E N A M P U L U H E N A M

9 0 0
                                    

Niq's pov

Jam di dinding menunjukkan sudah tepat pukul 3 pagi.

Aku melepaskan keluhan berat. Badan aku letih. Mata aku pula tak beri kerjasama. Aku tak boleh tidur.

Kepala aku penuh dengan pelbagai benda.

Penuh dengan tanda tanya.

Aku bingkas bangun dari katil. Tombol pintu dipulas. Keadaan di luar bilik aku perhatikan.

Kosong. Gelap.

Tapi tak di ruang meja makan.

Aku dapat lihat cahaya lampu dari meja makan.

Aku jenguk dari atas.

Mama seorang diri di bawah. Cawan berisi teh panas disisipnya. Aku kerling pintu bilik utama.

Pintu dikatup rapat. Lampu juga tidak terbuka. Memang sah papa dah tidur.

Dua, tiga kali aku berfikir untuk turun. Duduk dengan mama. Aku dapat rasakan waktu-waktu begini dia perlukan teman.

Aku melangkah turun anak tangga jua.

"Mama." Panggil aku lembut.

"Kenapa tak tidur lagi?" Kerusi berhadapannya aku tarik lalu aku mendaratkan punggung aku di situ.

"Mama tak boleh tidur." Aku hanya mengagguk.

"Niq kenapa tak tidur?"

Aku menggosok bibir sendiri dengan jari. Lengan mama aku tenung.

Perlu ke aku tanya?

Adakah sekarang masa yang tepat?

Aku alihkan pandangan. Mata dipejam. Wajah diraup bersama keluhan kecil. Posisi duduk aku tegakkan.

Tanpa aku sedar, tangan aku sudah raih kedua-dua belah tangan mama. Erat aku pegang. Perlahan-lahan aku pusingkannya.

Mata aku melirik pada parut jahitan tepat di pergelangan tangan kirinya.

Aku lepaskan tangan kanannya. Tumpuan aku kini di parut mama.

Lembut sahaja aku tenung. Dengan penuh berhati-hati aku usap kesan jahitan itu.

Mama terpana tapi dibiarkan sahaja perbuatan aku.

Liur ditelan payah. Aku mengangkat wajah. Pakukan pandangan tepat pada mata mama.

"Ini parut apa?"

Mama tersenyum hambar. Sekarang, dia pula memegang erat tangan aku. Ditepuk-tepuknya lembut.

"Mama pernah juga bertindak kurang bijak waktu harungi kisah silam dulu."

Mata aku bergetar. Apa memang sudah lama aku tak sedar?

"Mama cuba bunuh diri."

Aku seperti lupa untuk bernafas. Pergerakan di sekeliling aku bagaikan ia berhenti sendiri.

Jadi tekaan aku memang betul.

Rin tiba-tiba terimbas di fikiran.

Kenapa mesti sakiti diri sendiri? Aku... tak berapa faham.

"Mama tahu apa Niq fikir sekarang. 'Kenapa buat benda bodoh ni semua?'. 'Apa mama tak tahu di mana mama akan akhiri?'"

Mata aku sudah bergenang dengan air mata. Saat terakhir Izz dulu terkilas.

Saat di mana dia membunuh diri.

Aku tundukkan pandangan. Aku rasa sebak. Kepala digeleng-gelengkan perlahan.

Tak nak...

Aku tak nak rasa kesakitan yang sama. Aku tak nak rasa kehilangan orang yang aku sayang lagi.

Aku tak nak mimpikan perkara buruk dua kali.

Tangan mama aku genggam kemas. Sungguh erat aku tak mahu lepaskan.

"Niq, sayang... Mama tahu mama bukan mak yang baik. Mama tak dapat lindung anak-anak mama sendiri. Banyak kekurangan yang mama ada. Masih banyak benda mama perlu baiki."

"Maafkan mama sebab mama bukanlah mak yang baik untuk Niq." Aku kesat air mata dengan tangan kiri. Laju sahaja aku kesat sebelum aku capai kembali tangan mama.

"Mak yang tak baik, dia tak akan cakap macam tu. Dia tak akan terima yang dia memang bukan mak yang baik."

"Jangan tinggalkan Niq, ma."

"Niq akan rasa lebih kosong kalau mama pergi."

"Ni-Niq akan jadi yang terbaik. Niq janji Niq tak akan malukan mama. Niq akan jadi anak yang baik." Pandangan aku jadi kabur tapi aku masih boleh tangkap riak wajah mama.

Aku tak boleh tafsirkan wajahnya. Mama diselubungi berbagai perasaan. Dia mengangguk sekali. Dan sambung mengangguk banyak kali.

Tangan aku di bawa ke bibirnya. Diciumnya lembut. Tangan aku diletakkan di dahinya.

"Mama akan lepaskan papa kalau itulah pilihan yang mama ada untuk lindungi anak mama."

JANJI DIA [C]Where stories live. Discover now