Part 42

1.6K 39 0
                                    


"Dari mana ni, Lyn?" tanya Puan Sri Sakinah hairan melihat Lyn muncul tiba-tiba di rumahnya. Tidak bekerjakah menantunya ini?

"Dari klinik, munmy."

"Siapa yang tak sihat? Lyn ke Aril?"

"Lyn yang tak sihat," jawab Lyn dengan sedikit senyuman hambar. Tangan wanita tua itu dikucupnya lembut sebelum bertanyakan tentang bapa mentuanya pula.

"Daddy keluar jalan kaki lepas breakfast tadi. Baliklah tu sekejap lagi. Tak sihat, kenapa tak rehat aja di rumah? Pregnant lagi ke,"

"Hesy! Taklah. Lyn ada hal nak cakap dengan daddy."

"Mummy call dia suruh dia balik," putus Puan Sri Sakinah sebelum dia berlalu ke arah telefon.

Lyn melabuhkan duduk di sofa bersama anak kecilnya. Dia tahu Tan Sri Muzhaffar akan keluar berjalan kaki setiap hari demi menjaga kesihatannya selepas terkena serangan strok dahulu.

Tidak lama kemudian, terdengar dehaman lelaki tua itu dari luar rumah.

"Hmm.... tak kerja ke?" tegur Tan Sri Muzhaffar hairan.

"MC, daddy." Lyn bangun lalu mendekati bapa mentuanya.

"Johan?"

"Ada kat rumah."

"Dia tak hantar kamu ke?" Hati lelaki tua itu mula merasa keanehan.

"Dia uruskan Dani dengan Dina. Lyn ada hal nak cakap dengan daddy sekejap," ujar Lyn perlahan.

Lelaki tua itu mengangguk sebelum dia berlalu ke arah tangga. Lyn duduk semula di sofa. Tidak lama kemudian Puan Sri Sakinah datang mengambil cucunya itu.

"Daddy ada dalam pejabat dia. Pergilah. Biar Aril dengan mummy," ucap wanita tua itu lembut.

Lyn berlalu setelah anak kecilnya bertukar tangan. Di salah sebuah bilik di tingkat atas, Lyn terlihat bapa mentuanya sedang duduk di sofa.

"Ada masalah ke?" tanya lelaki tua itu setelah menantunya itu duduk berhadapan dengannya.

"Lyn dengan Johan..." Lyn tunduk seketika. Sengaja membuka mukadimah itu agar orang tua itu tidak terkejut besar nanti. Bimbang nanti apa yang diucapkan membuatkan Tan Sri Muzhaffar masuk hospital lagi.

"Daddy, Lyn nak minta cerai."

Tan Sri Muzhaffar tersentak besar. Terbeliak matanya memandang menantunya itu. Sesuatu yang amat sukar untuk diterima dengan tenang.

"Kenapa?"

"Lyn minta maaf. Lyn dah tak boleh teruskan lagi..."

"Johan ada perempuan lain ke?" teka Tan Sri Muzhaffar tanpa menunggu menantunya itu habis bercerita.

Lambat-lambat Lyn mengangguk.

Tan Sri Muzhaffar terdiam. Namun dadanya turun naik kencang tanda kemarahan sudah mula menghebat dalam dadanya. Sesuatu yang teramat-amat dia benci.

"Dia kata dia dah putuskan hubungan dengan perempuan tu. Tapi Lyn dah tak boleh terima dia macam dulu semula walaupun dia berjanji akan berubah. Pandang muka dia pun Lyn tak boleh, daddy. Tolonglah Lyn. Lyn tak tahu ap nak buat."

"Siapa perempuan tu?"

"Staf di pejabat."

Tan Sri Muzhaffar menghentak tangannya di lengan sofa.

"Memang nak mampus si Johan ni!"

"Apa yang bagus benar perempuan yang dia suka tu???"

"Daddy, Lyn dah tak sanggup nak hadap keadaan yang sama macam dulu. Keadaan dah tak sama. Lyn ada anak-anak yang nak dibesarkan. Biarlah dia buat keputusan yang baik untuk diri dia. Lyn hanya nak teruskan hidup dengan anak-anak."

"Dia masih anak dara. Masih muda."

"Jangan kamu terburu-buru buat keputusan untuk bercerai. Anak-anak masih kecil. Apa nak jadi dengan budak-budak tu? Ambil masa. Tenangkan fikiran. Biar daddy bercakap dengan Johan."

Lyn menggeleng dengan senyum hambar.

"Lyn rasa dah tak boleh dekat dengan dia lagi. Lyn dah tawar hati, daddy."

"Daddy faham, nak. Kamu ada seribu satu sebab untuk teruskan dengan penceraian. Tapi daddy tak akan benarkan sebelum kamu berdua berusaha perbetulkan keadaan ni. Terutamanya Johan. Kalau tak berjaya, daddy reda. Daddy hormati kehendak kamu. Selagi dia tak pukul kamu, pukul anak-anak... daddy tak mahu kamu begitu cepat ambil keputusan macam ni."

"Lyn dah ambil keputusan, Lyn nak pindah dari rumah tu. Segala-galanya menyakitkan. Lyn tak tahu nak mengadu pada siapa, daddy." Di hujung bicara Lyn tunduk menahan tangisan.

Tan Sri Muzhaffar menghela keluhan panjang. Sakit benar hatinya kepada anak lelakinya itu. Tidak habis-habis membuat onar!

"Kalau kamu pilih macam tu, daddy tak mampu paksa. Bukan daddy yang kena hadap keadaan tu. Sekurang-kurangnya daddy mahu kamu tabah demi anak-anak. Nak harapkan Johan, memang lintang-pukanglah budak-budak tu nanti. Daddy akan bercakap dengan Johan nanti. Lyn, daddy tahu apa yang kamu lalui ni menyakitkan. Tapi daddy tak sanggup kehilangan kamu dari kelurga ni. Ini satu tamparan besar pada daddy. Daddy malu pada abah kamu."

"Johan dah tak sayangkan Lyn. Lyn dah tak mampu teruskan lagi, daddy. Dia kata dia nak lupakan perempuan tu. Tapi dalam diam dia orang tetap berjumpa. Macam mana Lyn nak terima lagi? Berbulan-bulan dia tak pedulikan Lyn dan anak-anak. Lyn tak boleh lupa semua tu," Air mata wanita itu gugur tanpa dapat ditahan. Puas disekanya namun gugur lagi.

Tan Sri Muzhaffar meletak siku di atas lengan sofa sebelum dia menongkat kepala. Kesal. Betapa sedih hatinya dengan semua ini. Terlalu kecewa mengenangkan cucu yang masih kecil belaka. Kerana bapa yang tidak sedar diri, anak-anak pula yang menjadi mangsa.

Puas menangis, Lyn menyeka air matanya. Hatinya sedikit tenang setelah itu.

"Lyn minta maaf, daddy. Lyn tak berniat nak beratkan kepala daddy dengan semua masalah rumah tangga Lyn. Apa saja keputusan yang Lyn buat, Lyn mesti minta pendapat daddy dulu."

"Kamu tak beritahu daddy tentang ini lebih awal lagi. Kenapa baru sekarang, Lyn?"

"Sebab Lyn kenal suami Lyn macam mana. Dia tak boleh dipaksa. Kesannya akan lebih buruk. Dia akan memberontak, salahkan Lyn. Lyn dah tak boleh terima lagi semua tu, daddy."

Tan Sri Muzhaffar diam semula. Ada benar juga kata-kata menantunya itu. Teringat dahulu, dia memaksa Johan menerima Lyn sebagai isteri. Sudahnya perasaan Lyn diseksanya sehingga Lyn jadi pendendam.

"Biarlah daddy bercakap dulu dengan dia. Kamu juga perlukan masa. Buat keputusan dalam keadaan fikiran tenang. Baru kita dapat fikirkan tindakan yang betul. Daddy takkan halang kamu kalau kamu nak berpisah seketika daripada Johan. Masa yang ada tu kamu boleh gunakan untuk berfikir panjang. Selebihnya, daddy terima keputusan kamu sekiranya hati kamu sudah bulat hendak bercerai."

Lyn mengangguk sedikit. Akur dengan cadangan bapa mertuanya itu.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now