BAB 2

148 10 2
                                    

Sinaran cahaya matahari yang terpancar tepat terkena pada matanya itu membuatkan lenanya terganggu.Dengan wajah yang masih mamai lagi Hayyan bangun duduk bersandar di kepala katilnya apabila kepalanya berdenyut dengan kuat dengan perlahan jarinya mengurut dahinya.

Semalaman dia berjaga kerana memikirkan keadaan wanita yang dia bantu semalam dan bernanah juga telinganya menahan bebelan sang ibu tercinta mahu melawan dikata derharka pula nanti lebih baik dia berdiam diri sebelum masalah bertambah.

*Flash back*

Puan Izati yang dari pukul 12 menunggu kepulangan satu-satunya anak lelakinya
sang anak mendukung susuk tubuh seorang wanita yang tidak dikenali olehnya, wajahnya sudah merah padam mulutnya usah dikata sudah bersiap mahu menyembur sang anak.

Mulut yang baru sahaja mahu menyembur seketika tergamam melihat wajah pucat milik wanita itu.Bukannya meminta keterangan malah dengan pantas Puan Izati membuka pintu dan terus sahaja Hayyan berlalu pergi meletakkan wanita itu dibilik tetamu yang diikuti Puan Izati.

"Apa yang dah jadi sebenarnya ni Ayyan?" Soal Puan Izati yang keliru.

Hanya gelengan kepala sahaja Puan Izati dapat, Hayyan yang sememangnya penat dengan perlahan kakinya melangkah keluar dari bilik tetamu tersebut dan terus sahaja berlalu pergi masuk ke dalam biliknya yang berhadapan bilik tetamu tersebut.

Puan Izati yang tidak puas hati itu dengan laju mengejar langkah kaki sang anak terunanya itu.

"Ayyan umi tanya ni apa yang jadi sebenarnya ni? Siapa perempuan tu? Macam mana dia boleh ada dengan Ayyan? Jawab soalan umi Hayyan Luthfiy Arian!!!!" Bertubi-tubi soalan Hayyan dapat.

Terhenti langkah kaki Hayyan mendengar soalan bertubi sang ibu tercinta. Mahu tidak mahu terpaksa juga lah dia menceritakan yang sebenarnya.

*flash back off*

Bau haruman masakkan sang ibu membuatkan perutnya menghasilkan bunyi tanda sedang lapar ketika ini.

Dengan perlahan-lahan dia melangkah ke arah Puan Izati yang sedang meletakkan semangkuk bubur dan secawan air kosong didalam dulang itu membuatkan Hayyan berkerut kening tanda tidak mengerti.

"Bubur tu untuk siapa umi?" Soal Hayyan yang membuatkan Puan Izati tersentak.

Perlahan-lahan Puan Izati mengusap dadanya tanda terkejut dengan sergahan Hayyan sebentar tadi, manakala Hayyan pula hanya tersengih tidak bersalah kerana sudah menyergah Puan Izati tanpa memberi salam terlebih dahulu.

"Ayyan terkejut umi!!! Berapa kali dah umi ajar bagi salam terlebih dahulu haihh lahhh anak oiii." Bebel Puan Izati.

Bukannya mendengar malah Hayyan hanya membuat tidak tahu dan terus mengambil segelas cawan untuk membancuh hot coklatnya.

Bukannya dia tidak mahu mendengar tapi sudah banyak kali Puan Izati mengulang ayat yang sama jadi sudah tertentu dia hanya membuat tidak tahu.

"Abi balik bila umi?" Soal Hayyan yang baru teringat akan Tuan Izman yang berada di luar negara.

Puan Izati yang seperti baru teringat itu ternganga mulutnya sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

GADIS DAMBAAN HAYYAN LUTHFIY ARIAN (OG)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon