BAB 9

60 6 0
                                    

Halaman rumah yang selalunya sunyi kini telah bertukar menjadi riuh. Kehadiran sanak saudara yang menetap di rumah agam Tuan Izman dan Puan Izati merubah segalanya. Hari terakhir membuat persiapan majlis oleh mereka dijalankan dengan sempurna.

Dalam tidak sedar hari bahagia hampir dikecapi oleh Hayyan dan Adeliya. Satu persatu dia memerhati, terbit sebuah seyuman ikhlas terlakar di bibir munggilnya. Bahagianya hampir dikecapi. Dia berharap segala urusan esok akan berjalan lancar.

"Termenung apa?" Seloroh Hayyan yang mengejutkan Adeliya.

Tangan naik mengusap dada. Ini kalau dia ada sakit jantung ni rasanya dia sudah gone tak sempat menikah esok.

"suka terkejutkan orang." Memuncung mulutnya.

Hayyan tersengih tidak bersalah. Kerusi bersebelahan dengan Adeliya di tarik sedikit jauh sebelum melabuhkan punggungnya. Mata kembali memerhati wajah putih gebu Adeliya. Tidak lepas langsung pandangannya tika itu.

Sehabis mungkin Adeliya membuat tidak tahu akan dirinya sedang diperhatikan oleh Hayyan.

"Hey orang di sana!!! Tahu lah tak sabar nak kahwin tapi jangan lah tenung anak dara orang macam tu. Sabar sikit, esok dah halal tenung lah lama mana pun." Sakat Puan Khadijah yang perasan akan tingkah Hayyan.

Berona merah pipi Hayyan apabila disakat oleh mak longnya, tangan naik mengusap tengkok. Tergelak Adeliya melihat wajah merah Hayyan.

"Awak blushing ke Hayyan? Omo-omo!!! Ibu tengok ni !!! Hayyan blushing!!!" Tiba giliran Adeliya pula menyakat Hayyan.

Mengapa dia memanggil Puan Khadijah dengan gelaran 'ibu'? Kerana itu atas permintaan Puan Khadijah sendiri. Setelah mengetahui tentang kisah seorang Adeliya Melvina, Puan Khadijah terus sahaja tersentuh dengan segala penderitaan Adeliya.

Setiap kali Puan Khadijah menatap wajah Adeliya, dia seakan melihat wajah arwah sang anak. Ya, Puan Khadijah kehilangan anaknya. Tidak sempat dia menumpahkan segala rasa kasih sayangnya, sang anak terlebih dahulu dijemput sang ilahi.

"Eleh!!! Sejak dah ada ibu baru selalu mengadu." Kata Hayyan seolah sedang merajuk.

Ketawa Adeliya semakin terletus kuat melihat muncung Hayyan tika itu. Seperti sudah boleh jadi tempat penyangkut baju di lihatnya.

"Ala!!! Biarlah. Dulu awak dah lama dapat merasa kasih sayang seorang ibu, but now giliran saya lah pula. Apa salahnya saya manja dengan ibu... Saya kan dah lama tak rasa kasih sayang ibu..." Jawab Adeliya dengan gelak tawanya.

Terkedu Hayyan dibuatnya. Hayyan memandang redup ke arah Adeliya. Bagaimana Adeliya boleh berkata seperti itu dengan gelak tawa? Itukah cara Adeliya untuk menutup rasa sakitnya?

Tika melihat wajah Adeliya dia merasa nyeri hebat dihati, dia seolah dapat merasakan sakit yang dipendam lama oleh Adeliya. Nafas di hembus perlahan, pandangan mata dialih dari menatap wajah Adeliya. Sungguh dia tidak sanggup melihat Adeliya tika itu. Baru sahaja wajah ingin memandang semula, bunyi nyaring panggilan telefon menyapa pendengaranya.

"Hello!!! Ayyan!!! Ad nak coklat apa tadi?" Soal orang di seberang sana separuh menjerit, tanpa sempat Hayyan memberi salam terlebih dahulu.

Mata sudah terpejam, mahu sahaja dia menumbuk Rayyan tika itu. Adeliya sudah berkerut kening melihat Hayyan yang sedang menahan amarah.

"Cadbury dengan cream-O." Balas Hayyan datar.

Mendengar perkataan yang meluncur keluar dari mulut Hayyan ketahui lah Adeliya yang menelefon Hayyan tika itu adalah Rayyan. Perlahan-lahan seyuman manis Adeliya mula terlakar dengan gelak tawa dihujung senyumanya.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Where stories live. Discover now