BAB 10

98 6 0
                                    

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hari bahagia antara Hayyan bersama sang pujaan hatinya Adeliya Melvina. Gusaran dalam hati sehabis mungkin di redakan, nafas yang tidak teratur mula dikawal sehabis mungkin. Sejuk tangannya tika ini.

Wajah resah sang anak ditilik dengan sebuah seyuman yang tidak lekang. Alahai Hayyan oi, buat macam nak pergi berperang sudah. Bisik Puan Izati yang tergelak kecil melihat tingkah Hayyan yang gusar.

"Ayyan..." Seru Puan Izati lembut.

Tangan lembut menarik lengan sang anak menghadapnya. Wajah sang ibu dilihat dengan gusar. Puan Izati dapat rasakan betapa sejuknya tangan Hayyan tika ini. Tergelak kecil Puan Izati.

"Apa yang buatkan anak umi gelisah sampai macam ni sekali?" Soal Puan Izati lembut.

Air liur ditelan susah payah. Sudah...bagaimana dia mahu jelaskan? Kepala ditunduk, tangan naik mengusap muka kasar. Dia buntu patutkah dia pergi berjumpa kekasih lama untuk seketika ini? Tetapi dia tiada waktu untuk melarikan dirinya sekejap.

"U-u-umi...dia dah kembali." Tutur Hayyan gagap.

Terbutang luas mata Puan Izati. Tidak dinafikan dia juga turut terkejut. Fikirannya mula mengeluarkan kata-kata negatif, tidak dia tidak akan benarkan majlis ini tidak dijalankan sepertimana perancangan. Majlis ini perlu dijalankan dengan baik. Dia tidak mahu kehilangan Adeliya.

"Jadi...Ayyan nak tinggalkan Ad dan pergi kepada dia balik? Macam itu?" Soal Puan Izati lagi.

Hayyan menggelengkan kepalanya. Tidak bukan itu yang dia fikirkan. Cuma mengapa hatinya berat mahu meneruskan pernikahan ini? Bukankah ini yang dia mahukan? Air matanya menjadi murah dihadapan uminya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh mengalir. Hilang sudah Hayyan yang beku, dinggin.

"Bu-bukan itu maksud Ayyan mi...Ayyan takut, Ayyan tak dapat lupakan dia umi...Ayyan sayang Ad tapi Ayyan masih berharap dia datang jumpa Ayyan...A-Ayyan nak kan penjelasan dari dia mi...Tapi Ayyan tak kuat nak lepaskan Ad." Luah Hayyan dalam tangisan.

Kini mengerti lah Puan Izati terhadap kegelisahan sang anak. Senyuman lembut naik terukir. Dia tahu Hayyan masih berharap si 'dia' datang dan berikan penjelasan. Tetapi dia juga tahu Hayyan tidak mahu kehilangan pujaan hati. Adeliya dan Hayyan sudah seperti belangkas. Kemana sahaja Hayyan pergi disitu juga terdapat Adeliya.

"Ayyan...dengar ni apa yang umi nak katakan." Seru Puan Izati lembut.

Kepala diangkat melihat wajah sang umi. Biar masih ada sisa air mata yang masih tidak mahu berhenti mengalir, matanya tetap merenung melihat sang umi.

"Ayyan sayang Ad?" Soal Puan Izati yang mendapat anggukan Hayyan.

Tersenyum Puan Izati dalam diam. Walau dia tidak tanya sekalipun dia tahu Hayyan sayangkan Adeliya.

"Ayyan sanggup kehilangan Adeliya? Sanggup patah balik dan capai tangan dia semula?" Soal Puan Izati serious.

Terkedu Hayyan dengan soalan Puan Izati. Jika diberi pilihan dia tidak mahu menoleh kebelakang. Dia sudah cukup terseksa menanggung kesakitan itu semua. Tidak sanggup dia mahu merasakan kehilangan lagi. Kepala di gelengkan tanda jawapan.

"Ayyan...'dia' masa lalu Ayyan, Ad masa depan Ayyan. Umi tahu anak umi nakkan penjelasan tapi umi tak nak Ayyan buat sesuatu perkara yang boleh buatkan Ayyan menyesal. Umi tak nak anak umi menyesal di kemudian hari. Biarlah yang lepas berlalu pergi, kini Ayyan cuma kena fokus ke hadapan dan jangan toleh kebelakang semula." Nasihat Puan Izati lembut.

Dia tidak mahu sang anak menyesal di kemudian hari. Dia tidak mahu wajah yang sudah kembali seyum manis hilang ditelan bumi semula. Cukup lah Hayyan menjadi dinggin sebelum ini. Dia tahu Adeliya perempuan yang tepat untuk Hayyan.

Dostali jste se na konec publikovaných kapitol.

⏰ Poslední aktualizace: Jan 24 ⏰

Přidej si tento příběh do své knihovny, abys byl/a informován/a o nových kapitolách!

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Kde žijí příběhy. Začni objevovat