BAB 19

2.6K 220 45
                                    

Marked me like a bloodstain, I knew you.
You put me on and said I was your favorite










"Printer ni kalau tak buat aku bad mood tak sah!" Amira mengomel perlahan. Tangannya pula mengetuk-ngetuk printer itu supaya berfungsi.

"Syarikat jer besar, tak kanlah nak beli printer baru pun tak ada duit!" Amira memandang mesin fotostat itu dengan tajam. Sedang dia leka membelek mesin fotostat itu, tiba-tiba, dia terdengar satu suara

"Tak boleh-boleh lagi ker nak print benda tu sayang?" Ucap Amirul ditepi telinga Amira. Dapat dirasa hembusan nafas yang sangat dekat disekitar telinganya walaupun dia memakai tudung

"Apa yang lama sangat ni sayang? Meeting dah nak start tau" tanya Amirul kepada Amira. Disorot pandangan ke arah Amira yang kelihatan kejung itu, mungkin tidak menyangka bahawa jarak mereka akan sedekat ini.

Amirul meletakkan dua tangannya yang berurat diatas mesin fotostat itu bagi mengepung Amira dari melarikan diri.

"Kalau tak tahu, tanya. Jangan diam." Amirul mendekatkan dirinya dengan Amira lalu menekan butang-butang yang terdapat dimesin fotostat. Amira dapat merasakan kehangatan tubuh belakangnya dan juga bau haruman maskulin dari Amirul.

"Jauh sikit encik, kita dekat office." Amira menggeliat kecil untuk melepaskan diri dari pelukan Amirul itu. Ewah ewah! Ini dah kira menyelam sambil minum air.

"Why not?"

"Boleh mengundang fitnah. Kita bukannya ada apa-apa hubungan pun"

"Who says? Awak tunang saya, bakal isteri saya"

"Siapa cakap saya bakal isteri encik?"

"Saya" ucap Amirul dengan lembut. Dia menundukkan kepalanya dan memberikan pandangan lunak kepada Amira.

"I can't wait anymore sugar. I really want yo-"

Ppukk!

Sebelum sempat Amirul menghabiskan kata-katanya, dia merasa sakit yang menyengat dibahagian kepala lututnya. Ganas juga ya bakal isteri dia ni. Hampir terjatuh dibuatnya.

Amira menyungging senyuman sinis kepada Amirul. "Oppss! Sorry sir Chairil" dibuat-buat gaya meminta maafnya kepada Amirul

"Saya tersengaja"

"Chairil huh?" Amirul mengumam halus.


"My second name sound good when you say it, sugar" Amirul tersenyum puas. Walaupun kakinya berasa sakit, tetapi entah kenapa apabila Amira memanggilnya dengan nama keduanya, dia berasa dejavu. Amira menolak lidahnya ke pipi dalamnya dan merengus perlahan. 'Tak serik-serik orang tua ni'

"Orang tua ni juga bakal suami you nanti" selamba Amirul menjawab dan berjalan kearah Amira yang sudah terhimpit dengan dirinya dan mesin fotostat itu.

"Stop right there!" Amirul tetap berjalan mendekati Amira sambil menayangkan senyuman sinisnya.

"Stop encik!"

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now