BAB 6

94 5 0
                                    

Setelah keluar hospital tempoh hari, Adeliya di jaga penuh dengan kasih sayang seorang ibu walaupun dia hanya dapat menumpang kasih sayang dari Puan Izati sahaja, telah membuatkan dia bersyukur.

Hari-harinya pun telah bersinar kembali. Layanan Hayyan terhadapnya pun telah berubah, tetapi ada akan satu hal yang membuatkan Adeliya tidak sangka kerana Hayyan mahu mempercepatkan tarikh nikah mereka. Memikirkan hal itu, Adeliya sudah mengeluh panjang kerana Tuan Fahmi masih lagi tidak mahu menjadi wali kepada Adeliya. Sebenci itukah Tuan Fahmi terhadapnya?

Sudah puas Adeliya merayu dan memujuk tetapi hampa, Tuan Fahmi masih berkeras hati tidak mahu menjadi walinya. Tanpa sedar setitis air matanya sudah mengalir jatuh ke pipinya. Puan Izati yang baru sahaja menapak ke keluar dari bahagian dapur, melihat tepat ke arah Adeliya yang termenung seorang diri di ruang tamu yang berada tidak jauh dari ruang dapur. Kaki dengan laju menapak ke arah Adeliya.

"Ad, Ad menungkan apa ni sayang? Hm..." Tegur Puan Izati lembut, yang berjaya membuatkan Adeliya tersentak daripada lamunannya.

Dengan cepat-cepat air mata yang mengalir itu di seka. Senyuman manis di lemparkan ke arah Puan Izati. Tangan Puan Izati di gengamam dengan lembut, sesekali dia mengurut lengan Puan Izati.

"Tak ada lah umi... Ad cuma teringatkan ayah Ad umi..." Bicara Adeliya yang setia mengurut lengan Puan Izati dengan perlahan.

Tangan Adeliya di capai dengan lembut. Senyuman lembut di hadiahkan kepada Adeliya. Wajah suram Adeliya itu di renung lembut oleh Puan Izati. Dia pasti Adeliya sedang memikirkan masalah itu. Senyuman Puan Izati di balas semula, rasa kekok pula bila Puan Izati merenungnya.

"Umi tahu, Ad tengah pikirkan masalah tu kan?" Balas Puan Izati lembut.

Kepala di tundukkan. Itu lah kelemahan Adeliya, dia tidak pandai menyorokkan resahnya. Lidahnya kelu. Tidak tahu mahu membalas apa. Rambut Adeliya diulus dengan penuh kasih sayang. Tidak salah bukan dia mahu memberikan kasih sayangnya kepada Adeliya, bakal menantu satu-satunya.

"Ad jangan risau. Ayyan kan tengah usaha pujuk ayah Ad. Insyallah Allah permudahkan segala urusan kita. Ad jangan sedih macam ni, umi tahu Ad anak yang kuat. Cuba senyum sikit." Pujuk Puan Izati yang mencubit perlahan pipi Adeliya.

Tersengih Adeliya apabila diperlakukan begitu. Dengan tiba sahaja dia teringatkan akan suasana keluarganya yang dahulu. Penuh dengan gelak tawa, senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir kedua ibu bapanya dan perangai manjanya.

Kini sudah berubah. Sudah berubah secara seratus peratus. Kepergian ibunya membuatkan hidupnya berubah seratus peratus. Sehungga kini dia sudah lupa cara untuk bermanja.

"Baby rindu keluarga kita yang dulu." Gumam Adeliya perlahan.

Kenapa baby? Kerana gelaran itu yang suatu ketika dahulu digunakan oleh Tuan Fahmi memanggil Adeliya. Kini? Sudah hilang bak ditelan bumi. Lenyap sekelip mata dan tidak tahu akan kembali semula ataupun tidak.

Dia berharap suatu hari nanti dia dapat merasakan semula harmoninya suasana keluarga bersama Tuan Fahmi semula. Tanpa sedari air matanya sudah bergelimpangan di pelupuk matanya, hanya tinggal tunggu masa untuk turun mengalir.

"AD!!! Ya allah budak ni!!! Boleh dia mengalamun waktu kita tengah sembang dengan dia." Ujar Puan Izati yang separuh menjerit menyeru nama Adeliya.

Terhinjut bahu Adeliya apabila mendapat tamparan lembut daripada Puan Izati. Kepala yang tidak gatal digaru, senyuman tidak bersalahnya di lemparkan ke arah Puan Izati. Tergeleng perlahan Puan Izati. Ada sahaja yang nak di menungkan oleh Adeliya.

Terletus ketawa Adeliya melihat muncung Puan Izati. Alah ini yang buatkan Adeliya lemah ni, manalah dia pandai pujuk orang. Dari dulu sehingga kini dia tidak pandai langsung memujuk seseorang.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Where stories live. Discover now