Part 28

1.5K 37 2
                                    

Hampir jam 12 malam barulah Lyn pulang ke rumah. Dia terpandangkan Zairyl sedang lena dalam pelukan suaminya. Wanita itu senyap-senyap mengerjakan urusan dirinya. Sesudah selesai menyarung gaun tidur, Lyn segera mendapatkan anaknya itu.

Johan terjaga ketika anaknya diambil daripadanya. Lekas-lekas dia mencekup pergelangan tangan sang isteri.

"Tidurlah sini," ucap Johan perlahan.

"Let me go," balas Lyn tidak peduli.

"Sayang....please," rayu sang lelaki rendah. Sungguh dia rindukan suasana dahulu.

"I nak ambil anak ni!" tegas Lyn dalam bisikan.

"Tidur sini apa salahnya?" balas Johan cuba memujuk.

"I tak naklah. You tak faham ke???" balas Lyn siap menjegilkan mata.

Sudahnya lelaki itu akur juga melepaskan tangan sang isteri. Lyn segera mengangkat anak kecilnya lalu dibawa bersamanya.

Johan menghela nafas panjang. Terpandangkan isterinya mengenakan kimono satin yang cukup cantik. Lelaki itu meninggalkan ranjang lalu pergi ke arah kamar tidur yang didiami Lyn. Kebetulan kamar itu masih belum bertutup sepenuhnya.

"Lyn," panggil Johan tatkala sang isteri sedang meletakkan anak di tengah katil.

"Nak apa lagi?" Lyn membalas dengan nada dingin.

"Pergi mana tadi?"

"Shopping," jawab Lyn biasa. Langsung tiada rasa bersalah berbuat begitu kepada suaminya.

"Sampai bila kita akan macam ni?" ujar Johan agak hampa.

"Entah."

Johan mendekati sang isteri ketika Lyn sedang menyusun bantal.

"Abang masih sayangkan Lyn. Janganlah layan abang macam ni," rayu lelaki itu lantas belakang sang isteri disentuhnya. Namun Lyn pantas menegakkan tubuhnya sebelum memandang lelaki itu.

"I can't take this anymore. I need you," bisik Johan cukup mendayu. Tubuh sang isteri dielusnya lembut.

"I dah tak sayang you!" tegas Lyn lantas menolak tangan Johan.

"Senangnya cakap macam tu pada abang."

"Apa lagi yang you nak ni? Pergilah layan bakal isteri muda you tu. I ni membosankan. Nak buat apa memujuk rayu pada isteri you ni?" perli Lyn lantas menjauhkan diri daripada lelaki itu.

"Menjauhkan diri daripada abang takkan memulihkan keadaan kita, sayang."

"You still don't get it, do you? Siapa kata I nak keadaan pulih semula? I tak mahu tengok muka you, Johan! I sedang belajar hidup tanpa you."

Terdiam lelaki itu mendengar jawapan sang isteri. Nekad benar berkata begitu kepadanya.

"Tak apalah. Rehatlah. Abang tak mahu ganggu," ucap Johan perlahan. Seterusnya dia berpaling untuk keluar dari kamar itu.

Lyn berlalu ke katil lalu punggungnya dihempas di sini. Keluhan dilepaskan deras.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now