Part 37

1.5K 40 1
                                    

Surat demi surat tuntutan hutang pembelian aset dan amaran tindakan tarik semula sudah berkali-kali diterimanya. Pening kepala Johan dibuatnya. Termasuk faedah yang tidak dibayar kepada bank, kini hutang yang terpaksa dipikul sudah mencecah 1.5 juta ringgit! Dan dia terpaksa membayar satu amaun yang besar untuk menggelakan rumah yang diduduki Syiha sekarang disita oleh bank.

Kini matanya terhidang pula dengan penyata kad kredit yang belum dilunaskan untuk bulan ini. Jumlah penggunaan beberapa keping kad sudah melebihi had maksimum. Mujurlah belum ada surat dari Bank RHB berkenaan pinjaman peribadinya sebanyak 70 ribu yang dibuatnya beberapa bulan dulu.

'Mati aku....' desis Johan seorang diri. Mahu tidak mahu, dia harus bertindak segera memindahkan hutang kondominium itu ke atas bahu orang lain. Masalahnya, Syiha sedang mendiami rumah itu sekarang.

'Ah, pedulikan!' bisik hati Johan.

Johan segera mengangkat gagang. Nombor Joshua didailnya. Hanya beberapa saat dia menunggu, panggilannya segera dijawab.

"I ada masalah besar sekarang," ucap Johan tanpa mukadimah yang panjang meleret.

"Apa dia?"

"Begini...ermm... I nak you jual rumah I di Pantai Hill Park. Cari buyer secepat mungkin sebelum bank sita rumah tu."

"Kenapa?"

"My wife dah tahu pasal I dengan perempuan tu. I need your help."

"Okay. Back to you latar," balas Joshua lantas mematikan talian.

Lelaki bernama Joshua itu mendail pula nombor seseorang.

"Cik Puan, dia dah setuju nak jual rumah tu."

"I nak you deal dengan bank secepat yang mungkin tanpa dia tahu siapa yang beli rumah tu. Dan I tak mahu bank sentuh rumah tu. Berapa lama masa yang diperlukan?"

"Seminggu lebih kurang. Macam mana dengan budak perempuan tu?"

"Leave that problem to me. You cuma uruskan apa yang I minta tadi."

"Okey."

"Stupid, Johan. Isteri lagi banyak duit daripada dia. Lagi dia nak dari pasal mahu kahwin lain." Lelaki bernama Joshua itu ketawa kecil. Menjadi orang upahan wanita itu lebih lumayan berbanding komisen yang diterimanya daripada Johan. Duit punya pasal, sudah tentu dia rela berpaling tadah!

Curangla Lagi Where stories live. Discover now