BAB 4

138 5 5
                                    

Adeliya hanya duduk termenung menatap dinding wad hospital yang diduduki olehnya. Wajahnya yang pucat itu diabaikan makanan diatas mejanya langsung tidak disentuh.

Ketika ini dia langsung tiada selera mahu makanan mindanya melayang entah kemana. Seketika kata-kata Puan Asmah kembali bermain dimindanya.

"KAU DENGAR SINI YER!!! SELANGKAH KAU BAWA BUDAK TU KELUAR DARI RUMAH NI!!! SAMPAI BILA-BILA BUDAK TU BUKAN ANAK AKU!!! AKU TAK HALALKAN MAKAN MINUM YANG DIA MAKAN!!! KAU DENGAR TAK HA!!!"

Menitis air mata Adeliya mengigatinya apa salahnya pada Puan Asmah? Kenapa dirinya begitu dibenci oleh Puan Asmah? Sebab dia bukan anak kandung Puan Asmahkah dia dilayan sebegitu kali?

Wajah arwah umi dan neneknya tetlayar dimatanya dia seolah sedang melihat wayang ketika ini. Adeliya tersenyum tawar mengigati kesemua kenangannya bersama Puan Eleysa dan Tok Minya.

"Umi...Tok Mi...Ad rindu..." Lirihnya perlahan.

Semakin lebat air matanya mengalir dirinya sakit dilayan seolah bukan anak kandung sendiri oleh Tuan Fahmi. Jika diberi pilihan dia mahu memutarkan masa dia mahu kembali ke kehidupan lamanya.

Dirinya rindu ingin dibelai oleh Tuan Fahmi pelukan hangat sang ayah dia mahukan dia mahu Tuan Fahmi menjadi tempat untuk dirinya meluah tetapi dia tahu semua itu dia tidak akan pernah dapat lagi.

Dengan perlahan Puan Izati membuka pintu wad Adeliya buka sahaja pintu Puan Izati tersenyum melihat Adeliya yang masih tidak perasan akan kehadirannya.

Entah apa yang difikirkan oleh Adeliya sehingga tidak sedar dengan keadaan sekelilingnya.

"Assalamualaikum, jauh Ad termenung. Ad menungkan apa tu?" Soal Puan Izati yang menyentakkan lamunan Adeliya.

Senyuman kecil dilemparkan kearah Puan Izati dengan lambat-lambat dia menyampai tangan Puan Izati untuk disalam.Hayyan yang berada dibelakang Puan Izati itu dipandang sekilas lalu dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Hayyan.

Sofa yang berada diwad vip itu diduduk oleh Hayyan dan terus matanya ralit melihat skrin telefon miliknya pandangan Puan Izati dan Adeliya sama sekali dia tidak perduli dan Hayyan terus menerus melihat skrin telefonnya.

"Ad macam mana? Sakit lagi tak? Ad dah makan?" Soal Puan Izati bertubi-tubi pada Adeliya.

Tersengih Adeliya mendengar soalan Puan Izati padanya sebegitu risau Puan Izati padanya,seketika dia teringat akan arwah sang ibu yang sudah lama pergi dijemput ilahi.

Adeliya kembali termenung mengingati segala kenangan indahnya bersama dengan yang tersayang, luntur senyumannya apabila kenangan pahit kembali terlayar dimindanya. Ada sesuatu yang hancur iaitu hatinya, orang kata cinta pertama anak perempuan ialah bapanya tetapi mengapa dia tidak rasa semua itu?

Sehingga kini dia tidak tahu dimana salahnya, dimana silapnya sebagai seorang anak. Dari kecil sehingga sekarang dia tetap dilayan seperti bukan anak sendiri, Kenapa Tuan Fahmi begitu bencikannya? Begitu bencikah Tuan Fahmi terhadapnya?

"Boleh tak sehari kau jangan nak menyusahkan aku."

"Kenapalah kau tak mati dari dulu? "

"Hidup kau kalau tak menyusahkan aku memang tak boleh ke?"

"Salah kau sebab kau muncul dalam hidup kami!!! Salah kau sebab kau lahir dekat dunia ni!!!"

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Where stories live. Discover now