BAB 12

2.9K 220 76
                                    

"What a marvellous feeling it would be, if we could say exactly how we felt. What a monumental victory. What a terrifying thought"















Beberapa hari kemudian

"You can do it Mira! You can do it!" kata Amira dihadapan cermin itu. Dia memerhati penampilannya dicermin, ternyata memberi kepuasan yang memberangsangkan untuk dirinya. Baju T-shirt berlengan panjang khas untuk event mereka tersarung elok ditubuh genit Amira. Amira membetulkan sedikit awning tudungnya yang berwarna chocolate nude bagi memperkemaskan lagi penampilannya itu. Setelah puas dengan penampilannya itu, dia mengambil barang-barang yang penting dan masukkan kedalam tote bag miliknya itu.

Ting!

Kedengaran seperti satu notification didalam telefon pintarnya itu. Amira melihat jam dinding yang tertera didalam bilik mereka. Baru pukul 6 pagi.

"Siapa yang mesej aku pagi-pagi buta ni?" Amira mengumam perlahan. Dia melihat sejenak kearah dua orang rakannya yang sedang tidur. Dia bergerak kearah Diana dan Fatin yang sedang enak dibuai mimpi

"Atin, Ana bangun solat subuh" Amira menepuk perlahan tubuh rakannya itu. Oleh kerana dia yang bangun awal hari ini, menjadi tugasnya untuk mengejut kedua sahabatnya itu untuk menunaikan solat subuh. Selalunya yang menjadi tugas ini adalah Fatin. Fatin yang akan selalu mengejut mereka berdua untuk menunaikan solat. Haih! Untung betul abang Ray dapat Fatin. Dia? Siapa yang nak? Hmm

Setelah selesai mengejut rakan-rakannya barulah dia melihat mesej tersebut. Berkerut dahinya apabila membaca mesej tersebut.

Mr.Knight

Good luck little pumpkin! I know you can do it sugar! Do your best! I'll always watching you

Awalnya pakcik ni bangun. Tapi, eh! Macam mana dia tahu hari ini ada event aku?

And btw, morning for you little pumpkin!

Last mesej ni dia tidak terkejut kerana memang setiap hari dia akan mendapat morning wishes dari jejaka ini.

Tq, back to u too sir

Balasan ringkas Amira kirimkan kepada jejaka tersebut. Dia tidaklah cold heart sangat, masih ada soft heart ya didalam dirinya. Walaupun adalah kadang-kadang dia sengaja memberi bluetick kepada jejaka itu. Well! Bluetick kan cantik. Tetapi tanpa diketahuinya, disuatu tempat, jejaka itu tersenyum riang mendapat balasan tersebut. Bagaikan menang sebuah loteri.

Dia berguling diatas katil kekiri dan kekanan. Bantal peluknya pula dipeluknya erat bagaikan memeluk tuan punya badan yang membalas mesejnya itu. Bibirnya memuncung mencium hujung bantal itu. Eee geram! Dia melihat sekilas kearah jam yang berada dibiliknya. Dia bangun menayangkan otot-ototnya itu. Terlihat jelas v-line disitu. Dia meregang urat-urat lehernya kekiri dan kekanan. Ah, Hari yang indah! Rasa bersemangat sungguh dia hari ini. Walaupun setiap hari dia bangun awal, tetapi hari ini, auranya memang mendatangkan semangat yang berlainan.

"I'm coming for you little pumpkin!" ucapnya lalu megambil tuala dan menuju ke bilik airnya dengan gembira.

***

Don't blame me

Your love made me crazy

Oh Lord save me my drugs is my baby

I'll be using her rest of my Life

Mulutnya rancak menyanyi lagu itu dikala matanya tajam memerhati gerangan sang gadis disana yang sedang sibuk melakukan kerja. Dia menyandar tubuh badannya dikereta Maserati Ghibli yang berwarna biru itu. Tangannya pula bergerak memutarkan kunci yang tersangkut dijarinya. Pandangan dari orang ramai dia hiraukan. Tahu lah dia handsome tapi janganlah pandang dia macam tu. Hot sangat ker dia ni? Dia pandang pula dirinya, tiada yang pelik pun, baju T-shirt polo yang berwarna chocolate nude itu tersarung elok ditubuh tegapnya. Sama padan dengan warna tema baju T-shirt untuk event Amira. Sang kekasih pujaannya itu.

His Happiness ll SUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu