BAB 47

1.2K 107 17
                                    

'You never just simply cross my mind. it's more like a constant craving that stirs without end.'










Unknown Place

"Apa status sekarang?" Alisnya terangkat keatas seraya melihat keadaan yang terpapar pada hologram di atas meja itu.

"Tiada sebarang pergerakan" Netra Owen meliar disekitar kawasan tersebut mencari sebarang kemusykilan yang mungkin terjadi.

"Tak mungkin dia tidak berbuat apa-apa. Pasti dia sudah merancang sesuatu" Gumamnya sendirian. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Apa kita nak buat sekarang Signora?"

"Kita tunggu dulu."

"Macam mana dengan priority? Rasanya dia dekati itu sebab ada agenda lain juga"

"Biarkan dia. Pandai buat hal pandailah settlekan. Kita tak perlu buat apa-apa sehingga tiba masa yang sesuai." Dagunya diletakkan diatas jari-jemari yang telah disilangkan. Matanya tajam memerhati pusat sasaran yang terpapar pada hologram itu.

***

Kelihatan seorang lelaki dengan berlengan t-shirt hitamnya yang digulung sampai siku, tengah asyik menggilap senjata tajamnya. Kemudian dia beralih melihat gerangan yang lekap dirantai pada dinding.

Tersenyum jejaka itu melihat keadaan tidak terurus mangsanya itu. Dengan bekas jahitan yang masih berbekas merah pada tubuh itu membuatkan dia lagi bertambah puas.

"Bunuh sahaja aku" Suara halus itu menyapa dihalwa pendengarannya. Dia mengedip pelan dengan rona ketenangan yang terlakar pada wajahnya membuatkan si mangsa menelan ludahnya payah.

"Tapi aku tak puas lagi bermain dengan kau" Dia melipat kedua tangannya di dada

"Kalau kau tak bunuh aku, kau yang akan menyesal Chairil Bahran" Dalam keadaannya yang tidak berupaya masih juga dia mempamerkan riak sinis kepada lelaki itu.

"Berani kau ugut aku dalam keadaan macam itu" Suara berat itu membuatnya gugup untuk terus bermain. Dia tak menafikan yang sekarang ini lawannya adalah api. Tapi apa boleh buat? Selagi boleh berjuang, akan dia bertarung sehingga kekal hidup.

"Sepatutnya dari dulu lagi kau fikir dahulu apa akibatnya kalau kau masuk dalam dunia aku. Aku akui memang kau berani tapi kelakuan ni agak keterlaluan. Orang putih panggil attention seeker." Chairil menarik sudut bibirnya melihat tubuh Marsya menegang.

Ruangan itu hening seketika kerana tiada lagi yang bersuara sehingga tibalah anak buahnya, Akash bersama orang yang tidak dijangkanya akan tiba.

"Long time no see" Elmer tersenyum sinis melihat gerangan yang berdiri tegap dihadapannya. Matanya naik turun melihat gaya pemakaian lelaki tersebut.

"Jadi ni tempat baru kau?" Bola mata Elmer melingas meninjau kawasan. Not bad, masih mempunyai kriteria macam dulu. All black.

"Kenapa kau datang sini?" Pemilik wajah tampan itu menatap tajam bagaikan helang yang ingin menerkam mangsanya. Dia membuka sarung tangan hitam yang dikenakannya lalu memberikannya kepada anak buahnya. Dirinya tidak berasa hairan bagaimana jejaka itu dapat menjumpainya.

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now