Part 53

1.5K 35 3
                                    

"Itu you punya kereta, kan?" tanya Kevin sambil menuding ke arah Kia Cerato berwarna putih itu.

"Yup!" Johan mengangguk.

"Bawa saya pergi balai sekejap. You punya orang kasi tunggu sini. Tengok itu budak mahu pergi mana," pinta Johan.

Kevin terus memandu pergi setelah memberi pesanan kepada kereta di belakang.

Di balai, mereka membuat aduan. Namun salah seorang pegawai berpangkat sarjan meminta pegawai polis bermotosikal pergi ke rumah itu sebagai escort. Cara ini lebih mudah berbanding membuat laporan polis.

Mereka kembali ke rumah itu bersama dua orang pegawai polis. Berkali-kali Johan memberi salam, namun salamnya tidak berjawab.

"Saya tak ada masa nak tunggu lama-lama. Saya nak ambil kereta saya."

Johan segera memanjat pagar untuk masuk. Salah seorang pegawai polis itu ikut masuk juga. Johan cuba mengetuk pintu rumah itu pula, tetapi tiada sesiapa yang membuka pintu biarpun berkali-kali diketuk.

"Dia ada di dalam. Saya dengar bunyi kipas. Dia tak mahu buka pintu," ujar pegawai polis setelah dia kembali meronda di sekeliling rumah itu.

"Buka pintu ini! Saya tahu ada penghuni di dalam. Sila beri kerjasama," jerit pegawai polis setelah dia kembali meronda di sekeliling rumah itu.

Tiada jawapan.

Johan pergi ke jendela terdekat lalu diintai ke dalam. Dia ternampak kelibat seorang lelaki bersandar di dinding seolah-olah mahu bersembunyi.

"Woi! Kau pekak ke??? Bagi balik kereta aku sebelum aku report hilang!!!" jerkah Johan semakin naik berang.

Lelaki itu terkejut. Sudahnya dia membuka juga pintu. Pegawai polis itu memandang lelaki itu dari atas ke bawah.

"Minta IC."

"Saya boleh beri kunci kereta tu, encik."

"Minta IC dulu," ucap pegawai polis itu lantas memandang ke dalam. Bau semacam. Dia mula syak sesuatu aktiviti tidak sihat berlaku di situ.

Lelaki itu berlalu ke dalam sebelum keluar semula lalu menyerahkan apa yang diminta. Pegawai polis itu menyambutnya lalu kunci kereta itu diberikan kepada pemiliknya.

"Buat apa awak sorok kereta orang?" tanya pegawai polis itu lalu dia membaca nama di kad pengenalan. Mohd Tarmizi nama lelaki muda itu. Seterusnya dia kembali mendapatkan temannya. Kad pengenalan itu diberikan kepada temannya untuk diperiksa.

Dalam masa 10 minit, hadir lagi sebuah kereta peronda polis. Johan masih tidak habis melihat keadaan enjin keretanya itu. Enjin masih dalam keadaan baik. Begitu juga kebanyakan aksesori masih ada. Namun plat nombor pendaftaran kereta dan pelekat cukai jalan sudah dicabut supaya penarik kereta tidak boleh menarik kereta itu. Tambah pula kereta itu diletakkan di dalam kawasan berpagar. Had penarik kereta menarik kereta tanpa bantuan polis hanya setakat di luar.

Melihat segala barang di dalam kereta itu, dia tahu kereta ini sering digunakan oleh Tarmizi. Cuma bahan api kereta itu hampir kering. Tanda orang yang menggunakannya tiada punya wang hendak isi tangki! Dan dia terjumpa plat asal nombor kenderaan itu bersama pelekat cukai jalan yang disimpan di dalam laci dashboard.

Selesai urusan berkenaan kereta itu, Johan mendekati pegawai polis yang membantunya. Kereta itu harus dibawa pulang ke Kuala Lumpur semula. Namun dia melihat polis sedang menyelongkar rumah itu. Mereka menemui peralatan menghisap syabu dan paket ganja.

"Saya rasa urusan saya dah selesai di sini."

"Ya, encik boleh bawa kereta encik pergi. Selebihnya adalah urusan kami," balas salah seorang pegawai polis itu.

Johan sempat terpandangkan Tarmizi sudah ditahan di dalam kereta polis.

"Kalau kau bagi aja kereta tu, kan senang? Tiadalah kau kantoi hisap dadah kat dalam tu. Aku bawa polis tu sebagai escort saja sebenarnya," ucap Johan lantas ketawa kecil.

Seterusnya dia berlalu ke arah kereta KIA Cerato berwarna putih itu. Lega hatinya. Cukuplah dia terbabit dengan keluarga ini. Dia sudah serik!

Curangla Lagi Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang