E M P A T P U L U H S A T U

14 0 0
                                    

Rin's pov

Jam didinding ditilik sekali.

3 pagi.

Mata digosok. Masih mamai. Naik bulu roma aku bila terdengar bunyi balingan batu di tingkap.

Liur ditelan kelat.

Hoodie biru gelap yang dipakai ditarik menutup kepala.

Tuk tuk tuk

Ah, sudah. Kalau dibuatnya kain putih yang terbang depan tingkap ini macam mana? Lama aku perhati tingkap tersebut.

"Arin!" Bisiknya kuat.

Ya Allah, lindungi aku.

Dengan kudrat yang dikumpul, aku melangkah dekat ke tingkap. Pelbagai bacaan surah dibaca dalam hati sebagai perisai perlindungan diri.

"Rin!"

"Niq?" Buka sahaja tingkap, aku bersyukur teramat wajah Niq menyapa pancaindera mata.

Aku berkerut melihat batu kecil di tangannya. Dia baling batu ke tadi?

"Kau buat apa tengah malam buta ni?"

Niq tersengih luas.

"Turun jap."

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now