Part 83

1.4K 26 0
                                    

Doktor menjangkakan kelahiran akan berlaku pada usia 38 minggu. Namun Lyn sudah mula diserang kontraksi lebih awal. Memaksa dia diberikan ubat untuk melewatkan sedikit kelahiran bayinya. Juga bayinya turut diberikan suntikan bagi menguatkan paru-parunya. 3 hari setelah diserang kontraksi pertama, sekali lagi dia diserang tanda-tanda hendak bersalin.

Panik dalam diam. Biarpun luaran tampak tenang, namun Johan jadi kaku. Betapa hanya Tuhan sahaja yang tahu kebimbangannya. Ketika isterinya disiapkan untuk dibawa ke dewan bedah, dia hanya diam membisu.

"Oh my God! Nurse, she's bleeding!"

"Faster! Faster! Beritahu Dr Ravi. Dah ada bleeding!"

Salah seorang jururawat itu segera berlari keluar. Johan berpaling. Takut melihat keadaan kelam-kabut itu.

'Ya Allah, bantulah isteri dan anakku,' bisik hati Johan.

Katil itu disorong keluar tanpa menunggu lagi. Johan mengekori dalam keadaan longlai. Tidak sekuat mana dirinya. Bayang isterinya menghilang di dalam dewan bedah . Manakala dia pula duduk di ruangan menunggu.

Sungguh, saat ini dia terlupa hal yang lain; terlupa hendak menghubungi ibu mentuanya di rumah; terlupa akan anak-anaknya yang lain. Hanya bayang isterinya itu merajai fikirannya.

Sudahnya dia bangkit untuk ke surau. Solat 2 rakaat dikerjakan. Kemudian dia duduk lama di atas sejadah. Meminta kepada Tuhan agar diberikan ketenangan dan kekuatan kepada dirinya. Juga meminta keselamatan buat isteri dan anaknya. Setelah merasakan dirinya sedikit kuat dan tenang, barulah Johan bangkit daripada sejadah.

Di ruangan menunggu rupanya ibunya sudah tiba bersama Ariana.

"Mummy cari tadi. Ingat kau kat dalam," ujar Puan Sri Sakinah.

"Sorry, mummy. Saya kat surau tadi."

"Mummy pergi bilik Lyn. Nurse kata dia dalam bilik bedah. Kenapa tak beritahu? Dah call mak dia ke belum?"

Johan menggeleng.

Puan Sri Sakinah mengusap lengan anaknya. Dia tahu Johan sedang runsing.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now