Part 31

1.5K 37 0
                                    

"Kau nampak tak GM baru hari ni?" tanya Syafikah sambil berdiri di tepi meja Syiha.

"Apasal pulak kau cakap pasal dia dekat aku?"

"Budak-budak ofis hari ni bercakap pasal dia. Kau dah nampak dia tak?"

"Tak. Ada apanya?" balas Syiha.

"Cantik gila aku cakap kau! Serius aku cakap. Selalu dia simple aja. Hari ni memang buntang mata budak-budak ofis pandang," giat Syafikah. Sengaja hendak menjolok kemarahan Syiha.

Syiha mencebik sedikit. Cantik pun apa guna, suaminya sudah tidak mahu!

"Hei! Kau dengar tak ni?"

"Dengarlah! So, kau nak aku buat apa?"

"Aku tak rasa suami dia tak hairan dengan semua tu. Habislah kau. Tergugatlah kedudukan kau. Takkanlah Encik Johan tu buta mata hati lagi, tak nampak isteri dia cantik macam tu?" ujar Syafikah lantas ketawa.

Syiha mencebik, tidak hairan. Tidak gentar langsung. Cantik? Dia pun cantik juga. Dan kelebihannya, dia muda. Anak dara lagi! Kalau tidak, masakan Johan tergila-gilakan dia.

Namun ketika jam 10 pagi, dia sempat ternampak wanita itu berjalan di hadapan department mereka. Termasuk dia, semua kepala mencanak memandang ke arah Lyn.

"Pergh!!! Nasiblah isteri orang. Hati aku macam dah nak tergolek. Mata tak boleh pandang tempat lain. Makan tak kenyang mandi tak basahlah jawabnya," ucap salah seorang lelaki tidak jauh dari situ.

Kata-kata itu disambut tawa oleh yang lain.

"Tak payah pandang sangatlah. Suami dia juga yang untung dapat belek malam-malam. Korang dapat berangan aja," balas kakitangan perempuan pula.

Syiha mendengus tidak senang. Hati lekas dipagut rasa iri dan dengki.

Usai waktu makan tengah hari, tandas kakitangan perempuan sememangnya penuh padat dengan para pengguna. Beberapa orang kakitangan berlonggok mengenakan alat solek di cermin. Seorang demi seorang berlalu setelah selesai. Ketika ruangan itu sudah hampir kosong, Lyn muncul di situ.

Dua orang perempuan yang masih setia menghadap cermin saling berpandangan.

"Hello ladies," tegur Lyn sebelum dia masuk ke salah sebuah tandas.

"GM baru tu ke?" bisik salah seorangnya.

"Yes," jawab temannya.

"Cantik. Cantik macam tu pun dicurangi juga, kan? Pelik aku dengan husband dia tu," bisik perempuan tadi.

"Tapi susah senyum. Nampak sombong. Agaknya sebab tu laki dia cari lain." Mereka berbalas-balas bisikan.

Secara kebetulan seorang lagi perempuan tiba-tiba muncul di situ. Kedua-duanya senyap serta merta. Namun tidak ingin berlalu dari situ biarpun sudah selesai menempek make up. Giliran Syiha pula menempek make up setebal-tebal yang boleh agar kelihatan lebih menarik berbanding orang lain.

Dua orang itu memandang dengan ekor mata melihat Syiha menggunakan make up berjenama Mary Kay. Terpampang jelas jenama itu pada beg yang dibawanya. Bukan main senang hati Syiha mengenakan make up ke muka. Bangga dirinya menjadi bahan tontonan. Namun kemudian dia terpaku memandang cermin setelah salah sebuah pintu tandas terbuka.

Lyn berlalu ke cermin, berdiri sedikit jarak daripada Syiha. Ketika membasuh tangan, dia sempat mengerling Syiha yang kaget.

Lyn membuka dompetnya, mengeluarkan sebatang lipstik lalu memandang cermin sambil mengenakan lipstik itu. Tiga perempuan itu terpaku begitu sahaja dengan gelagat Lyn. Lebih-lebih lagi Syiha. Nampak terkejut riak wajahnya apabila terpandangkan simbol pada penutup lipstik itu.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now