E M P A T P U L U H

16 0 0
                                    

Ttok ttok ttok

Sayup-sayup sahaja aku dengar pintu bilik tidur aku diketuk. Aku mengerling ke arah pintu.

"Niq, ni mama." Bantal diambil lalu ditekup muka dengannya. Pura-pura tidur.

"Mama masuk boleh?" Soalannya dibiarkan tidak berjawab. Beberapa saat aku diam sahaja, tombol pintu dipulasnya.

Mama menjenguk di dalam. Pintu dibiarkan terbuka sedikit, membiarkan cahaya luar masuk.

"Niq, sayang."

Aku dapat rasakan birai katil aku tenggelam. Bermaksud mama tengah duduk di hujung katil bersebelahan aku. Lengan aku dipegangnya.

Aku langsung tak berikan sebarang reaksi.

Pura-pura tidur sahaja, Niq.

Tangan aku diusapnya lembut. Lama dia bermain dengan jari-jemari aku. Langsung tiada sebarang bunyi. Hanya diam.

Aku tak nak mengaku. Aku nak tepis apa yang aku rasa sekarang ini. Tapi pegangannya penuh dengan kasih sayang.

"Mama minta maaf." Tangan aku diciumnya lembut.

"Mama gagal lagi."

"Mama dah ulang kesilapan dulu. Mama gagal jadi ibu yang terbaik, Niq, sayang." Esakan kecil mula memenuhi ruang. Tangan aku dibawa ke pipinya. Basah. Mama menangis. "Niq, mama sumpah, mama dah cuba. Tapi mama tak boleh."

"Mama tak tahu cara yang betul nak didik kamu. Mama gagal. Mama gagal dalam hidup, Niq. Mama gagal lindungi awak."

Sampai sahaja apa maksud yang dikata dihujung ayat mama, aku rasa hati aku rapuh. Dada aku sempit. Mama salahkan diri dia.

"Mama dah cuba sehabis baik untuk Niq, sekarang tiba masa pula Niq bantu diri sendiri."

Mata dipejam erat.

Aku marah.

Mama tak tahu ke aku perlukan sokongan dia? Kenapa berhenti di sini sahaja? Kenapa dia tak melangkah dengan aku? Kenapa perlu biarkan aku sendiri tempuhi semua benda ni?

Aku perlukan dia.

Aku perlukan sokongan hidup.

Aku perlukan mama aku sendiri untuk teruskan perjalanan gelap gelita sekarang ini.

Dia cahaya aku. Aku perlukan--tak. Aku nakkan perlindungan dia. Bimbingan dia.

"Mama tinggalkan semunya kepada Niq. Niq cuba sedaya baik untuk lepas daripada masalah ni."

"Mama penat. Papa pun... Dah putus harapan."

"Niq sahajalah orang yang kena bantu diri Niq untuk jaga nama baik Niq. Denda papa akan bayar secepat mungkin."

"Mama minta maaf. Mama tak nak tersilap lagi. Mama tak nak ulang kesilapan lama." Aku menarik nafas dalam lalu melepaskan helaan panjang.

Aku kecewa.

Kecewa yang teramat.

Aku buntu. Kenapa mesti putus asa dengan anak sendiri?

Kenapa tak percaya anak sendiri?

Aku anak dia kot. Anak kandung mama.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now