Part 80

1.6K 35 0
                                    

Jam 2 petang barulah Johan muncul di wad bersama Zairyl. Kakak ipar dan ibu mentuanya turut berada bersama Lyn.

"Bu," sapa Johan sebelum dia tunduk mengucup tangan ibu mentuanya itu.

"Ami?" Bukan main cerah lagi riak wajah Zairyl sebaik sahaja terpandangkan wanita kesayangannya itu. Biarpun agak payah hendak bergerak, Lyn tetap mahu memeluk anak lelakinya itu. Satu-satu anak lelakinya setelah doktor menjangkakan kali ini mereka berdua sekali lagi akan mendapat anak perempuan.

"Sayang dia. Kena duduk dengan daddy kat rumah, Aril nakal tak?" ucap Lyn mesra. Rindu benar dengan anak-anaknya.

Zairyl menggeleng bersungguh-sungguh. Kemudian dia mula mengomel pelat tanpa difahami mereka sepatah haram pun. Sudahnya meledak tawa Hajah Edah mendengar suara halus cucunya itu.

"Macam mana hari ini?" Tanya Johan setelah duduk di sisi isterinya itu.

"Macam sebelum ini juga," jawab Lyn perlahan.

"Masih tak ada perubahan?"

"Doktor nasihatkan Lyn cuti sampai bersalin nanti."

"Takpelah, kita ikut sajalah nasihat doktor. Anak-anak biar abang yang uruskan. Jangan fikir yang lain. Lyn jaga baby kita ni aja," ujar Johan lantas menyentuh perut isterinya dengan sentuhan yang lembut.

Lyn mengangguk sambil tersenyum sedikit. Kandungannya kali ini mengalami masalah uri yang berada di saluran kelahiran, memaksa dia tinggal di wad agak lama. Bimbang waktu kelahiran datang terlalu awal sedangkan kandungannya baru masuk bulan yang ke 8. Itu belum lagi segala macam pantang larang yang tidak boleh dibuatnya ketika di rumah.

"Doktor ada bercakap dengan Lyn tadi. Dia cadangkan ini baby yang last. Aril dulu pun tak cukup 34 minggu. Kali ini pun dia jangka Lyn bersalin awal lagi. Takut ada masalah nanti."

Johan mengangguk setuju. Demi kesihatan isterinya, rasanya cukuplah dengan apa yang Tuhan kurniakan. Sesungguhnya hanya Tuhan saja yang tahu gusar hatinya memikirkan keadaan anak-anak dan isterinya. Tiada apa yang dia mahukan; semoga semuanya selamat.

"Abang ikut aja apa yang doktor nasihatkan. Apa yang dia kata semestinya untuk kebaikan Lyn," ujar Johan sebelum dia tunduk mengucup kening isterinya.

"Abang rindu, sayang. Cepatlah sembuh. Abang rasa susah hati Lyn tiada depan mata abang selalu. Keadaan Lyn macam ni, abang betul-betul risau," ucap Johan perlahan.

Lyn hanya diam sambil mengusap sedikit lengan suaminya. Sedar yang keadaan ini agak menyukarkan dia dan Johan. Anak-anak juga terabai.

"Siap sedia ajalah. Dah ada rasa nak bersalin tu... bila-bila masa aja," ucap Hajah Edah.

Johan menoleh ke arah ibu mentuanya.

"Ibu baliklah berehat di rumah. Dari semalam ada di sini. Saya boleh temankan Lyn malam ni. Esok saya cuti lagi."

"Anak-anak kat rumah tu macam mana? Siapa yang temankan?" tanya Hajah Edah. Risau pula dengan cucu-cucunya yang lain.

"Bibik ada. Lagipun budak-budak tu dah pandai uruskan diri sendiri."

"Aril, mari ikut opah nak?" pelawa Hajah Edah.

"Nak balik dengan opah tak?" tanya Lyn kepada anak kecilnya.

Lekas sekali Zairyl menggeleng. Masih tidak puas bersama ibunya.

"Biarlah. Petang nanti abang hantar dia balik," ujar Johan sambil mengusap kepala anaknya itu.

Tinggal mereka bertiga setelah Hajah Edah dibawa pulang oleh kakak Lyn. Zairyl tertidur di sebelah ibunya. Mungkin keletihan dibawa ke sana sini oleh Johan.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now