BAB 3

145 8 0
                                    

Semalaman dia tidak dapat tidur kini jam sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi tiada sedikit pun tanda-tanda Hayyan mahu bangun dari tidurnya, selepas selesai menunaikan solat subuh Hayyan terus menyambung tidurnya semula.

Puan Izati yang sudah selesai memasak itu melihat sekilas jam dinding dapur miliknya tergeleng kepalanya kerana sang anak masih tidak bangun sebentar tadi katanya pukul sembilan dia akan bangun kini jam sudah menunjuk pukul 12.30 masih tidak nampak bayang-bayang sang anak.

Selesai sahaja mengelap tangan Puan Izati terus melangkah kakinya naik ke atas untuk mengejutkan sang anak yang masih dibuai mimpi.

Bermacam-macam bebelan yang sudah dikeluarkan, Puan Izati pun pelik mengapa anaknya bangun lambat selalunya Hayyan lah orang yang pertama akan lepak diruang tamu bawah.

Buka sahaja pintu bilik sang anak terus Puan Izati membuka langsir bilik Hayyan cahaya matahari tepat terkena pada mata Hayyan yang membuatkan dia mengeliat kecil sambil meregangkan ototnya.

"Umi..." Panggil Hayyan perlahan.

Puan Izati hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja jarang sekali Hayyan mahu bangun lambat apa yang dibuatnya semalam pun Puan Izati tidak tahu.

"Bangun Ayyan dah pukul 12.30 ni." Ujar Puan Izati dan terus berlalu pergi meninggalkan Hayyan yang masih mamai itu.

Dengan malas Hayyan bangun dari pembaringannya dan terus berlalu ingin membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Selesai sahaja membersihkan dirinya dengan perlahan Hayyan melangkahkan kakinya turun kebawah sambil matanya melekat tepat di skrin ipadnya.

Adeliya yang baru sahaja melangkah keluar dari dapur itu tanpa sengaja terlanggar Hayyan yang mata masih fokus pada skrin ipadnya tanpa melihat hadapan.

Prak...

Terkedu Adeliya melihat Ipad mahal milik Hayyan kini sudah jatuh ke lantai, Hayyan menatap tajam wajah Adeliya penumbuk digengam dengan erat sehabis mungkin dia mengawal amarahnya.

"Menyusahkan." Kata Hayyan perlahan tetapi masih lagi kedengaran jelas di telinga Adeliya.

Hanya senyuman kecil sahaja Adeliya pamerkan tanpa dia sedar setitis air matanya jatuh kepipi mulusnya dengan lembut dia mengusap air matanya.

"Boleh awak hanta saya balik hari ni?" Soal Adeliya secara tiba-tiba.

Terhenti langkah Hayyan ketika ini entah mengapa debaran hati Hayyan berdegup laju seperti ada yang tidak kena dengan dirinya. Dengan perlahan Hayyan membalik tubuhnya menghadap kearah Adeliya semula, terkedu Hayyan melihat mata Adeliya yang sudah merah menahan tangisannya.

Hayyan mengeluh kecil bukan niatnya mahu membuat Adeliya terasa dengannya tetapi itu sudah memang sikapnya terhadap perempuan, wajah didatarkan semula oleh Hayyan kepala diangguk kecil.

"Hm... Pukul 4.30 nanti tunggu aku dekat luar." Kata Hayyan mendatar.

Selepas sahaja berkata Hayyan terus melangkah kakinya pergi dan meninggalkan Adeliya keseorangan dihadapan pintu dapur. Entah mengapa Hayyan merasa nyeri dihatinya ketika melihat wajah sayu milik Adeliya seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

******

Seperti yang dikatakan oleh Hayyan kini jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang, sebelum meninggalkan rumah agam itu Adeliya berpamitan terlebih dahulu dengan Puan Izati.

Berat hati Puan Izati mahu membiarkan Adeliya pulang ke pangkuan keluarganya semula. Wajah suram milik Puan Izati itu dipandang lembut oleh Adeliya tersenyum kecil Adeliya ketika ini.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora