BAB 1

435 14 5
                                    

Bunyi riuh rendah di bawah membuatkan dirinya terasa hati dengan keluarganya, ketika dirinya mahu ikut sekali berborak pasti dirinya di halau untuk membuat kerja rumah.

Tidak adil baginya kerana kakaknya tidak pernah buat sebarang kerja rumah malah kakaknya selalu dimanjakan dengan kemewahan malah dia dijadikan sebagai orang gaji yang tidak berbayar dirumahnya sendiri.

Adeliya yang sedang membersihkan ruang tamu ditingkat atas itu menahan air matanya dari jatuh turun kepipinya, dia tidak mahu sesiapa mengetahui yang dia menangis kalau dia menangis dan meninggalkan sisa air matanya pasti dia akan dimarahi oleh mamanya dan pasti dia diejek oleh kakaknya.

Mahu benci tapi dirinya tidak mampu dia hanya boleh terima dan patuh setiap arahan keluarganya tidak kiralah apa pun dia akan lakukan kalau bersangkut dengan keluarganya malah dia tidak berani untuk membantah setiap arahan yang telah dikeluarkan oleh Papanya dan Mamanya.

"jangan nangis Ad, kau kuat..tak apa kau dah biasa dengan semua ni." bisik Adeliya menyemangati dirinya sendiri.

Dengan lincah tangannya mop lantai dengan berkilat dan mengelap tingkap dan bermacam lagi dia buat dengan ditemani oleh lagu kegemaranya.

Walaupun dirinya kepenatan kerana baru sahaja balik dari kerja dan terus sahaja dirinya dipaksa mengemas ruang tamu yang telah disepahkan oleh kakaknya itu.

"Ha!!!mop sampai berkilat aku tengok ada kotor sikit kau aku bantai." Sergah Puan Asmah pada anak bongsunya itu.

Sergahan Puan Asmah itu sedikit sebanyak mengejutkan Adeliya nasib sahaja dia tidak membaling mop itu ke arah Puan Asmah kalau tidak mahu lunyai dia dikerjakan oleh Puan Asmah.

Amani yang baru sahaja sampai di tingkat atas itu dengan sengaja dia menumpahkan air hot coklat yang dia buat tadi di lantai.

"Ups!!!!sorry tertumpah,nanti kau tolong lap kan ehh." Kata Amani dengan suara yang dibuat-buat manja.

Terpejam mata Adeliya ketika itu, sudah lah dia yang mop lantai dari tadi dan sekarang ini pula ditambah bala dengan kakaknya itu bukan dia tidak tahu Amani sengaja menumpahkan air itu dilantai.

"Akak...kain buruk ada dekat dengan akak jer apa kata akak yang lap kejap adik nak mop lantai ni bagi habis dulu." Ujar Adeliya dengan lembut.

Panas telinga Amani mendengar jawapan Adeliya,tolonglah dia geli dengan kain buruk tu dan dia yang diarah untuk lap air yang ditumpahkan olehnya sebentar tadi urghh sampai kiamat dia tak akan lap.

"Eh!!!kakak kau suruh kau,yang engkau pandai-pandai arahkan kakak kau balik tu kenapa? Dah Amani pergi bersiap biar jer air tu pandai-pandai lah dia lap nanti kalau melayan budak ni sampai esok kita tak pergi rumah kawan mama nanti." Bebel Puan Asmah pada Adeliya.

Bergelinang air mata Adeliya di pelupuk matanya tinggal untuk turun sahaja,sungguh dia mahu sahaja memberontak ketika ini.Penat-penat dia mop lantai dan mudah sahaja Amani kotorkan semula.

Kadang-kadang dia juga bertanya apa kesalahan dia pada keluarganya sendiri sampaikan dia mendapat layanan seperti ini? kadang juga dia tertanya adakah dia bukan anak kandung mama dan papanya sehingga dia dapat layanan seperti orang luar?

Tanpa melengahkan masa dengan mata yang sembab Adeliya terus menyambung semula kerjanya yang tertangguh sebentar tadi, keluhan kecil keluar dari bibir munggil miliknya dengan pasrah dia mengelap air yang disengaja tumpahkan oleh kakaknya.

Tepat pukul 12.30, akhirnya siap juga dia mengemas ruang tamu di tingkat atas.Diri yang sudah kepenatan dengan perlahan dia menghempaskan dirinya diatas sofa empuk tersebut.

Sedang dia ralit termenung,matanya mulai memberat dan dengan perlahan-lahan dia masuk ke alam mimpinya.

Jam yang sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi itu direnung dengan tajam,sosok tubuh yang sedang enak dibuai mimpi itu dihampiri dan dengan kasar dia menarik rambut Adeliya yang membuatkan Adeliya terkejut dalam tidurnya.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang