Part 41

1.6K 31 0
                                    

Setelah pulang daripada menghantar dua anaknya itu, Johan mendail nombor isterinya, namun tidak berjawab. Sudah diagaknya, mimpi di siang harilah jika Lyn mahu bercakap dengannya dalam keadaan begini.

"Bibik, puan ada beritahu nak ke mana?" tanya Johan ketika wanita itu menghidangkan air buatnya.

"Bilangnya mahu ke klinik."

"Oh..." Johan termangu seketika. Sedikit terkilan kerana isterinya itu tidak mahu menunggunya untuk pergi bersama.

"Bisa aku ngomong sebentar, pak?" ucap Bibik Sutinah.

"Apa dia?"

Wanita itu tunduk sedikit sebelum kembali memandang Johan. Serba salah. Tetapi sebagai orang yang melihat semua ini, dia merasakan dia perlu menyuarakan teguran.

"Aku cuma risau dengan keadaan ni. Bapak sama ibu, usah nikah lama. Aku lihat dia sekarang enggak suka ngomong. Cumaan melayan anak-anaknya. Dia lebih suka diam. Bapak, sama siapa lagi dia mahu berbicara jika bukan sama suaminya? Siapa yang akan mengerti jika bukan suaminya? Maafkan aku jika aku ikut campur urusanmu. Tapi aku sayang sekali sama isterimu. Dia majikan yang baik. Terlalu baik pada aku. Aku tidak mahu dia sedih, pak. Aku juga sedih melihat dia jadi begitu. Dan aku tidak mahu anak-anakmu ikut sengsara kerana tindakanmu."

Johan terdiam mendengar bicara wanita itu.

"Laki-laki selalu saja melihat yang di luar sana lebih baik. Padahal yang di rumah ini jauh lebih baik berbanding itu. Allah bisa membutakan mata hati kita dalam sesaat. Aku tidak mahu terus menyalahkanmu. Tetapi selaku kepala rumah tangga, berusahalah lebih banyak lagi. Aku tahu ibu itu orangnya keras hati. Aku ngerti kesakitannya kerana aku juga perempuan. Dan aku juga lihat betapa dia seorang isteri yang baik kepadamu. Ibu yang penyayang kepada anak-anakmu. Kudrat wanita itu tidak banyak, pak. Dia terluka. Dia juga sudah pasti merasa capek sekali dengan semua ini. Walhal dia tidak punya pilihan lain. Kerana dia isterimu. Tapi kapan kau punya fikiran untuk menghargai dia?"

"Saya faham, Bibik...." Johan menjawab perlahan.

"Aku tahu, dalam keadaan begini dia tidak mahu memaafkanmu. Tapi sekeras-keras hati manusia, Allah mampu melembutkannya tanpa perlu satu saat pun. Maafkan aku, pak. Aku ke dapur dulu."

Johan mengangguk sedikit. Malu juga mukanya ditegur oleh wanita itu. Tetapi dek kerana umur Bibik Sutinah jauh lebih tua daripadanya, dia lebih rela berdiam.

Johan menghela keluhan sambil meraup rambutnya. Kusut. Bukan mudah mengambil hati isterinya itu semula setelah dia membuat onar begini. Terasa seperti yang dikatakan Bibik Sutinah, dia yang harus berusaha.

Curangla Lagi Where stories live. Discover now