BAB 5 (ɴᴇᴡ)

4.6K 309 68
                                    

'play behind the mask, A constant rain of pain'












TING

TING

Amira yang baru sahaja selesai membaca Al-Quran mengeluh perlahan apabila mendengar notification telefonnya yang berbunyi tidak henti-henti dari tadi. Tidak perlu beria-ria membuka telefonnya untuk melihat notification itu kerana dia sudah tahu siapakah gerangan tersebut.

"Haih! Pakcik buluh ni, tak ada kerja lain kah nak buat. Ni sembahyang ke tidak? Orang lepas solat, mengajilah kejap. Ni main fon. Orang tua zaman sekarang memang gelojoh" Amira mengomel perlahan setelah melirik matanya kearah jam yang tertera didinding bilik asrama mereka. Dia berjalan menghampiri meja belajarnya dan membelek telefon itu. Memang semenjak jejaka itu memberikan number telefon kepadanya mereka kerap kali berbalas mesej tetapi selalu sahaja Amira sengaja tidak membalas mesej dia. Rasa malas mahu melayan even dia kesenduan tiada pasangan. Bagi dia, buat apa nak chat lelaki kalau tak ada benda penting. Baik dia baca Al-Quran ker novel ker wattpad ker, dapat jugalah faedahnya. Alang-alang dapat tingkatkan angan-angan mak jenin

'oit'

'buat apa tu?'

'kalau you ignore mesej I, memang I sumpah you jadi badak sumbu'

Amira mengerutkan dahinya setelah membaca petikan terakhir.

"Apa kejadahnya kaitkan aku dengan badak sumbu? Dalam banyak-banyak binatang, badak sumbu juga kau petik orang tua. Lainlah harimau ker singa ker. Boleh aku baham kau sampai lunyai" eh. Eh.

'little pumpkin where are you?'

Dikala dia mahu membalas ada satu lagi mesej masuk dari telefonnya

"Sabarlah!" Dengan perasaan geram yang terbuku didada dia membalas mesej tersebut. Tetapi hatinya berdetak sedikit apabila melihat panggilan little pumpkin itu. Seolah-olah sama seperti seseorang yang dia kenal

'waalaikumussalam, kenapa encik? Kali ni nak cakap apa?'

'orang lepas solat maghrib baca Al-Quran, bukannya main fon'

Balas Amira dengan sinis, biar tersentap sikit orang tua bangka tu. Dahlah tinggi, selepas tu gatal pula tu macam keladi. Tak ada angin, tak ada ribut sesuka hati dia jer panggil 'little pumpkin ' lah 'sayanglah'. Dei! Ingat hati dia ni jenis ice-cream ker cair dengan panggilan-panggilan tu... Dia ni keras okay, macam konkrit. Psst! Cairlah sikit tapi biasalah ego kena tinggi. Jual mahal baru laku.

'I dah baca sayang, you jer tak nampak'

'tapi jangan risau, lepas kita kahwin you nampak segala kebaikan I'

Amboi! Riak nampak si tua bangka ni

'Apa-apa jer lah encik.'

'Ada apa encik mesej saya?'

Sejurus Amira berkata sedemikian, Amirul terus menghantar satu gambar kepadanya.

'Who's that boy?'

Amira mengerutkan dahinya melihat gambar tersebut.

'Macam mana encik ada gambar ni?'

Soalannya dijawab dengan soalan membuatkan Amirul merengus geram tanpa sedar. Amira pula makin kuat memerahkan sel-sel otaknya untuk mencipta soalan-soalan yang perlu diajukan lagi kepada Amirul. Tanpa sempat dia menaip pada keyboard telefon pintarnya, ada satu panggilan masuk iaitu dari orang yang sama. Makin berkerut dahinya dan perlahan dia menggesek butang hijau itu. 'Tak menyempat betul sampai call ni'

His Happiness ll SUWhere stories live. Discover now