K O S O N G

125 10 1
                                    

Bahu aku terhincut-hincut. Sedaya upaya aku menahan air mata, tapi semakin ditahan semakin degil ia jatuh bercucuran.

"Aku kata jangan menangis kan?!"

"Y-ya."

"Kesat air mata kau sekarang!" Aku menepis cecair hangat pada wajahku. Kepala aku tunduk, tak berani berbalas pandangan dengan Si Sang Ayah.

Walaupun aku hanya menatap lantai simen rumah, aku dapat tahu amarah ayah sedang membara sekarang. Dia merengus kuat. Kertas laporan dipegangnya tadi dicampak ke atas meja makan. Pinggang dicekak, pelipis diurut.

"Bebal." Aku menggenggam kedua-dua tangan kuat. Tangisan aku makin deras. Terkilan akan kata-katanya. Tekak aku rasa perit. Cecair hangat itu lebat sahaja ia turun membasahi pipi. Perkataan tadi keluar daripada mulut ayah. Ayah kandung aku sendiri. Hati aku hancur berderai. Perasaan kecewa menghentak diri kuat seperti batu besar. "Aku penat besarkan kau, kasi kau makan, kasi kau rumah, kasi kau katil tidur malam. Ini kau balas? Hei, aku tak minta apa-apa."

"Aku nak kau belajar, itu je. Pun susah ke? Ini melebih sangat, Rin. Apa kau buat dekat rumah? Nak dibandingkan dengan aku, kerja keluar pagi, petang, siang, malam! Hari-hari aku lagi susah lah! Nak cari makan, bayar itu ini. Penat lelah aku nak besarkan kau seorang diri, ini kau balas?"

"Kau beritahu aku sekarang. Kau nak ikut budak-budak umur lima, tujuh tahun kat luar sana mengemis minta makan? Tak nakkan? Jadi, belajar! Score markah betul-betul! Bersyukur lah, Rin! Bersyukur aku ni ada sifat kemanusiaan dalam diri nak bela kau lagi. Ikutkan hati, nak je aku buang kau kat tepi tong sampah sana lah!" Guruh kuat di luar bersatu dengan suara lantang ayah memarahi aku.

"Kau dah besar nanti jangan harap aku akan tanggung hidup kau. Aku nak kau berambus."

"Kau nak hidup senang, jangan sesekali gagal dalam hidup." Dia melonggarkan tali lehernya kasar sebelum meninggalkan aku keseorangan di ruang tamu.

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now