BAB 5

133 6 3
                                    

Kini sudah cukup seminggu Adeliya ditahan wad dan sudah tiba masanya dia dibenarkan pulang oleh dokter yang merawatnya. Puan Izati yang mendengar khabar gembira itu, kelam kabut bersiap mahu menjemput Adeliya dan ditemani oleh Hayyan.

Hayyan pula sudah mengeluh kecil apabila dirinya juga sang ibu meminta pertolongan. Manakala Tuan Izman pula pagi-pagi lagi sudah sibuk menguruskan syarikatnya, mahu tidak mahu terpaksa juga lah Hayyan menuruti permintaan Puan Izati.

Bukannya Puan Izati tidak boleh pergi sendiri tetapi dia sengaja mengajak Hayyan, lagipun awal-awal lagi Puan Izati sudah meminta kebenaran Pada suaminya bahawa Hayyan akan masuk kerja sedikit lambat hari ini.

Sudah bermacam-macam alasan yang diberikan Hayyan pada Puan Izati tetapi satu pun tidak jalan, lagi membuatkan dia terkejut apabila Puan Izati mengata yang Tuan Izman memberi kebenaran Hayyan masuk sedikit lambat kerja hari ini.

"Umi... Ayyan ada banyak lagi kerja yang tertangguh dekat office mi..." Kata Hayyan yang mencuba mencari alasan lagi.

Tetapi percubaan gagal lagi apabila Puan Izati terus menerus mengabaikan alasan yang telah diberikan oleh Hayyan. Sofa diduduk dengan kasar oleh Hayyan, wajah diraup dengan kasar, keluhan kecil dikuatkan olehnya. Tergelak kecil Puan Izati melihat wajah kepasrahan sang anak, Kepala digelengkan dan terus sahaja Puan Izati bagun dari duduknya dan berlalu pergi untuk bersiap terlebih dahulu.

"Pergi bersiap Ayyan, nanti kita lambat pula jemput Ad. Kesian dia dah tunggu kita lama." Laung Puan Izati kuat sebelum menutup pintu biliknya.

Menjerit kecil Hayyan didalam hatinya, mahu menangis sahaja dia apabila dipaksa begini oleh Puan Izati. Sudah lah malu tempoh hari itu masih tidak hilang lagi, dengan tiba sabaja dia teringat dengan kejadian tempoh haritu kembali terlayar dimatanya.

'Ray!!! Tolong aku!!!' Jerit Hayyan didalam hatinya.

Wajah pasrah ditayangkan, Hayyan yang malas mahu bersiap itu hanya duduk menunggu Puan Izati sambil menscroll tiktoknya semula yang tertangguh sebentar tadi. Sedang ralit Hayyan scroll tiktok, dengan tiba-tiba suara nyaring menyapa ke telinganya.

"BABY!!! RINDUNYA!!! I DENGAN YOU!!!" Teriak Riana nyaring.

Bergema ruang tamu bawah dengan suara nyaring milik Riana. Hayyan pula sudah terpejam matanya mendengar teriakan Riana sebentar tadi, manakala di dalam hati pula sudah menyumpah seranah.

'Bala-bala!!!' keluh Hayyan di dalam hatinya.

Wajah dinggin ditayangkan, pandangan tajam di hadiahkan pada Riana yang sedang membuat muka yang tidak bersalah. Sungguh dia tidak suka dengan kehadiran wanita itu. Sudah berkali-kali dia melarang tetapi tetap juga wanita tersebut membuat tidak endah dengan larangannya.

"Kau buat apa datang sini Riana?" Soal Hayyan dinggin.

"Balik, aku tak nak tengok muka kau dekat sini." Halau Hayyan dinggin.

Dengan tidak malunya, Riana segera mengambil tempat bersebelahan dengan Hayyan lalu lengan Hayyan dipaut dengan gedik. Hayyan yang memang tidak suka mana-mana perempuan menyentuhnya itu, dengan kasar dia menepis tangan Riana.

Mata helangnya merenung Riana dengan tidak puas hati, mahu sahaja dia mengheret wanita itu keluar dari rumahnya. Cemberut wajah Riana apabila Hayyan menepis tangannya dengan kasar.

"Balik lah Riana!!! Berapa kali aku dah cakap, jangan jejakan kaki KAU DEKAT SINI!!!" Kata Hayyan di akhir katanya di tekankan.

Senyuman sinis dipamerkan oleh Riana, baginya sampai bila-bila dia tetap akan kejar Hayyan walaupun itu dengan cara yang kotor dan baginya tiada siapa yang boleh rampas Hayyan darinya. Jika dulu dia tak dapat Hayyan kini dia kembali untuk mendapatkan Hayyan semula.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Where stories live. Discover now