Part 58

1.5K 35 2
                                    

Sehari dua ini hati selalu berasa serba tidak kena. Sakit tanpa sebab. Setiap apa yang ada di hadapan matanya tidak juga menghembirakan. Orang yang paling sedap menjadi tempat melepaskan kemarahan sudah tentulah Johan. Lesen besar untuk menyeksa hati suami sudah ada di tangan. Maka, digunakan sebaik-baiknya.

Ketika lelaki itu melayan anak-anak, Lyn ke sana dan ke mari. Mengutip sepah yang dibuat anak-anaknya. Tanpa secubit senyum, bakul mainan anak-anaknya sengaja dihempas kasar.

Johan memandang isterinya berkali-kali. Dani dan Dina masih ralit dengan antiviti menulis di buku. Seterusnya Lyn berlalu untuk naik ke bilik dengan muka yang ketat. Johan hanya memandang denga rasa tidak sedap hati. Cuba mencari apa yang membuatkan isterinya tertekan.

'Agaknya dia penat,' bisik hati Johan.

Johan kembali melayan anak-anaknya. Zairyl sibuk mahu mengambil pensel si kakak.

"Jangan.... tajam ni," tegur Johan lantas menjauhkan pensel itu daripada anak kecilnya.

Bum!!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dihempas di tingkat atas. Semua terkejut mendengar bunyi itu.

Johan segera bangun. Dua anaknya itu juga mahu ikut naik.

"Duduk situ."

Bibik Sutinah keluar daripada kamarnya tanpa sempat menanggalkan telekung.

"Waduh... apa-apaan tuh?"

"Pegang dia sekejap, Bik."

Bibik Sutinah segera mengambil Zairyl daripada Johan. Pantas Johan mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas. Pintu bilik isterinya sudah tertutup.

"Lyn?" panggil Johan. Cuba membuka pintu itu namun gagal. Berkunci.

"Buka, sayang. Abang kat sini. Nak marah abang, ni abang dah ada."

Spontan pintu bilik itu terbuka dari dalam. Johan masuk lalu pintu ditutupnya.

"Janganlah buat macam ni depan anak-anak. Terkejutlah budak-budak tu. Nak marah, marah abang. Abang ni dah ada depan Lyn ni. Tak apa, abang dengar apa aja yang Lyn nak cakap."

"You buat apa pun keadaan hati I ni takkan kembali semula macam dulu. You boleh buat macam tiada apa-apa berlaku. Macam tak bersalah."

"Tapi abang akan usaha semampu abang. Ikut cara abang. Lyn tak boleh arah-arah abang kena buat begini, kena buat begitu sampai Lyn puas hati. Abang tak pandai teka. Mana yang abang boleh sabar, abang sabar. Bila abang dah tak mampu sabar, abang jauhkan diri. Sebab abang tak mahu nanti kemarahan abang ni buat keadaan jadi makin buruk," balas Johan.

"You memang jenis suami yang tak faham. Tak peduli!"

"Kalau abang tak peduli, abang tak datang sini. Tapi bila abang datang, muka masam. Abang tegur tak mahu jawab. Lyn nak abang buat apa? Cakap terus terang supaya abang faham," ujar Johan lalu mendekati isterinya. Bahu wanita itu cuba disentuhnya, namun Lyn menepis. Berkali-kali dia mencuba mendapatkan isterinya, hanya tepisan kasar menjadi hadiah.

Ketika Lyn cuba menjauhinya, Johan segera mencekup pergelangan tangan isterinya lalu wanita itu dipeluknya erat. Tanpa dapat ditahan Lyn menangis dalam pelukan lelaki itu.

"Abang sayang isteri abang. Bila Lyn macam ni, abang risau, sayang. Tuhan aja yang tahu apa yang ada dalam hati abang ni," luah Johan saat isterinya itu menangis. Dia tahu, marah tanpa sebab ini fasa-fasa biasa yang akan dilalui isterinya. Kerana hatinya sunyi. Hatinya merindui dirinya yang dahulu, ketika belum menikmati kelukaan itu.

"Abang nak Lyn rehat. Budak-budak biar kat bawah," ucap Johan setelah puas isterinya itu menangis. Wanita itu didudukkan di birai katil. Seluruh raut sang isteri diusapnya dengan penuh kasih sayang.

"Abang bawa pergi jalan-jalan ya? Tinggal anak-anak dengan daddy."

Lyn menggeleng sambil menyeka air mata.

I tak nak apa-apa daripada you lagi! I nak hidup sendiri! I dah tak tahan lagi dengan semua ni. I dah penat!"

"Lyn, semua yang abang buat tu tanda abang masih terlalu sayangkan Lyn. Abang tak mampu ubah masa lalu. Abang berusaha demi masa depan kita. Itu kemampuan yang Allah beri pada abang. Mintalah apa saja pada abang, abang akan usahakan. Tapi jangan minta sesuatu yang abang tak mampu beri. Abang pun terseksa, Lyn. Abang kesiankan anak-anak."

"You yang buat keadaan jadi macam ni. Sekarang tanggunglah akibatnya. Dulu masa buat tak ingat anak-anak pun. Sekarang baru nak tunjuk baik! Sebanyak mana kebaikan yang you beri takkan mampu kembalikan semula hati I ni pada you!"

Johan berdiam sambil melabuhkan duduk di birai katil.

"Ke sana sini dengan perempuan tu. I jadi tunggul menunggu kat rumah. Berhabis demi perempuan tu. Pandang muka you pun I dah tak sanggup, inikan pulak nak beri peluang lagi!" ucap Lyn tajam.

Johan diam lagi. Sekadar mahu memberi peluang kepada Lyn meluahkan bicara. Manusia itu apabila menyimpan, dia berada sakit. Tetapi apabila mendapat peluang meluahkan, dia akan memindah kesakitan itu melalui kata-katanya; sehingga sang suami tunduk menahan sugul mendengar maruahnya ditelanjangkan melalui kata-kata yang berbisa.

Setengah jam menjadi sejam. Sejam bertambah lagi sejam. Setiap bicara isterinya tidak dapat dibalas Johan. Dia buntu. Otaknya seperti telah tersekat. Diri seperti telah terperosok menjadi kerdil. Masa inilah yang paling baik untuk dia menjadi pelakon lelaki terbaik, melakonkan watak orang yang tidak punya perasaan.

Wanita, kadangkala bercakap apa yang tidak mampu dia buat.

"I dah tak boleh terima you lagi. Setiap kali I pandang you, hati I ni makin sakit! I nak hidup sendiri!"

Sayangnya, ketika suaminya berdiam, dia bertanya-tanya sendiri. Dia rasa dibiarkan.

"Selama hidup bersama, you tak pernah beri I apa-apa! Itu pun nak kena tunggu I cakap. Dengan perempuan tu, pandai pula. Sepanjang hidup dengan you, tak ada apa yang you berikan pada I!"

Wanita itu juga kadangkala tidak melihat bakti suaminya yang kecil-kecil. Hadiah pemberian suaminya jadi tidak berguna saja setelah dia berada sakit.

"You fikir apa yang you buat, hati I ni akan kembali semula macam dulu? Hati I ni sakit sangat-sangat! I benci tengok muka you!"

Lyn mengingati setiap detik dia disakiti tetapi lupa pula tika dia mencela suaminya. Sedangkan perintah Allah supaya tetaplah taat kepada suami selagi suami berbuat baik. Namun tidak jejak lagi dalam fikiran semua itu.

"Wahai wanita, jika anda tidak mampu merubah fitrah yang ada pada wanita, lalu bagaimana dapat merubah fitrah yang ada pada suamimu?'

Curangla Lagi Where stories live. Discover now