tu macam..." Fatin dan Diana turut memusingkan kepala dan melihat gerangan yang menghampiri mereka itu.

"Abang Mirul?" Fatin bersuara apabila jejaka itu sudah sampai dihadapan mereka atau lebih tepat lagi dihadapan Amira.

"abang buat apa kat sini?" tanya Fatin lagi.

"abang ada kerja dekat sini. selepas tu, kebetulan Nampak kau orang dekat sini, abang datang nak tegurlah takut silap orang" balas Amirul kepada Fatin tetapi matanya pula sekali-sekala melekat pada Amira yang kelihatan sedang menyelit sedikit tubuh badannya kebelakang badan rakan-rakannya untuk menyembunyikan diri. Kertas tisu yang dibacanya tadi cepat-cepat dia simpan didalam poket seluarnya.

"ouh"

"Ray tahu tak kau orang keluar ni?"

"tahu, Fatin dah beritahu dia" Amirul hanya diam sahaja. Nasib baik sudah beritahu, bukan dia tak tahu dengan perangai rakannya itu. possessive, baran, jealous. Dah lah hati beku. Haih, Penat nak layan.

"baguslah, nanti bising pula dia nanti." Sesekali dia memandang sekelilingnya dan tersenyum sinis. 'huh, dalam duk cakap. Pasang juga orang-orang kau yer, Ray'

"lepas ni kau orang nak pergi mana?"

"nak pergi makan kut, laparlah" kata Diana tiba-tiba. Maklumlah, dia tengah lapar, jadi tak ada mood nak cakap banyak. Kalau orang tanya banyak lepas ni mungkin dia akan makan orang tu dulu

'eh minah ni, ada dekat sini rupanya. Ingatkan hilang' Amira dan Fatin menjongketkan kening apabila mendengar suara Diana.

"haah kan, aku pun lapar juga" Amira mencebikkan bibirnya sambil mengusap perut lepernya. Amirul yang merasakan perbuatan Amira itu seperti comel dia menjongketkan sedikit bibirnya tetapi cepat sahaja dia kawalnya.

"kalau macam tu, jom lah abang belanja makan." Ajak Amirul kepada tiga orang gadis muda itu.

"seriuslah abang"

"haah"

"JOM!" sahut mereka bertiga serentak. Amirul melepaskan ketawa kecilnya sambil menebak rambut kehitamannya yang terjurai didahi kebelakang. Amira yang terlihat perlakuan Amirul sebentar tadi membuatkan jantungnya berdetak laju.

Amira tergamam seketika lalu laju sahaja dia membuang perasaannya yang satu itu. "astaghfirullahala'aziim" dia menepuk jantungnya perlahan sambil beristighfar dan tanpa disedarinya kelakuannya itu diperhatikan oleh Amirul dari hujung mata.

'second step done, just wait little pumpkin'

SAMBIL menunggu pesanan yang telah dipesan untuk siap dihidang, Amira membuat keputusan untuk berjalan-jalan terlebih dahulu melewati restaurant yang dikunjungi mereka

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now