BAB 8

76 5 0
                                    

Selepas kedatangan Tuan Fahmi dan Puan Asmah tempoh hari, Adeliya hanya duduk berkurung didalam biliknya. Dia hanya keluar bila tiba untuk makan atau sesuatu yang penting untuk dia berbicara.

Adeliya semakin bertambah menjadi pendiam selepas kedatangan Riana yang tiba selepas sahaja kedatangan Tuan Fahmi dan Puan Asmah sudah pulang. Kedatangan Riana membuatkan Adeliya semakin menjadi diam dan berusaha tidak mahu bertembung dengan Hayyan.

"Jadi You lah perempuan yang akan kahwin dengan Hayyan I? Not bad lah but, kalau nak dibandingkan dengan I, erm!!! I rasa I lagi cantik dari You."

" You jangan ingat Hayyan tu suka sangat dekat you. I lagi kenal Hayyan dari You. Perempuan macam You yang tak sama level dengan dia, you rasa dia akan cintakan you? In your dreams. You tahu tak? Hayyan masih tak move on dari I, so simpan jer lah yer mimpi you nak sehidup semati dengan dia. One day, dia akan buang you macam Sampah!!!"

"For your information, Hayyan pilih nak kahwin dengan You pun sebab nak sakitkan hati I jer okeyh. Jangan yakin sangat dia sayang dan cintakan You."

Kata-kata dari Riana masih lagi bermain didalam benaknya. Hatinya mula rasa ragu-ragu akan keputusannya. Jika Hayyan tidak cintakannya mengapa Hayyan melamarnya? Seketika dia teringat akan kejadian dimana Hayyan tidak ingin meneruskan majlis ini.

"Kalau Hayyan masih cintakan Riana...kenapa dia pilih aku?" Monolognya sendirian.

"No ad!!! Jangan buruk sangka." Katanya seorang diri.

"Tapi... Arghh buntunya!!!" Jerit Adeliya perlahan.

Bunyi ketukan pintu terdengar jelas di pendengaran Adeliya. Dengan malas dia bangun dari duduknya lalu menuju membuka pintu bilik. Tersembul lah wajah Hayyan yang sudah lengkap dengan pakaian santainya. Sekilas dia melihat di tangan Hayyan yang terdapat dulang makanan.

Wajah berkerut tidak mengerti. Melihat wajah bingung Adeliya membuatkan Hayyan menyembunyikan senyumannya. Dulang dihulurkan ke arah Adeliya. Tanpa membantah Adeliya mengambil dulang tersebut.

"Makan. Umi kata kau tak turun makan dari tadi. Jangan buat aku risau sweetheart, kita belum halal lagi jadi susah untuk aku jenguk kau dekat dalam bilik ni." Ujar Hayyan dengan kerisauannya.

Bagaikan hilang arah Hayyan sebentar tadi, selepas Puan Izati menelefonnya mengatakan Adeliya tidak mahu makan. Tidak pernah Adeliya membuat sebegini. Terus sahaja Hayyan memandu keretanya pulang semula.

"Maaf, saya dah susahkan awak." Balas Adeliya yang menunduk menahan tangisannya.

Kepala dianggukan tanda faham. Dalam diam Adeliya terharu dengan Hayyan yang sangup berpatah semula ke rumah hanya ingin menyuruhnya makan. Bukan niatnya tidak mahu makan cuma dia sedikit tidak ada selera mahu menjamah makanan.

"Tak ada istilah kau susahkan aku sweetheart." Ujar Hayyan dengan sebuah senyuman.

Terbit sebuah senyuman manis Hayyan. Terpegun Adeliya, ini adalah kedua kalinya dia melihat senyuman manis Hayyan. Tidak semena wajah Adeliya berubah warna. Dia berasa bahang dipipinya tika ini.

Dengan cepat Adeliya menutup semula pintu biliknya. Lagi lama dia hadap Hayyan mungkin makin menjadi-jadi malunya. Jantungnya usah dikatakan sudah berdegup kencang melihat senyuman milik Hayyan.

Tergelak kecil Hayyan melihat kekalutan Adeliya sebentar tadi.

"Jangan lupa makan!!!" Laung Hayyan kuat sebelum berlalu pergi.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora