S E M B I L A N P U L U H L A P A N

54 1 0
                                    

"Aniq selamatkan dua orang kanak-kanak perempuan daripada ayah mereka. Abusive father."

"Masa selamatkan mereka, dikesan mereka berbalah antara satu sama lain. Aniq tiada senjata berbahaya. Tetapi penyerang capai pisau dapur. Tikam Aniq selepas belasah dia di muka sehingga cedera teruk."

"Kanak-kanak perempuan tersebut diarahkan Aniq untuk larikan diri bersama adik perempuannya sebelum Aniq ditikam."

"Kami dapat laporan Aniq berjaya membuatkan penyerang tidak sedarkan diri dan lari untuk pastikan kanak-kanak tadi selamat. Tapi malang. Dia lemah disebabkan kehilangan kuantiti darah yang banyak. Pendera tersebut ditangkap dan akan menerima dakwaan. Denda akan dikenakan mengikut akta mendera dan merogol kanak-kanak. Adik beradik yang diselamatkan Niq telah selamat dihantar ke pusat anak yatim."

Terangan ahli forensik itu masih jelas tergiang-giang pada deria pendengaran aku.

Aku jatuh terduduk di birai katil arwah Niq. Sekeliling biliknya aku tenung walaupun pandangan aku menjadi kabur. Teringatkan dia.

Akhir jua, aku kalah.

Aku menangis lagi.

Pucuk surat ditangan digenggam kuat.

Dia pernah cuba lakukannya. Dan aku pula tak pernah tahu dia cuba buat perkara itu.

Aku rasa teruk.

Aku mahu salahkan diri. Tapi aku tak boleh.

"Itu apa yang dia mahu. Apa yang dia putuskan. Kau tak boleh buat apa. Jadi jangan salahkan diri engkau. Kau dah buat apa yang termampu untuk sokong dia."

"Dan kau berjaya. Sebab Aniq, masih ada dengan kita waktu itu. Sebab kau ubah fikiran dia, Rin. Kau buatkan dia setia ada dengan kita sebelum Allah sendiri tarik Niq balik kembali padaNya. Aku faham apa kau rasa, Rin." Nasihat ayah.

"Tak. Tak." Perkara itu asyik aku kumat-kamit dari tadi. Menidakkan kenyataan. Aku tak boleh nak terima nasihat ayah.

Aku rasa teruk. Sangat teruk sekarang ini hingga ia buatkan aku membina tembok besar. Menjauhi semua orang. Menepis segala ayat-ayat mereka.

Aku tak nak terpujuk dengan kata-kata mereka. Aku tak boleh terima diri sendiri setelah kehilangan Niq.

"You dont care about my life. You're just pretending to care. Tak ada siapa akan faham!" Bentak aku. Dada aku naik turun. Pelbagai perasaan menghentam aku sekarang ini. Air mata ditepis. Ayah dipandang lama.

"I've been through... a lot. You don't understand."

"Aku ayah kau. Aku faham! Aku pernah jadi seorang remaja. Semua orang pernah jadi remaja. Dan semasa kita hanya seorang remaja itu lah bermacam benda jadi. Benda teruk semua yang jadi itu kenalkan kita dengan dunia yang akan mematangkan kita. Dunia dewasa, Rin."

"Kau kena faham setiap manusia yang kekal hidup akan melangkah ke dunia itu. Hidup kau baru bermula."

"Rin tak nak jejak dunia dewasa. Rin takut." Bibir dikemam. Aku berkata jujur. Kejujuran yang menakutkan aku buatkan air mata aku semakin deras jatuh.

"Tiada siapa boleh sayang Rin macam Niq sayangkan Rin. I hate him for leaving me. And I hate myself for loving him so much." Aku tolehkan pandangan. Berkali-kali aku cuba menepis cecair hangat ini. Tapi tak pernah sekali ia cuba berhenti membasahi pipi.

Ayah meraup muka.

"Rin, ayah nak pastikan kamu betul-betul terima Niq. Bukan hanya sebab kamu jatuh cinta pada cara dia sayangkan kamu. Tapi ayah nak kamu... Sayangkan Aniq. Cintakan Aniq. Jatuh cinta pada diri dia. Terima siapa dia."

"Kalau kamu lebih pentingkan rasa untuk disayangi, Itu bukan cara yang betul dalam percintaan."

"Ia tak akan berjaya." Aku tersentak. Apa yang ayah katakan itu mengejutkan aku. Menyedarkan aku dengan benda yang tak pernah aku sangka.

"Ri-Rin cintakan Niq." Apa yang aku katakan rasa salah sekali di telinga sendiri. Bibir aku menggigil. Aku sendiri tak tahu itu kebenaran ataupun bukan. Aku pernah rasai perasaan suka aku pada Niq menjauh ketika Niq hilang dirinya. Aku tak yakin apa aku rasa.

Tetapi aku terasa apa yang ayah lontarkan itu... betul.

Aku mahu rasa disayangi.

Jadi, aku berbohong.

"Rin tak nak bincangkan perkara ni lagi."

"Tinggalkan Rin seorang diri."

"Kalau kau dalam masalah, aku tak akan datang pada kau untuk paksa kau bercerita. Aku mahu kau suka rela datang pada aku, dan ceritakan semuanya tanpa paksaan. Sebab bila aku tanya, pasti kau akan bohong aku. Kau akan lontarkan penipuan. Daripada lalui semua tu, aku nak kau sendiri datang pada aku dengan terbuka. Aku tak nak kau ragu-ragu untuk kongsi masalah kau. Aku tak nak kau rasa berat berkongsi masalah dengan aku. Bila kau percayakan aku, kau akan terus buka cerita. Tak perlu berselindung."

"There's no point checking you out if you're lying to me. Dalam penipuan untuk jawapan aku, kau masih sengsara. Jadi, Rin."

"Kau sedang beremosi. Emosi kuasa yang bahaya untuk kawal diri kau. Dan emosi buatkan diri kau untuk menidakkan kebenaran."

"Aku akan berikan kau masa. Dan juga ruang. Bila kau dah baik, kau dan aku boleh teruskan perbualan. Jika kau mahu." Katanya sebelum meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu.

Aku terus terduduk lemah di sofa. Wajah ditekup.

Aku... Tak pernah cintakan Niq ke?

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now